Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Friday, January 13, 2012

Rumah Pelik!

Entry aku kali ni pasal rumah? Memang lari sungguh topiknye. Bukan apa, aku sebenarnya tak mampu nak memberi tumpuan kepada inche HRP aku. So, aku ni pergi la searching ape yang patut. Maklum le, wifi pon laju *nak bangga skit!* hahhaha.. Dalam, melaro search macam-macam kat internet. Aku terjumpe sesuatu. Nak tahu?

Aku terjumpa Rumah pelik? Ade ke? Memang adelah. Aku pon mule-mule rase pelik. Terpikir, beno ke wujud rumah pelik dekat bumi ni? Selalu imaginasi je kan. Benarlah, imaginasi manusia  mampu menghasilkan sesuatu yang pelik atau luar biasa. Atau mungkin mereka adalah insan-insan yang kreatif?

Jom kite tengok rumah pelik macam mana yang aku jumpe~


The Spaceship House,
Rumah pelik dekat Chattanooga, (TN,USA)


The Teapot Dome,
Rumah pelik di Zillah, rumah ini dibina pada tahun 1922, sempena peringatan skandal Kubah Teko yang melibatkan President Warren G Hardingdan rizab Persekutuan Petroleum di Wyoming 


The Boeing 727
Rumah pelik di Benoit, (Mississippi, USA)
*hebatlah kalo ade rumah macam ni kan? rumah pon yer, pesawat pon yer*


The Toilet-shaped house
Rumah pelik dekat Suwon (South-Korea)

Mula-mula pandang, mesti korang tak nampak bentuk rumah ni macam mangkuk tandas kan? hehehhe... Aku pon macam tu, tak terpikir pon mangkuk tandas masa mula-mula tengok!


The Nautilus House
Rumah pelik dekat Mexico

Cuba tengok baik-baik, rumah ni berbentuk macam apa? Tak dapat? Sikit punye lawa ke design rumah ni...
Rumah ni direka mengikut bentuk Siput. Kreatifkan pembinanye Senosiain Arquitectors.



The Shoe House
Rumah pelik dekat Hellam (Pennsylvania, USA)

Stylo gak kan, rumah bentuk kasut. Rumah ni milik hartawan kasut tempatan, Mahlon N. Haines, jadi memang logik la ia berbentuk kasut. Rumah pelik ni sebenarnya rumah tamu, tapi selepas kematian pemiliknya, rumah ni pernah dijadikan salon aiskrim sebelum ia dijadikan muzium sehingga hari ini.


The Upside-Down House
Rumah pelik dekat Szymbark, Poland

Bayang kan mana gayanye nak masuk rumah ni kalo depan mata. Mahu pening sekejap. Sebab keliru dunia dah terbalik ker? Tapi salute dengan idea kreatif Daniel Czapiewski. Rumah ini dibina kononnya untuk menggambarkan bekas era hidup komunis dan masa sekarang dimana kita hidup.


The Cube House 
Rumah pelik dekat Rotterdam, Holland

Rumah pelik dan kreatif ini direka oleh arkitek Piet Blom masa tahun 1984. *aku pon tak lahir lagi nih!


The Bubble House
Rumah pelik dekat Cannes

Rumah ini direka oleh arkitek Antti Lovag dan telah dibeli oleh perka fesyen Pierre Cardin. *elok le same-same pereka, bezanye bidang jer.. hehhehe




The Mushroom House
Rumah pelik dekat Cincinnatti, Ohio, USA

Rumah bentuk cendawan pon ade? ingat cite kartun smurf je yang ade rumah cendawan.. Heheheh.. 


The One Log House
Rumah pelik dekat Garberville,California, USA




The Fallingwater
lagi rumah pelik dekat Pennsylvania, USA

Rumah pelik ni dibina sebahagiannya diatas air terjun oleh arkitek Amerika Syarikat, Frank Lloyd Wright pada tahun 1935. Pergh, agak lama dah umah ni.. Sangat unik dan agak tenang la kawasannya kan.. Memang style ler..


The Steel House
Rumah pelik dekat Lubbock, Texas, USA

Rumah yang dibuat dari 110 tan keluli. Bukan senang nak buat rumah dari keluli ni, jadi tak hairan le pengukir dan arkitek Robert Bruno mengambil mase selama 23 tahun untuk hasilkan rumah dari keluli nih. Dah nak sama dengan umor aku jer.. huhu




The Pickle Barrel House
Rumah pelik dekat Michigan, USA


The Strawberry House
Rumaah pelik dekat Tokyo, Jepun

Nampak macam lazat dan menggiurkan pule, kalo tetibe berjalan ade strawberry tengah-tengah pekan kan? Rase nak makan pon ade bile tengok rumah ni.. huhuhu


The Errante's Guest House
Rumah tamu pelik dekat Chile

Nampak macam rumah ni beralun kan? agak-agak cam mane lah dekorasi dalamnye yer? boleh ke almari berdiri tegak dalam rumah tu? Memang berseni lah! 


The Kettle House
Rumah pelik dekat Texas, USA

Teka-teka, rumah ni macam ape? Sekali pandang pon boleh jangka kan? Nama pon dah gambarkan rumah ni bentuk ape. huhu.. Tapi kecik aje pintunye.. Agak-agak rumah ni dua tingkat ker?


Pelik dan aneh-aneh kan rumah yang dibina oleh arkitek yang berimaginasi tinggi nih. Inilah yang baru dikatakan "think out of the box". Rumah biase pon cantik juge, cume sesekali muncul dengan idea yang luarbiasa dari kebiasaan, menarik jugak! Kita kat Malaysia pon, ade juga rumah-rumah yang pelik dan kreatif.. Tak percaya? cube cari dan fikirkan antara rumah yang pernah korang lihat, dan bagi korang ia kreatif dan ade nilai yang tersendiri. Ade! Percayalah, Proud with Your Country, and try appreciate all the cretivity and idea from others! Tak salahkan berkongsi idea dan kreativiti. 
love art!

Thanks and credit for picture from Inche google! Pengetahuan bertambah.=)

No comments:

Post a Comment