Kalo perasan lah kan, entry pon bukan cerita pasal sakit,jadi biar le aku je yang tanggung! hehhehe *pura-pura tabah*. Cukup merepek disitu, dan memang lari sungguh la kan tajuk entry kan?? Sebenonye, aku nak cite pase Konsert Play FT.ISLAND yang aku pergi masa sabtu lepas. *Semangat!* huhuhu..
"BARAE"
~daebak!~
Kembali kepada landasan dan jalan cerita, sabtu lepas aku agak kelewatan la sampai dekat Stadium Negara, sebab jalan yang selalu kami ikut untuk pergi ke Stadium Negara ditutup. Kenapa? entah sampai sekarang tiada jawapan untuk itu. Walaupon rase lewat, tapi tetap sempat! Kami pilih tempat duduk betul-betul sebelah kiri stage, baik punye tempat kan, yang tak berapa ramai orang nak duduk. Yelah, tempat tak berapa nak strategik. Tapi duduk ajelah kan, tak de masa nak memilih dah pon. Janji dapat tengok FT ISLAND!.
FT, sekali lagi kita berpijak di tanah melayu yang sama dan berpayungkan langit yang sama! *suka nak over.. huhuhu*
Dah lama duduk baru aku perasan yang Stadium sudah seperti selautan PRIMADONNA! Kuning habis. Ikut tema sangat peminat FT ISLAND nih. Tabik! Tapi bila diamati dan dilihat layout pentas dan tempat duduk kurang memuaskan. *tetibe nak jadi pengkritik, budak event kan... huhuhu*. Jadi bagi yang dah bayo, redha ajelah apa adanya. huhuhu.. Aku rasa kalo layar besar tu kebelakang sedikit dan tidak setara dengan tempat penonton, lebih selesa kot. Kesian kot insan-insan yang duduk tepi (aku salah seorang lah tu). Mahu teleng kepala dibuatnye.. huhuhu...
Walau apa pon, kelemahan itu tak ganggu langsung fokus aku dan yang lain untuk enjoy persembahan FT ISLAND. Mula je persembahan, FT nyanyikan lagu "BARAE" atau dalam bahasa englishnye "I HOPE". Dan yang paling penting, itu adalah lagu kesukaan aku, bile pertama kali aku mengenal bebudak FT ni. Bak kata kakak sedara aku, " tak tahan, die nyanyi lagu favourite ko mula-mula". Aku sambil ikut nyanyi, cume anguk dan buat kening double jerk je la.. hahhahha.. Antara lagu-lagu seterusnya, lagu FLOWER ROCK, BAD WOMAN, IMMORTAL SONG, LIKE A BIRD, I WILL GET YOU, HELLO HELLO, LOVE LOVE, LOVE, dan banyak lagi la. Dekat 20 lagu tanpa henti.
~Song Seung Hyun a.k.a Bob~
bob~hongki~jong hun
Last song~ PRIMADONNA
Mata aku tak lepas memandang gitaurist Song Seung Hyun a.k.a Bob. Aku minat habis dekat budak ni, dan kebetulan dia punya posisi paling dekat dengan kitaorang. Jadi, memang nampak jelas lah kan? Luck la namenye tuh. Punya lah tinggi mamat ni, dan aku memang suka melihat lelaki tinggi! hahha.. *tetibe!* Tapi bukan itu yang aku nak cerita, sebenonye aku respek habis lah dengan dak Bob ni. Masa mula -mula persembahan, gitar yang die guna untuk persembahan ade masalah, dan yang pasti adalah masalah teknikal. Sampai empat lagu la, die terpaksa cuba tukar-tukar gitar untuk cucuk dengan wayar amplifer tu. budak bob ni punyelah cool, die rileks je bile ade masalah, tak de marah ke ape, senyum je dengan orang teknikal tu. Sungguh Pro, tapi memang dalam event kalo masalah teknikal tak dapat diatasi, silap-silap boleh jadi charge event tu event failure terus. Nasib baik, masalah dapat diatasi, dan nasib ade jae Jin dan Jong Hun yang hebat "mengoreng" gitar untuk cover bob. Paling menarik bile ade peristiwa yang terjadi antara aku, kak nie dan si bob ni masa die berhenti untuk minum air. Sangat tak boleh dilupakan. *fall in love! tetibe lagi *
Serius aku cakap, suara si Lee Hongki memang lagi sedap bile nyanyi live! Kalo dengo dari dalam you tube dan album-album yang ada pon dah terasa sedap, kalo dengo live lagi lah berganda sedapnya. Ternyata lah mereka bukan jual rupa bak laporan harian metro, tapi mereka punya bakat dan imej! Pakej terbaik!! hehehe... Hongki nyanyikan dalam dekat 10 lagu sebelum berhenti untuk tuko baju. Maklum la cuaca Malaysia dengan Korea, mana sama kan? Cepat lah berpeluh, hangat. Tambah pulak buat persembahan "kasi habis baik" punya. Dua kali jugak le tuko baju.
Masa brake untuk tuko baju tu, pihak organiser sediakan montaj pasal bebudak FT ISLAND nih. Menarik juga montajnye. Kandungan montajnye cerita pasei setiap ahli FT la kan.
Montajnye mula-mula bercerita pasal Choi Jong Hun (leader Ft)
"I am Choi Jong Hun, i like to take a photo, to keep this moment forever. Every photo reminds my life and the moments. A good model can complete a good photo, and the most lovely model is... myself, Choi Jong Hun"
kemudian pasei Lee Jae Jin (Guitar and Bass)
"Fashion is another way to show me, and my fashion style is called JAEJIN look. Jae jin look can complete by Confidence. and sometimes .. old and unballance..Um... where my stylish? Please change my style."
Cerita pasei Choi Min Hwan ( Drummer)
" I was born to be a man. No pain, no gain. Food they kill my muscle. Finally i can get my great Six Pack. and.. let's go to bed like a real man."
Cerita pase Song Seung Hyun a.k.a Bob (Guitar)
" We are living in a global world. I am studying English to talk with my fans. All right~ My fans!! Be There!! (when he got a calling from someone talk in English, he blur..) I am fine, I really fine"
last, cerita pasei Lee Hongki (Vocalist)
"Brand new day comes with brand new story. I can't go anywhere but i can hear what happens from everywhere. In the world... by SNS!!.. Urm every story comes from myself.. Ha ha.."
~credit to: youtube arewinyoung~
Konsert Play with FT ISLAND bak kata Hongki ni berlangsung selama 2 jam setengah, tanpa henti. Memang terbaik lah semua persembahan mereka. Kenapa aku cakap macam tu? memang terbukti mereka tak menghampakan, Lee Hongki masih mampu meneruskan dan kekalkan suara dengan lagu yang key tinggi walaupon waktu itu die tengah selesema. Seung Hyun masih mampu cool walaupon ade masalah dengan gitar. Dan yang paling penting ni lah satu-satu nya band yang setiap ahli kumpulan mampu bernyanyi dengan baik!! Paling aku respect Hongki berusaha sehabis baik untuk berkomunikasi dengan peminat, sebab die ada masalah untuk berbahasa Inggeris. Sangat comel, bile cube berbahasa Inggeris walaupon hanya dengan berkata "I Love You, Play with FT ISLAND, Sing with Us, and Thank you!. At least die cube. Walaupon itu je yang die mampu cakap.
~Puas!
Terima Kasih juga kepada FT ISLAND yang mengotakan janji untuk datang dan buat konsert di Malaysia. Akhir Konsert ni, FT ISLAND nyanyikan lagu PRIMADONNA. Lagu ni special untuk PRIMADONNA. PRIMADONNA pon tak lepas peluang untuk bagi sesuatu kepada FT. Cube teka apa? cepat teka! tak tahu??
Disebabkan PRIMADONNA ni punye warna kuning, jadi mereka memberi Pulut Kuning kepada FT! Bayangkan FT makan pulut kuning. Mesti rasa sekali nak lagi kan? jadi, bermakna mereka akan kembali lagi lah ke Malaysia! *wah! dengan confidentnye aku! huhuhuh*
~FT ISLAND is AWESOME!!~
Memang daebak, terbaik, unbelievable! Kali ni datang lagi, jom kita serbu Press Conference. Nak gak aku interview si Hongki and ehem Bob ni (ala..nak uji speaking skill dia je..mu jangan le jeles plak hehehe) tapi memang sangat hebat malam tu..tak puasss...to FT, please come back to Malaysia..coz, we cant get enough of u guys...
ReplyDeletehuhuhu..... Daebak!!!! make sure dapat PC eyh kalo mereka kembali ke Malaysia lagi.. wa dapat gambo pon jadi ler.. ehehhe.. FT ISLAND please comeback!! huhu..
ReplyDelete