Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Tuesday, February 15, 2011

salam Maulidur Rasul

Hari ini tanggal 15 februari bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432 merupakan hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W... 
Bagi orang islam, kita semua mengetahui pada tarikh ini lah berlakunya peristiwa  bersejarah dalam sejarah Islam  dan sirah nabi iaitu sempena kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Aku rasa aku masih mengingati kisah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang pernah cikgu dan emakku cerita kan dahulu.. Sehingga hari ini masih kekal di ingatan. Terima kasih emak dan cikgu yang tidak pernah jemu menceritakan kisah bersejarah ini kepada ku...
Hari ini aku boleh bercerita kepada anak-anak sedara ku yang masih kecil tentang peristiwa bersejarah ini.. Biar mereka mengetahuinya.. Mereka wajib mengetahuinya ...

Aku mahu pastikan bahawa sejarah ini akan menjadi bualan dan penceritaan sehingga akhir zaman. Kerna Baginda adalah tokoh terhebat. Menjadi contoh terbaik bagi seluruh ummatnya..


salam MAULIDUR RASUL 1432h

No comments:

Post a Comment