Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Saturday, January 28, 2012

Al Kisah Baucar Buku

Tajuk entry dah macam nak bercerita pasal kisah zaman dulu-dulu. Mungkin la akan ada kene mengene dengan zaman dulu-dulu. Tapi apa yang nak aku berkisah ni pasal baucar buku yang semua orang tahu kerajaan dah salurkan atau dalam erti kata lain dah beri kepada pelajar-pelajar IPT. Baucar buku yang diberikan tidaklah terlalu banyak mahupon terlalu sedikit, tapi bagi pelajar ynag dapat RM 200 tu kire dah memadai lah. Ye lah, mengenangkan kite-kite semua nih masih belajar dan hanya bergantung pada duit PTPTN dan MBF (mak bapak Finance) hahhaha... kan?

Tapi tak sempat sebulan baucar-baucar buku ni diedarkan diberi kepada pelajar-pelajar, tup-tup timbul isu baru.  Isu ape? Isu pelajar jual baucar yang diberikan. Aku yang terlewat ambil baucar nih, sebab sebok dengan exam pon kene la tempiasnya. Nak dijadikan cerita, aku dan geng housemate aku pergilah ambil baucar, bile kitaorang amik, akak yang bagi baucar tu suruh kitaorang tulis nama dan no kad pengenalan atas baucar tu. Kawan aku sampai tersilap pergi tulis no kad pelajar le atas baucar tu. Tibe-tibe dalam kesilapan tu, kawan aku yang memang punya naluri suka bertanya,*malu bertanya, sesat jalan kan? heheh* ringankan pulak mulut nak bertanya kat akak tu kenapa kene tulis semua tu atas baucar buku tu? Akak tu dalam nada sinis je jawab " Nak tahu kenapa kene tulis? Sebab dah ade dah pelajar yang pergi jual baucar buku ni!" 


~Dapat Baucar 1 Malaysia.. YEayyyy!!~

Maknenye disitu, fahamlah kami bahawa sebelum ni pemberian baucar tidak memerlukan pelajar tulis nama dan no ic kat baucar tu. Ok, tak kisah la tu. Tapi dalam perjalanan balik aku terus berfikir sehinggalah perkara ni jadi isu besar. Aku masih berfikir..


Apa yang aku fikirkan? Aku terfikir kenapa terjadinya kes jual baucar? Memanglah tidak dinafikan baucar tu sudah menjadi hak pelajar, so pelajar berfikir mereka boleh buat apa sahaja dengan baucar tersebut. Pada mulanya memang aku fikir macam tu, tapi bile difikirkan dan dikenang-kenangkan semula memang tak patut. Macam tak tahu menghargai pulak kan? Aku rasa nak tergelak pon ade melihat pelbagai gelagat pelajar yang dapat baucar buku ni. yelah, mana tidaknya. Yang tahu guna pakai tu sepasal lah kan, yang tak tahu nak mengguna pakai pon sepasal jugak. Elok seminggu diumumkan bahawa baucar tu dah boleh ditebus dekat pejabat bendahari, kemain ramai lepas tu aku tengok yang update status kat FB. Ade yang pikir nak jual, ade gak yang fikir nak borong novel dekat kedai buku, dan macam-macam lagi lah.

Ade juga yang masih merungut bile tak tahu kedai buku mana yang boleh digunakan baucar buku tersebut dan merungut bila hanya beberapa kedai terpilih je yang boleh guna baucar ni. Yang ni pon aku tak faham, dah bagi bantuan pon nak merungut! Ok, mari merungut Malaysia!!
Bagi aku, dah diberi baucar tu pon sikit punya Alhamdulillah le, bab kedai mana yang terpilih, cari lah info dan pergi aje lah kedai yang dipilih boleh digunakan baucar tu. Itu pon, takkan lah nak merungut dengan kerajaan lagi kot!! Come on lah!! Dah beso panjang kot!

Bab yang pergi menjual a.k.a salah guna kemudahan yang diberi. Bile diberi baucar tu, memanglah hak kita, nak jual ke, nak beli apa sekalipon terpulang. Tapi yang tunjuk kebodohan dan tak fikir panjang sebelum buat tu apahal? Tak perlu rasanya mentionkan dekat laman-laman sosial tentang apa yang dibeli menggunakan baucar tu. Tak kisah la nak borong 100 novel sekalipon, boronglah. Tapi simpan-simpan lah sikit apa yang dibuat. Seperti sedia maklum, baucar tu diberikan untuk bantu pelajar kurangkan beban, beli buku teks untuk sem depan? So bile korang dok gatal tangan update status beli novel, kan ke dah nampak salah gunanye? Memang tak dinafikan ade yang tak tahu buku apa yang kene pakai sem depan. Tapi senior dan lecturer kan ada? Walaupon novel tu kategori buku jugak. tapi ni kira yang berpikio gak la kan, sebab still manfaat dengan beli bahan bacaann. Bab yang menjual tu, kalo ye pon nak menjual buku tu, apa ke bijak sangat pergi menjual dekat laman Mudah.com tu? kan dah kantoi? Nilah dikatakan cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajo.
*hehehe.. maafle kalo terkaso bahasenye*  Walaupon, aku tak tahu apa reason mereka jual baucar, tapi apa sekalipon reasonnya, fikirlah dulu sebelum buat.

Semalam aku dapat info, yang kepada pelajar-pelajar yang menjual baucar buku akan dikenakan hukuman sebat dan penjara tak lebih 5 tahun, beno idak aku tak pasti. Pergh! Orang akan kata hukuman macam tak padan dengan kesalahan. *aku pon seriau dengonye*. Sebelum aku dengo bab hukuman tu, ade gak aku berkomen-komen dengan kawan aku pasal hal jual baucar buku ni.


~Tak semua layak dapat baucar ni, ada syarat kot!~


Kawan aku kata, patut PM tolak RM200 tu dari yuran. Aku pon bagi pendapat aku yang kalo PM tolak dari yuran, nanti akan timbul pula isu tidak adil disitu. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab sedia maklum, semua yuran Universiti di Malaysia berbeza, tidak sama, pulak tu yuran dikire mengikut kos program yang kite ambil. Kawan aku still cakap, memang tak sama, tapi dikira adil kalo semua tolak RM 200, lain lah kalo satu Universiti tolak RM 200, satu lagi Universiti tolak RM450. Malas nak cakap lebih, aku cuma mampu jawab, memang la semua tolak jumlah yang sama, dikira adil. Tapi tetap nampak berbeza dan tak adil kalau berbeza jumlah yuran. Sedangkan bagi baucar pon kite salahgunakan, inikan pula kalau ditolak yuran, lagilah jadi Mari Merungut Malaysia. Bagi aku, sebenarnya terpulang pada sikap! Kalau kita ni tahu menghargai, takkan timbul isu nak menjual dan salah pakai apa yang diberi.

Tapi aku percaya, tidak semua manusia itu tahu menghargai. Kita dilahirkan berbeza! *aicewah!*  Bab hukuman yang aku dengo tu, aku tak tahu ia benar dan relevan atau tidak! sebab aku bukan budak Law. *hajat yang tak kesampaian sebenonye nak jadi budak law..huhuhuu* tapi apa yang aku boleh cakap, dan nak merungut pasal isu nih cuma "kalau hari ini mereka-mereka boleh jual baucar, esok-esok jangan terkejut mereka jual negara!! so berfikirlah sikit!!!" *pergh statement!* aku bukan apa, aku sedikit terkilan dengan mereka yang berfikiran pendek, dan tidak menghargai apa yang kerajaan bagi. Bile tidak diberi, dimaki, bile diberi tidak menghargai.

Bak kata mak aku, "diberi bunga dibalas tahi". *Mak aku pon dah emo..hheeheh*. Mak aku bercakap macam tu, sebab die rase kite (pelajar-pelajar zaman ni) sangat bertuah. Semua serba ada, semua diberi, semua diesediakan. Tapi menghargai sedikit pon tak reti!


So, sebagai pelajar, rasanya kita dah hampir atau mungkin cukup matang untuk berfikir sebelum bertindak. Aku bercakap begini sekadar berkongsi pendapat aku. Sekadar mengingati sesama sendiri! Kalau terslah cakap, maafkan saya. Wa pon budak tak habis belajar lagi.. hahahhaha...

No comments:

Post a Comment