Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Friday, May 6, 2011

sembang kawan lama

Dalam rasa yang sangat malas untuk ulang kaji RISK, aku sempat untuk menjenguk ke laman sosial face book. Niat di hati saja lah nak rest jap..huuhhu. Sedang asyik dok tenang status member-member kat news feed, aku tersentak dengan bunyi bip, di laman chat aku

Aku tersenyum melihat laman chat aku yang ditegur oleh seorang kawan lelaki. Lama juga aku tak jumpa dengan dia ni.. so pe lagi, peluang bertanya khabar tak dilepaskan. tanpa sedar, rupanya dia dah pon habis exam. dan sedang menunggu untuk buat praktikal... erm dalam hati aku berkata, cepatnya masa berlalu kan.Katanya die akan buat praktikal di Selangor. Kalau ada peluang die di situ.

Dalam sembang yang sekejap itu, aku perasan bahawa die sudah punya sedikit perubahan.. dari seorang yang bukan lah pandai bergurau, sekarang sudah pandai bergurau.. Tanpa sedar aku ketawa dengan apa yang dikatakannya.. Kata dia "aku kenalah pandai bergurau...orang perempuan kan suka lelaki yang pandai bergurau senda ni"..hahhaaha... aku cuma mampu berkata "yup2, betul tu.. perempuan memang suka lealki yang pandai bergurau senda ni.."huhhuhu...

Paling aku tak tahan bila dia mengatakn yang dia ada aweks, tetiba kata pulak takda aweks. mana satu yang betul ? entah lah. tapi akhirnya dia kata bukan dia takda yang nak, cuma dia yang  tak nak ada hubungan dengan sesiapa pun.. katanya sebab dia tak rasa ada feel pon. so nasihat aku kat dia kalau tak da rasa, baik jangan la terima mana perempuan sebagai awek, nanti die akan sekadar memainkan perasaan perempuan itu. dan nasihat tanpa diduga dari aku "ko jangan rasa malu eyh, walaupon ko takde awek, wat cool jer"..hahaha
tak boleh bla nasihat aku., Katanya, "ok, aku selamber jer"

Tetibe die pangkah aku pula, katanya "selalu perempuan yang akan riso kalau tak ade pakwe kan? ko risau tak aida?".. aku tersenyum dengan soalan die tu.. bagi aku "tak semua perempuan akan merasa risau, kalau tak da lelaki sebangai pakwe dalam hidup dia, terpulang pada individu itu sendiri" akhirnya die bersetuju dengan pendapat aku. Sebenarnye, pengalaman itu yang mendewasakan kita. Jangan pernah takut untuk hidup bersendirian, kerna kita masih ada Dia dan keluarga disisi kita.. PEACE!!

No comments:

Post a Comment