Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Wednesday, May 25, 2011

Mencabar dan Tercabar

Agaknya semua kawan-kawan aku tahu yang aku ambik intersesi kali ini. kali ini aku betul-betul ambik cabaran bile hampir kesemua kawan-kawan aku sudah sampai ke kampung halaman, tapi aku masih lagi di Puncak Alam bersama kawan-kawan serumah aku untuk mengambil intersesi. Aku buat keputusan disaat akhir..

Agak huru hara la gak aku memikirkan untuk meneruskan intersesi ataupun tak,,huhhuh.. Mana taknye, aku dah ada rasa nak bercuti. Kalau orang lain dah sedap lepak dekat rumah sekarang ni.. aku??? Sibuk belajar. Tapi tak pe lah sebagai cabaran kepada diri aku jugak kan? sebut pasal cabaran ni, aku ade kisah yang hendak aku ceritakan... wah dah macam nak cerita pasal kisah dongeng zaman dulu-dulu pulak kan??huuhhuuu......=)

Ok.. oK, aku cerita lah ni.. Aku telah dicabar oleh seorang kawan lelaki aku supaya aku mendapatkan A dalam subjek Organizational Behavior yang aku ambik masa intersesi ni.. Mak ai , senang beno die mencabar aku kan? Macam la subjek tu kacang macam makan kacang je kan? Susah kot?? Tapi aku bukan lah jenis yang mudah -mudah je nak terime cabaran dari kawan aku tu. Bukan sebab aku takut ok!! Well, sebelum kite terima atau buat apa-apa, baik kite berfikir dulu kan? aisey baik punya alasan aku bagi kan?ahahahah

Setelah berdebat hampir sepuluh minit, (sepuluh minit je pon, idak le lama kan aku ni berfikir)huhuh.. Aku menerima cabaran kawan lelaki aku tu. Walaupon aku menolak ganjaran dari die kalau aku dapat A..hahhahha(selfish skit) huhuuh.. Aku terima cabaran tu sebab aku sendiri ada rasa nak dapatkan A, kalau kawan aku tu tak cabar aku pon, aku akan usaha untuk dapatkan A juga. Antara mampu dengan tak mampu je, antara nak dengan tak nak jer.

Yang membuatkan aku betul-betul rasa tercabar, bila dia kata kat aku.. "T&C untuk cabaran aku ni, aku mesti dapatkan A sahaja! B+ tak dilayan" wah memang aku tercabar sungguh rasanya. Kire, macam aku ni B+ pon belum tentu aku boleh dapat.

Ok, baiklah kawan! Aku akan buktikan aku boleh dapat A( semangat berkobar-kobar ni, riso aje semangat aku ni terpadam... jangan le hendaknya.)huhhuhuuh.... Harap, aku punya semangat hingga tamatnya masa aku menjawab soalan paper Organizational Behavior!.. amin..

No comments:

Post a Comment