Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Monday, January 30, 2012

Rokok punye hal!

Hari ni ade kejadian yang agak tak boleh nak lupa. Samada oleh aku atau si perokok tersebut! heheheh.. Wa pon mane nak jangke yang bende macam tu yang boleh jadi. Kehidupan tidak dirancangkan? Malang tidak berbau. huhuh.. Kalau semua dah dirancang baik punya, mane lah boleh jadi kejadian tersebut, life pon agak skema lah kan ikut apa yang dirancang. Kalau malang tu berbau, memang tak lalu la tempat kejadian kan? hehehe... Ok! stop dengan merepek ye cik troublemaker!

Terus je citelah pasei kejadian petang tadi. Aku pergilah berjalan-jalan cuci mata. Window shopping lah senang cerita, walaupon aku ni bukan kategori yang suke bershopping! WHoop!! sila jangan fikir yang semua perempuan tu suke bershopping ok! Wa, memang tak sama. Nak berabis duit beli heels, handbag, make up ke tu sile serah pada yang pakar. Wa ni stock kedai buku je boleh lah wa layan.. hahhaahah. ok, melalut lagi. berbalik pada cerita, standard la kalo masuk shopping complex mana boleh smoke kan? lain lah kalo dalam tandas kan? 

So nak dijadikan cerita, masa aku berjalan nak ke pintu masuk shopping complex tu, depan aku nih adelah seorang mamat yang baru 3 kali sedut rokok, memandangkan dah nak dekat sampai ke pintu masuk, dan agaknya gabra tengok kawannye dah terlalu ke depan, die pon campak je rokok yang belum habis dihisap tu ke belakang. Nasib tak kena aku. *lau tak memang alamat makan penumbuk la mamat tu*.. Aku pulak yang terlihatkan adengan tu, dan memang sejak azali agak pantang dengan yang benda yang bernama ROKOK ni apa lagi? Selamba ajelah aku pijak rokok tu kasi padam. Bile aku toleh ke depan aku tengok mamat tu dok usha aku tajam punya.*mungkin bengang tengok aku pijak rokok die tu kot?* Aku pon wat muka selamba lalu jelah depan die dan cakap "saya nak elakkan pembakaran terbuka"*sambil senyum siap buat kening double jerk lagi*hahahhaha.. Puas!! Mamat tu diam tak terkata apa. heheheh...

Sorry le encik mamat perokok. Tindakan refleks tu laju je kalo bab rokok.. hehehhe.. maaf!! Aku bukan lah benci tahap dewa dan tak boleh consider langsung dengan bab rokok ni. Tapi, memang dah pembawakan dari keluarga aku memang macam tu. Aku dah dibesarkan dengan suasana pantang bab rokok! Ayah aku pon tak merokok, so jangan pelik lah kalau aku agak annoying dengan rokok nih. Lebih-lebih lagi yang merokok depan aku. *sila juga hormat orang yang tak merokok, kalo nak mati pon, jangan libatkan orang lain,opps!!*

Aku tahu tak mudah untuk seorang perokok berhenti merokok? kan? Tapi hendak seribu daya kan.. Bak kata ayah aku bile ditanya tentang susah ke tak nak berhenti merokok?*ayah aku dulu perokok jugak, tapi berhenti lepas kahwin dengan mak. sweetnyerrr.huuhuhuh* "Pokok pangkal, kehendak dari diri kita sendiri. Kite yang tentukan kita nak jadi apa." Betul tu ayah!! Setuju 100%.

Jadi sempena kempen Berhenti merokok *tetibe!* marilah berhenti merokok dan jauhi rokok dan asap-asapnya dari diri anda! heheheh... Bagi aku, kalau mase kecik boleh berhenti hisap susu botol bile nak masuk sekolah, takkan dah beso panjang ni nak berenti merokok pon susah sangat? Malu le dengan budak kecik yang mampu berhenti hisap susu botol dengan mudahnya! huhuhuuu..*ok!, memang merepek lagi.*

Saturday, January 28, 2012

Al Kisah Baucar Buku

Tajuk entry dah macam nak bercerita pasal kisah zaman dulu-dulu. Mungkin la akan ada kene mengene dengan zaman dulu-dulu. Tapi apa yang nak aku berkisah ni pasal baucar buku yang semua orang tahu kerajaan dah salurkan atau dalam erti kata lain dah beri kepada pelajar-pelajar IPT. Baucar buku yang diberikan tidaklah terlalu banyak mahupon terlalu sedikit, tapi bagi pelajar ynag dapat RM 200 tu kire dah memadai lah. Ye lah, mengenangkan kite-kite semua nih masih belajar dan hanya bergantung pada duit PTPTN dan MBF (mak bapak Finance) hahhaha... kan?

Tapi tak sempat sebulan baucar-baucar buku ni diedarkan diberi kepada pelajar-pelajar, tup-tup timbul isu baru.  Isu ape? Isu pelajar jual baucar yang diberikan. Aku yang terlewat ambil baucar nih, sebab sebok dengan exam pon kene la tempiasnya. Nak dijadikan cerita, aku dan geng housemate aku pergilah ambil baucar, bile kitaorang amik, akak yang bagi baucar tu suruh kitaorang tulis nama dan no kad pengenalan atas baucar tu. Kawan aku sampai tersilap pergi tulis no kad pelajar le atas baucar tu. Tibe-tibe dalam kesilapan tu, kawan aku yang memang punya naluri suka bertanya,*malu bertanya, sesat jalan kan? heheh* ringankan pulak mulut nak bertanya kat akak tu kenapa kene tulis semua tu atas baucar buku tu? Akak tu dalam nada sinis je jawab " Nak tahu kenapa kene tulis? Sebab dah ade dah pelajar yang pergi jual baucar buku ni!" 


~Dapat Baucar 1 Malaysia.. YEayyyy!!~

Maknenye disitu, fahamlah kami bahawa sebelum ni pemberian baucar tidak memerlukan pelajar tulis nama dan no ic kat baucar tu. Ok, tak kisah la tu. Tapi dalam perjalanan balik aku terus berfikir sehinggalah perkara ni jadi isu besar. Aku masih berfikir..


Apa yang aku fikirkan? Aku terfikir kenapa terjadinya kes jual baucar? Memanglah tidak dinafikan baucar tu sudah menjadi hak pelajar, so pelajar berfikir mereka boleh buat apa sahaja dengan baucar tersebut. Pada mulanya memang aku fikir macam tu, tapi bile difikirkan dan dikenang-kenangkan semula memang tak patut. Macam tak tahu menghargai pulak kan? Aku rasa nak tergelak pon ade melihat pelbagai gelagat pelajar yang dapat baucar buku ni. yelah, mana tidaknya. Yang tahu guna pakai tu sepasal lah kan, yang tak tahu nak mengguna pakai pon sepasal jugak. Elok seminggu diumumkan bahawa baucar tu dah boleh ditebus dekat pejabat bendahari, kemain ramai lepas tu aku tengok yang update status kat FB. Ade yang pikir nak jual, ade gak yang fikir nak borong novel dekat kedai buku, dan macam-macam lagi lah.

Ade juga yang masih merungut bile tak tahu kedai buku mana yang boleh digunakan baucar buku tersebut dan merungut bila hanya beberapa kedai terpilih je yang boleh guna baucar ni. Yang ni pon aku tak faham, dah bagi bantuan pon nak merungut! Ok, mari merungut Malaysia!!
Bagi aku, dah diberi baucar tu pon sikit punya Alhamdulillah le, bab kedai mana yang terpilih, cari lah info dan pergi aje lah kedai yang dipilih boleh digunakan baucar tu. Itu pon, takkan lah nak merungut dengan kerajaan lagi kot!! Come on lah!! Dah beso panjang kot!

Bab yang pergi menjual a.k.a salah guna kemudahan yang diberi. Bile diberi baucar tu, memanglah hak kita, nak jual ke, nak beli apa sekalipon terpulang. Tapi yang tunjuk kebodohan dan tak fikir panjang sebelum buat tu apahal? Tak perlu rasanya mentionkan dekat laman-laman sosial tentang apa yang dibeli menggunakan baucar tu. Tak kisah la nak borong 100 novel sekalipon, boronglah. Tapi simpan-simpan lah sikit apa yang dibuat. Seperti sedia maklum, baucar tu diberikan untuk bantu pelajar kurangkan beban, beli buku teks untuk sem depan? So bile korang dok gatal tangan update status beli novel, kan ke dah nampak salah gunanye? Memang tak dinafikan ade yang tak tahu buku apa yang kene pakai sem depan. Tapi senior dan lecturer kan ada? Walaupon novel tu kategori buku jugak. tapi ni kira yang berpikio gak la kan, sebab still manfaat dengan beli bahan bacaann. Bab yang menjual tu, kalo ye pon nak menjual buku tu, apa ke bijak sangat pergi menjual dekat laman Mudah.com tu? kan dah kantoi? Nilah dikatakan cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajo.
*hehehe.. maafle kalo terkaso bahasenye*  Walaupon, aku tak tahu apa reason mereka jual baucar, tapi apa sekalipon reasonnya, fikirlah dulu sebelum buat.

Semalam aku dapat info, yang kepada pelajar-pelajar yang menjual baucar buku akan dikenakan hukuman sebat dan penjara tak lebih 5 tahun, beno idak aku tak pasti. Pergh! Orang akan kata hukuman macam tak padan dengan kesalahan. *aku pon seriau dengonye*. Sebelum aku dengo bab hukuman tu, ade gak aku berkomen-komen dengan kawan aku pasal hal jual baucar buku ni.


~Tak semua layak dapat baucar ni, ada syarat kot!~


Kawan aku kata, patut PM tolak RM200 tu dari yuran. Aku pon bagi pendapat aku yang kalo PM tolak dari yuran, nanti akan timbul pula isu tidak adil disitu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab sedia maklum, semua yuran Universiti di Malaysia berbeza, tidak sama, pulak tu yuran dikire mengikut kos program yang kite ambil. Kawan aku still cakap, memang tak sama, tapi dikira adil kalo semua tolak RM 200, lain lah kalo satu Universiti tolak RM 200, satu lagi Universiti tolak RM450. Malas nak cakap lebih, aku cuma mampu jawab, memang la semua tolak jumlah yang sama, dikira adil. Tapi tetap nampak berbeza dan tak adil kalau berbeza jumlah yuran. Sedangkan bagi baucar pon kite salahgunakan, inikan pula kalau ditolak yuran, lagilah jadi Mari Merungut Malaysia. Bagi aku, sebenarnya terpulang pada sikap! Kalau kita ni tahu menghargai, takkan timbul isu nak menjual dan salah pakai apa yang diberi.

Tapi aku percaya, tidak semua manusia itu tahu menghargai. Kita dilahirkan berbeza! *aicewah!*  Bab hukuman yang aku dengo tu, aku tak tahu ia benar dan relevan atau tidak! sebab aku bukan budak Law. *hajat yang tak kesampaian sebenonye nak jadi budak law..huhuhuu* tapi apa yang aku boleh cakap, dan nak merungut pasal isu nih cuma "kalau hari ini mereka-mereka boleh jual baucar, esok-esok jangan terkejut mereka jual negara!! so berfikirlah sikit!!!" *pergh statement!* aku bukan apa, aku sedikit terkilan dengan mereka yang berfikiran pendek, dan tidak menghargai apa yang kerajaan bagi. Bile tidak diberi, dimaki, bile diberi tidak menghargai.

Bak kata mak aku, "diberi bunga dibalas tahi". *Mak aku pon dah emo..hheeheh*. Mak aku bercakap macam tu, sebab die rase kite (pelajar-pelajar zaman ni) sangat bertuah. Semua serba ada, semua diberi, semua diesediakan. Tapi menghargai sedikit pon tak reti!


So, sebagai pelajar, rasanya kita dah hampir atau mungkin cukup matang untuk berfikir sebelum bertindak. Aku bercakap begini sekadar berkongsi pendapat aku. Sekadar mengingati sesama sendiri! Kalau terslah cakap, maafkan saya. Wa pon budak tak habis belajar lagi.. hahahhaha...

Wednesday, January 25, 2012

Syukur ku sedar

Mata ku pejam
Untuk ku tahan
Tangis kulinang berpanjangan
Makin ku lwan
Makin ku ronta
Tangis ku luruh bercucuran
Berkilau cahaya
Di ufuk pandangan
Masih ku nampakkan wajahmu
Yang kurindu-rindukan
Baru ku sedar mengapa tercipta kesepian
Kenapa hidup perlu berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya kepada kita insan
Makin ku lawan
Makin ku sedih
Tangis ku tangis
Berlarutan
Sandaran asmara
Hanyalah harapan
Esokku dambakan
Disismu
Tak lagi ku angan
Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup perlu berpasangan
Kerana tuhan mahu menyatakan
CintaNya kepada kita insan
Syukur ku sedar
Sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
CintaNya tak pernah
Ku Agungkan
Makin ku pejam
Makin ku sedih
Tangis ku tangis
Berlarutan

Sandaran asmara
Hanyalah harapan
Esokku dambakan
Disismu
Tak lagi ku angan
Baru kusedar kenapa tercipta kesepian
Kenapa hidup perlu berpasangan
Kerana Tuhan mahu menyatakan
CintaNya kepada kita insan
Syukur ku sedar
Sebelum bercerai nyawa badan
Sempatlah diri buat perhitungan
Janganlah pulang dengan kekesalan
CintaNya tak pernah
Ku Agungkan

Tertiba terminat dengan lirik lagu nih!! Siapa penyanyinye? Cube cari kalau hebat!! huhuhu..

Keterbukaan itu ada batasan!

Dear kawan..

Apa sebenarnya keterbukaan itu?
Terbuka!
Mungkin terbuka dari segi fahaman atau penerimaan?

Terbukakah aku?
Atau aku ini terlalu kolot bila aku menidakkan
Sesuatu yang bagi aku bukan relevan!
Terbuka bagaimana yang dicari?
Terbuka bagaimana yang dimahukan?

Mereka tertawakan aku bila aku mempersoalkan.
Mereka anggap aku boleh menerima
Kerna perwatakan aku yang bisa memahami
Tapi mana mungkin pendirian kita sama!
Terbuka aku, masih dililit dengan jati diri.
Terbuka aku masih berpengang prinsip diri!

Aku kan bisa jadi terbuka
Kalau ia tidak melanggar hukum alam
Kalau ia tidak melanggar hukum tuhan

Aku juga bisa jadi terlalu kolot
Kalau ia mencabar prinsip diriku
Kalau ia melanggar pendirianku.

Memang hidup disini tidak sama dengan tempat asalku.
Mereka bisa hidup bergaul bebas!
Berkawan mungkin tidak salah bagi aku
Tapi kalau sehingga
Meletakkan maruah ku dipijak-pijak,
Kepercayaan ku dihenyak-henyak,
Mana mungkin ada istilah terbuka!

Maafkan aku wahai teman,
Jikalau aku menegurmu terlalu terkesan
Teguran aku bukan kerna mempersoalkan keterbukaan
Teguran aku untuk melindungi kamu kawan
Dan tidak mahu dilihat murahan.

Kerna bagi aku
Keterbukaan itu ada batasan!

Saturday, January 21, 2012

Obseskah Aku dengan K?

Pergh kali ini aku nak cerita pasal K. Siape pulak K ni kan? Kekasih baru ke? Selepas berdiam selama ni...hahahha.. Entahlah, tapi aku memang rase suke sangat dengan K ni. Masa aku tengah putus cinta dulu,yang sudi layan perasaan aku ni, cuma K. Tengah aku bosan tahap tak boleh nak ingat , memang aku cari K ni ajelah. Kire kalo nak menggila tu memang dengan K jelah

Hebat tak K dalam hidup aku? Tapi aku rasa, aku masih mampu mengawal perasaan aku terhadap K lagi. Aku belum terlalu sepenuhnya suka dengan K. Ok, sudah la tu, mesti tertanya kan siapakah K yang sedang aku dok cerita ni kan? Sebenarnya K ni stand for Korea. Hahahha.. ha tahu suspen! 

Entah kenapa, tapi aku percaya bukan aku seorang sahaja yang mangadap, minat dan layan dengan korea nih. Aku percaya ada beribu dan berjuta lagi diluar sana yang lebih obses terhadap Korea. Aku cuma sang peminat biasa yang mengikut arus masa dan terjebak dengan Korea bukan kerana terpkasa tapi sebab memang aku lihat ada sesuatu yang menarik minat aku terhadap Korea.

Kawan-kawan aku kata aku obses dengan Korea. Apesal pulak kan nak judge aku macam tu? Sebab aku berpeluang pergi tiga konsert artis korea yang diadakan di Malaysia? Itu dah silap! Tak semestinya, kalau aku berpeluang untuk pergi ke konsert artis Korea tu, aku dah terlalu obses dengan Korea. Aku cuma boleh senyum je lah bila dah mereka judge aku macam tu. Tapi sebenarnya aku bukan seperti itu. Aku belum sampai tahap obses.. *tunggu aku sampai nanti!,.hahha* Sebab aku sendiri pernah berhadapan dengan orang yang lebih obses terhadap Korea. Jadi aku mengerti bagaiman dikatakan obses! 

Kalau diikutkan, aku cuma melayan drama-drama Korea saje. Penyanyi Korea yang aku pernah dan minat sekarang pon cume ade 2, Kim hyun Joong, dan band FT.ISLAND. Jadi dimanakah dikatakan obses? Jadi untuk memuaskan hati, aku tanya lah kawan-kawan aku, dekat mana aku dikatakan obses dengan Korea?

Mereka kata, " Aida, tak habis-habis dengan korea, dalam hp penuh lagu korea, dan siap boleh nyanyi lagi. Yang pelik faham ke idak aku pon tak tahu le, pulak tu sekarang nak pakai hp pon macam artis korea" ada juga yang kata " ko memang suka sangat korea ye? sampai sanggup tengok konsert?"
Ada aku kesah? hahhaha... Memang tak ler. *by the way, yang aku nyanyi lagu korea tu, aku faham sepenuhnya lirik lagu dan Hp korea pon orang hadiah kan*

Kalau lah setakat itu je dikatakan aku obses, memang tak adil lah. Habis tu kalo tahap dengo lagu dengan pergi konsert fikir dikira obses, aku nak tanya pulak yang sanggup pergi tunggu artis korea dekat airport, yang sanggup buat group dekat fb, yang sanggup bergaduh demi artis-artis korea itu dikira sebagai apa? Lagi lah obses kan? 

Jadi bagi aku jangan judge orang melalui apa yang kamu lihat, aku bukanlah terlalu obses, aku cuma menjadi antara peminat jer. Kalau minat itu boleh elakkan aku dari terus hanyut dengan perkara lain yang lebih teruk? Kenapa tidak? sekurang-kurangnya minat aku ada batas. Aku tak lah biarkkan diri aku laro dengan Korea. Aku sekadar meminati karya seni mereka. Aku jatuh cinta dengan budaya mereka, aku kagum dengan sikap mereka. 

Apa pun aku percaya setiap dari kita punya minat masing-masing kan? Berani potong jari le.. Mengaku ajelah. Tak salah pon kalau kita minat sesuatu perkara, selagi perkara itu tak membawa kepada keburukan. Mungkin terkadang apa yang kita minat memerlukan kita untuk berkorban sedikit duit, tapi apa salahnya kalau duit itu untuk kepuasan sendiri. Jadi jangan hairan lah kalau orang yang single, boleh spent time lebih kepada apa yang diminati. Sebab ada lebih banyak komitmen untuk diri sendiri daripada perlu fokus kepada orang lain.hhahahaha...  

Jangan pula tanya kenapa aku lebih layan Korea dari industri tempatan sendiri. Bukan takde yang menarik minat aku. Cuma ia masih ditakuk lama. Make it something new and please don't just copy and paste dari yang lain. Baru lah industri seni kita boleh ragut hati orang kita untuk layan seni kita. Tapi itu hanya pendapat aku, aku masih jugak support seni tempatan, turun jugak panggung tengok cerita melayu. At least. tengok la gak cerita melayu, bukan pilih cerita hollywood je bile nak masuk panggung =) *bayangkan kalau panggung kita tiap-tiap bulan ada movie Korea, habis lah elaun aku!!..huhuhu*

Usai exam.

Hari ni 21 januari 2012. Diam tak diam dah 21 hari melalui tahun baru. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan hari-hari ynag lepas. Secara tidak langsung jugak bermakna sudah berlalu hari exam aku. Walaupon sudah berlalu paper akhir, perasaannya sangatlah kurang  meyakinkan. Rasanya tak seperti habis periksa macam sem-sem yang lepas. Tapi tetap nak kasi gegar depan dewan exam tu. Padahal kalo diikutkan bukan Merdeak lagi. Yelah, result belum keluar, bermakna belum ada erti Merdeka.

Sedar tak sedar jugak, makin ramai teman-teman yang meninggalkan Puncak Alam. Semua pakat nak balik kampung lepas habis je exam. Budak rumah aku, si Liza sudah selamat sampai ke kampung halaman. Bestnye! Kawan-kawan ynag lain pon sudah ramai yang terus gerak balik lepas paper HRU 536. untunglah rumah dekat, tiket pon dah siap beli awal-awal. aku dan yang lain masih terkandas di Puncak! Bile nak balik kampung?


Abaikan bab balik kampung memandangkan aku pon belum ada mood tu*padahal memang tak ade peluang nak balik kampung lagi.* Kalo dulu, bak kata kawan aku : " Erm, Aida....... Kalo tiap-tiap minggu tak balik kampung, memang tak sah la, bukan aida la kalo tak balik kuala," Pergh!! ayat sume nak bako line jer tuh!!!  Memanglah tak dinafikan,aku dulu memang antara yang akan hilang tanpa dikesan bile jumaat tiba. huhuhuh.. Dulu lain, sekarang lain. Mana sama kalo nak disamakan. huhhuh.... Tapi, bebeno nih RINDU orang kampung!

Wednesday, January 18, 2012

Play with FT ISLAND is AWESOME!!

Hari ni sesaje nak mencuci blog bersawang ni. Memandangkan aku tak dapat fokus untuk serapan ilmu aku gara-gara kesakitan yang aku masih rase dari pagi tadi. Ini pon bernasib baik mampu gagahkan diri. Semoga kesakitan ini cepat hilang. Aku ada satu paper lagi, jangan lah jadi macam semalam. Azab!

Kalo perasan lah kan, entry pon bukan cerita pasal sakit,jadi biar le aku je yang tanggung! hehhehe *pura-pura tabah*. Cukup merepek disitu, dan memang lari sungguh la kan tajuk entry kan?? Sebenonye, aku nak cite pase Konsert Play FT.ISLAND yang aku pergi masa sabtu lepas. *Semangat!* huhuhu..


"BARAE"


~daebak!~

Mahunye tak semangat? Pujaan Malaya, eh silap pujaan hati datang buat konsert dekat Malaysia? Selalu usha dalam tv, dalam youtube je kan? Walaupon sudah ade pengalaman melihat mereka sekali. Dah nama pon minat kan? Mana cukup kalo tengok sekali kan? Standard macam kalo minat dekat seseorang le, mana cukup kalo dapat tengok sekali, paling tidak pon nak tengok berkali-kali walaupon gambo jer. hahah.. Kompom dah teruk tahap minat nih! Tapi aku belum sampai tahap obses lagi ler. Masih dalam keadaan terkawal. *ok! merepek lagi *...

Kembali kepada landasan dan jalan cerita, sabtu lepas aku agak kelewatan la sampai dekat Stadium Negara, sebab jalan yang selalu kami ikut untuk pergi ke Stadium Negara ditutup. Kenapa? entah sampai sekarang tiada jawapan untuk itu. Walaupon rase lewat, tapi tetap sempat! Kami pilih tempat duduk betul-betul sebelah kiri stage, baik punye tempat kan, yang tak berapa ramai orang nak duduk. Yelah, tempat tak berapa nak strategik. Tapi duduk ajelah kan, tak de masa nak memilih dah pon. Janji dapat tengok FT ISLAND!.
FT, sekali lagi kita berpijak di tanah melayu yang sama dan berpayungkan langit yang sama! *suka nak over.. huhuhu*

Dah lama duduk baru aku perasan yang Stadium sudah seperti selautan PRIMADONNA! Kuning habis. Ikut tema sangat peminat FT ISLAND nih. Tabik! Tapi bila diamati dan  dilihat layout pentas dan tempat duduk kurang memuaskan. *tetibe nak jadi pengkritik, budak event kan... huhuhu*. Jadi bagi yang dah bayo, redha ajelah apa adanya. huhuhu.. Aku rasa kalo layar besar tu kebelakang sedikit dan tidak setara dengan tempat penonton, lebih selesa kot. Kesian kot insan-insan yang duduk tepi (aku salah seorang lah tu). Mahu teleng kepala dibuatnye.. huhuhu...

Walau apa pon, kelemahan itu tak ganggu langsung fokus aku dan yang lain untuk enjoy persembahan FT ISLAND. Mula je persembahan, FT nyanyikan lagu "BARAE" atau dalam bahasa englishnye "I HOPE". Dan yang paling penting, itu adalah lagu kesukaan aku, bile pertama kali aku mengenal bebudak FT ni. Bak kata kakak sedara aku, " tak tahan, die nyanyi lagu favourite ko mula-mula". Aku sambil ikut nyanyi, cume anguk dan buat kening double jerk je la.. hahhahha.. Antara lagu-lagu seterusnya, lagu FLOWER ROCK, BAD WOMAN, IMMORTAL SONG, LIKE A BIRD, I WILL GET YOU, HELLO HELLO, LOVE LOVE, LOVE, dan banyak lagi la. Dekat 20 lagu tanpa henti.




~Song Seung Hyun a.k.a Bob~


bob~hongki~jong hun


Last song~ PRIMADONNA

Mata aku tak lepas memandang gitaurist Song Seung Hyun a.k.a Bob. Aku minat habis dekat budak ni, dan kebetulan dia punya posisi paling dekat dengan kitaorang. Jadi, memang nampak jelas lah kan? Luck la namenye tuh. Punya lah tinggi mamat ni, dan aku memang suka melihat lelaki tinggi! hahha.. *tetibe!* Tapi bukan itu yang aku nak cerita, sebenonye aku respek habis lah dengan dak Bob ni. Masa mula -mula persembahan, gitar yang die guna untuk persembahan ade masalah, dan yang pasti adalah masalah teknikal. Sampai empat lagu la, die terpaksa cuba tukar-tukar gitar untuk cucuk dengan wayar amplifer tu. budak bob ni punyelah cool, die rileks je bile ade masalah, tak de marah ke ape, senyum je dengan orang teknikal tu. Sungguh Pro, tapi memang dalam event kalo masalah teknikal tak dapat diatasi, silap-silap boleh jadi charge event tu event failure terus. Nasib baik, masalah dapat diatasi, dan nasib ade jae Jin dan Jong Hun yang hebat "mengoreng" gitar untuk cover bob. Paling menarik bile ade peristiwa yang terjadi antara aku, kak nie dan si bob ni masa die berhenti untuk minum air. Sangat tak boleh dilupakan. *fall in love! tetibe lagi *

Serius aku cakap, suara si Lee Hongki memang lagi sedap bile nyanyi live! Kalo dengo dari dalam you tube dan album-album yang ada pon dah terasa sedap, kalo dengo live lagi lah berganda sedapnya. Ternyata lah mereka bukan jual rupa bak laporan harian metro, tapi mereka punya bakat dan imej! Pakej terbaik!! hehehe... Hongki nyanyikan dalam dekat 10 lagu sebelum berhenti untuk tuko baju. Maklum la cuaca Malaysia dengan Korea, mana sama kan? Cepat lah berpeluh, hangat. Tambah pulak buat persembahan "kasi habis baik" punya. Dua kali jugak le tuko baju.

Masa brake untuk tuko baju tu, pihak organiser sediakan montaj pasal bebudak FT ISLAND nih. Menarik juga montajnye. Kandungan montajnye cerita pasei setiap ahli FT la kan.
Montajnye mula-mula bercerita pasal Choi Jong Hun (leader Ft)

"I am Choi Jong Hun, i like to take a photo, to keep this moment forever. Every photo reminds my life and the moments. A good model can complete a good photo, and the most lovely model is... myself, Choi Jong Hun"

kemudian pasei Lee Jae Jin (Guitar and Bass)

"Fashion is another way to show me, and my fashion style is called JAEJIN look. Jae jin look can complete by Confidence. and sometimes .. old and unballance..Um... where my stylish? Please change my style."

Cerita pasei Choi Min Hwan ( Drummer)

" I was born to be a man. No pain, no gain. Food they kill my muscle. Finally i can get my great Six Pack. and.. let's go to bed like a real man."

Cerita pase Song Seung Hyun a.k.a Bob (Guitar)

" We are living in a global world. I am studying English to talk with my fans. All right~ My fans!! Be There!! (when he got a calling from someone talk in English, he blur..) I am fine, I really fine"

last, cerita pasei Lee Hongki (Vocalist)

"Brand new day comes with brand new story. I can't go anywhere but i can hear what happens from everywhere. In the world... by SNS!!.. Urm every story comes from myself.. Ha ha.."




~credit to: youtube arewinyoung~

Konsert Play with FT ISLAND bak kata Hongki ni berlangsung selama 2 jam setengah, tanpa henti. Memang terbaik lah semua persembahan mereka. Kenapa aku cakap macam tu? memang terbukti mereka tak menghampakan, Lee Hongki masih mampu meneruskan dan kekalkan suara dengan lagu yang key tinggi walaupon waktu itu die tengah selesema. Seung Hyun masih mampu cool walaupon ade masalah dengan gitar.  Dan yang paling penting ni lah satu-satu nya band yang setiap ahli kumpulan mampu bernyanyi dengan baik!! Paling aku respect Hongki berusaha sehabis baik untuk berkomunikasi dengan peminat, sebab die ada masalah untuk berbahasa Inggeris. Sangat comel, bile cube berbahasa Inggeris walaupon hanya dengan berkata "I Love You, Play with FT ISLAND, Sing with Us,  and Thank you!. At least die cube. Walaupon itu je yang die mampu cakap.


~Puas!


Bagi aku, berterima kasih kepada Square Roots Sdn Bhd, organiser untuk event ni sebab bawak FT ISLAND datang ke Malaysia, tetapi kalo mereka lebih prepare dan menyediakan translator untuk FT berkomunikasi dengan peminat, itu lebih menjadikan event ini berjaya. Ini cuma pandanganaku, dan dari apa yang aku lihat dari sudut sebagai seorang peminat FT dan pelajar event management. huhuhuu...

Terima Kasih juga kepada FT ISLAND yang mengotakan janji untuk datang dan buat konsert di Malaysia. Akhir Konsert ni, FT ISLAND nyanyikan lagu PRIMADONNA. Lagu ni special untuk PRIMADONNA. PRIMADONNA pon tak lepas peluang untuk bagi sesuatu kepada FT. Cube teka apa? cepat teka! tak tahu??

Disebabkan PRIMADONNA ni punye warna kuning, jadi mereka memberi Pulut Kuning kepada FT! Bayangkan FT makan pulut kuning. Mesti rasa sekali nak lagi kan? jadi,  bermakna mereka akan kembali lagi lah ke Malaysia! *wah! dengan confidentnye aku! huhuhuh*




~FT ISLAND is AWESOME!!~

P/s: FT, sila kembali ke Malaysia lagi supaya kita dapat memijak tanah yang sama dan berpayungkan langit biru yang sama, *tetibe tak menahan pesanannya! huhuhu*

Friday, January 13, 2012

Rumah Pelik!

Entry aku kali ni pasal rumah? Memang lari sungguh topiknye. Bukan apa, aku sebenarnya tak mampu nak memberi tumpuan kepada inche HRP aku. So, aku ni pergi la searching ape yang patut. Maklum le, wifi pon laju *nak bangga skit!* hahhaha.. Dalam, melaro search macam-macam kat internet. Aku terjumpe sesuatu. Nak tahu?

Aku terjumpa Rumah pelik? Ade ke? Memang adelah. Aku pon mule-mule rase pelik. Terpikir, beno ke wujud rumah pelik dekat bumi ni? Selalu imaginasi je kan. Benarlah, imaginasi manusia  mampu menghasilkan sesuatu yang pelik atau luar biasa. Atau mungkin mereka adalah insan-insan yang kreatif?

Jom kite tengok rumah pelik macam mana yang aku jumpe~


The Spaceship House,
Rumah pelik dekat Chattanooga, (TN,USA)


The Teapot Dome,
Rumah pelik di Zillah, rumah ini dibina pada tahun 1922, sempena peringatan skandal Kubah Teko yang melibatkan President Warren G Hardingdan rizab Persekutuan Petroleum di Wyoming 


The Boeing 727
Rumah pelik di Benoit, (Mississippi, USA)
*hebatlah kalo ade rumah macam ni kan? rumah pon yer, pesawat pon yer*


The Toilet-shaped house
Rumah pelik dekat Suwon (South-Korea)

Mula-mula pandang, mesti korang tak nampak bentuk rumah ni macam mangkuk tandas kan? hehehhe... Aku pon macam tu, tak terpikir pon mangkuk tandas masa mula-mula tengok!


The Nautilus House
Rumah pelik dekat Mexico

Cuba tengok baik-baik, rumah ni berbentuk macam apa? Tak dapat? Sikit punye lawa ke design rumah ni...
Rumah ni direka mengikut bentuk Siput. Kreatifkan pembinanye Senosiain Arquitectors.



The Shoe House
Rumah pelik dekat Hellam (Pennsylvania, USA)

Stylo gak kan, rumah bentuk kasut. Rumah ni milik hartawan kasut tempatan, Mahlon N. Haines, jadi memang logik la ia berbentuk kasut. Rumah pelik ni sebenarnya rumah tamu, tapi selepas kematian pemiliknya, rumah ni pernah dijadikan salon aiskrim sebelum ia dijadikan muzium sehingga hari ini.


The Upside-Down House
Rumah pelik dekat Szymbark, Poland

Bayang kan mana gayanye nak masuk rumah ni kalo depan mata. Mahu pening sekejap. Sebab keliru dunia dah terbalik ker? Tapi salute dengan idea kreatif Daniel Czapiewski. Rumah ini dibina kononnya untuk menggambarkan bekas era hidup komunis dan masa sekarang dimana kita hidup.


The Cube House 
Rumah pelik dekat Rotterdam, Holland

Rumah pelik dan kreatif ini direka oleh arkitek Piet Blom masa tahun 1984. *aku pon tak lahir lagi nih!


The Bubble House
Rumah pelik dekat Cannes

Rumah ini direka oleh arkitek Antti Lovag dan telah dibeli oleh perka fesyen Pierre Cardin. *elok le same-same pereka, bezanye bidang jer.. hehhehe




The Mushroom House
Rumah pelik dekat Cincinnatti, Ohio, USA

Rumah bentuk cendawan pon ade? ingat cite kartun smurf je yang ade rumah cendawan.. Heheheh.. 


The One Log House
Rumah pelik dekat Garberville,California, USA




The Fallingwater
lagi rumah pelik dekat Pennsylvania, USA

Rumah pelik ni dibina sebahagiannya diatas air terjun oleh arkitek Amerika Syarikat, Frank Lloyd Wright pada tahun 1935. Pergh, agak lama dah umah ni.. Sangat unik dan agak tenang la kawasannya kan.. Memang style ler..


The Steel House
Rumah pelik dekat Lubbock, Texas, USA

Rumah yang dibuat dari 110 tan keluli. Bukan senang nak buat rumah dari keluli ni, jadi tak hairan le pengukir dan arkitek Robert Bruno mengambil mase selama 23 tahun untuk hasilkan rumah dari keluli nih. Dah nak sama dengan umor aku jer.. huhu




The Pickle Barrel House
Rumah pelik dekat Michigan, USA


The Strawberry House
Rumaah pelik dekat Tokyo, Jepun

Nampak macam lazat dan menggiurkan pule, kalo tetibe berjalan ade strawberry tengah-tengah pekan kan? Rase nak makan pon ade bile tengok rumah ni.. huhuhu


The Errante's Guest House
Rumah tamu pelik dekat Chile

Nampak macam rumah ni beralun kan? agak-agak cam mane lah dekorasi dalamnye yer? boleh ke almari berdiri tegak dalam rumah tu? Memang berseni lah! 


The Kettle House
Rumah pelik dekat Texas, USA

Teka-teka, rumah ni macam ape? Sekali pandang pon boleh jangka kan? Nama pon dah gambarkan rumah ni bentuk ape. huhu.. Tapi kecik aje pintunye.. Agak-agak rumah ni dua tingkat ker?


Pelik dan aneh-aneh kan rumah yang dibina oleh arkitek yang berimaginasi tinggi nih. Inilah yang baru dikatakan "think out of the box". Rumah biase pon cantik juge, cume sesekali muncul dengan idea yang luarbiasa dari kebiasaan, menarik jugak! Kita kat Malaysia pon, ade juga rumah-rumah yang pelik dan kreatif.. Tak percaya? cube cari dan fikirkan antara rumah yang pernah korang lihat, dan bagi korang ia kreatif dan ade nilai yang tersendiri. Ade! Percayalah, Proud with Your Country, and try appreciate all the cretivity and idea from others! Tak salahkan berkongsi idea dan kreativiti. 
love art!

Thanks and credit for picture from Inche google! Pengetahuan bertambah.=)

excited!!

Sekian lama aku tak buka blog aku nih... So EXCITED  sangat nak menaip.. Walaupon tak ada lah lama mane kan, sebab aku sedikit sibuk dengan kertas peperiksaan aku. Kejap kan masa berlalu... Tapi bukan itu yang ingin aku ceritakan.. Cukup-cukuplah dengan tekanan yang ade. Biarkan ia pergi. So aku dengan ini telah berusaha untuk....

Untuk ape? untuk melepaskan tekanan aku dengan berjumpa bebudak comel! Sedikit "giler" bak kate kawan-kawan aku, sebab aku dah tahu sibuk dengan exam, boleh selamber jer nak pergi tengok Konsert FT ISLAND..

Konsert ape yang aku nak pergi sangat ni? haa... meyh tunjuk sikit!


~Play FT ISLAND~

Agak keterlaluan kan disitu. Tapi bagi aku, itu cara aku! itu minat aku, so biarlah kan? Janji aku tak kaco orang!.. hehehhe...Excited! "giler tak excited?".. Haruslah.. Walaupon ini bukanlah kali pertama untuk aku pergi ke konsert artis korea. Tapi kali ini debaran yang aku rasa, lain macam... Sebab apa ek? Sebab aku memang menanti-nantikan untuk tengok lima budak FT nih! Walaupon aku dah pernah ade pangalaman tengok bebudak ni mase tahun lepas! Dengan mata dan kepala aku sendiri.*time tu, tangkap gambo, sume goyang..nervous!* 

Overkan aku, konsert artis local, tak nak pergi pon kan? Bukan tak nak pergi, tapi belum ade kesempatan! *wah, jawapan cover sangat!* Nape aku lebih salute FT.ISLAND?  Aku salute diorang bukan sebab rupa diorang! rupa tu 50% la kan.. Tapi aku salute diaorang sebab semangat yang diorang ade, (ni lah band yang bermula dengan nyanyi kat majlis penyampaian hadiah sekolah)genre lagu yang diorang ade, dan lirik-lirik lagu diaorang yang bagi aku sangat puitis! Apa nak heran? Aku memang orang sastera, so standard la kalo tahu hargai lirik yang puitis* tak bolah blah kan?

Aku berterima kasih sangat-sangat kat akak sedara aku, Ennie MinHa *name bukan main!..huhuh*ehhehe.. Sebab dialah, aku ade pengalaman untuk sume nih! Kalo tak, memang tengok kat youtube ajelah.. Bajet student, mane mampu.. heheheh..


~ticket Play FT ISLAND. Kamsahamida Kak nie!~


So, kupu-kupu pon dah bersarang dalam perut gara-gara tak sabar menanti esok hari!! FT jumpe esok! =)