Hebat tak K dalam hidup aku? Tapi aku rasa, aku masih mampu mengawal perasaan aku terhadap K lagi. Aku belum terlalu sepenuhnya suka dengan K. Ok, sudah la tu, mesti tertanya kan siapakah K yang sedang aku dok cerita ni kan? Sebenarnya K ni stand for Korea. Hahahha.. ha tahu suspen!
Entah kenapa, tapi aku percaya bukan aku seorang sahaja yang mangadap, minat dan layan dengan korea nih. Aku percaya ada beribu dan berjuta lagi diluar sana yang lebih obses terhadap Korea. Aku cuma sang peminat biasa yang mengikut arus masa dan terjebak dengan Korea bukan kerana terpkasa tapi sebab memang aku lihat ada sesuatu yang menarik minat aku terhadap Korea.
Kawan-kawan aku kata aku obses dengan Korea. Apesal pulak kan nak judge aku macam tu? Sebab aku berpeluang pergi tiga konsert artis korea yang diadakan di Malaysia? Itu dah silap! Tak semestinya, kalau aku berpeluang untuk pergi ke konsert artis Korea tu, aku dah terlalu obses dengan Korea. Aku cuma boleh senyum je lah bila dah mereka judge aku macam tu. Tapi sebenarnya aku bukan seperti itu. Aku belum sampai tahap obses.. *tunggu aku sampai nanti!,.hahha* Sebab aku sendiri pernah berhadapan dengan orang yang lebih obses terhadap Korea. Jadi aku mengerti bagaiman dikatakan obses!
Kalau diikutkan, aku cuma melayan drama-drama Korea saje. Penyanyi Korea yang aku pernah dan minat sekarang pon cume ade 2, Kim hyun Joong, dan band FT.ISLAND. Jadi dimanakah dikatakan obses? Jadi untuk memuaskan hati, aku tanya lah kawan-kawan aku, dekat mana aku dikatakan obses dengan Korea?
Mereka kata, " Aida, tak habis-habis dengan korea, dalam hp penuh lagu korea, dan siap boleh nyanyi lagi. Yang pelik faham ke idak aku pon tak tahu le, pulak tu sekarang nak pakai hp pon macam artis korea" ada juga yang kata " ko memang suka sangat korea ye? sampai sanggup tengok konsert?"
Ada aku kesah? hahhaha... Memang tak ler. *by the way, yang aku nyanyi lagu korea tu, aku faham sepenuhnya lirik lagu dan Hp korea pon orang hadiah kan*
Kalau lah setakat itu je dikatakan aku obses, memang tak adil lah. Habis tu kalo tahap dengo lagu dengan pergi konsert fikir dikira obses, aku nak tanya pulak yang sanggup pergi tunggu artis korea dekat airport, yang sanggup buat group dekat fb, yang sanggup bergaduh demi artis-artis korea itu dikira sebagai apa? Lagi lah obses kan?
Jadi bagi aku jangan judge orang melalui apa yang kamu lihat, aku bukanlah terlalu obses, aku cuma menjadi antara peminat jer. Kalau minat itu boleh elakkan aku dari terus hanyut dengan perkara lain yang lebih teruk? Kenapa tidak? sekurang-kurangnya minat aku ada batas. Aku tak lah biarkkan diri aku laro dengan Korea. Aku sekadar meminati karya seni mereka. Aku jatuh cinta dengan budaya mereka, aku kagum dengan sikap mereka.
Apa pun aku percaya setiap dari kita punya minat masing-masing kan? Berani potong jari le.. Mengaku ajelah. Tak salah pon kalau kita minat sesuatu perkara, selagi perkara itu tak membawa kepada keburukan. Mungkin terkadang apa yang kita minat memerlukan kita untuk berkorban sedikit duit, tapi apa salahnya kalau duit itu untuk kepuasan sendiri. Jadi jangan hairan lah kalau orang yang single, boleh spent time lebih kepada apa yang diminati. Sebab ada lebih banyak komitmen untuk diri sendiri daripada perlu fokus kepada orang lain.hhahahaha...
Jangan pula tanya kenapa aku lebih layan Korea dari industri tempatan sendiri. Bukan takde yang menarik minat aku. Cuma ia masih ditakuk lama. Make it something new and please don't just copy and paste dari yang lain. Baru lah industri seni kita boleh ragut hati orang kita untuk layan seni kita. Tapi itu hanya pendapat aku, aku masih jugak support seni tempatan, turun jugak panggung tengok cerita melayu. At least. tengok la gak cerita melayu, bukan pilih cerita hollywood je bile nak masuk panggung =) *bayangkan kalau panggung kita tiap-tiap bulan ada movie Korea, habis lah elaun aku!!..huhuhu*
No comments:
Post a Comment