Terus je citelah pasei kejadian petang tadi. Aku pergilah berjalan-jalan cuci mata. Window shopping lah senang cerita, walaupon aku ni bukan kategori yang suke bershopping! WHoop!! sila jangan fikir yang semua perempuan tu suke bershopping ok! Wa, memang tak sama. Nak berabis duit beli heels, handbag, make up ke tu sile serah pada yang pakar. Wa ni stock kedai buku je boleh lah wa layan.. hahhaahah. ok, melalut lagi. berbalik pada cerita, standard la kalo masuk shopping complex mana boleh smoke kan? lain lah kalo dalam tandas kan?
So nak dijadikan cerita, masa aku berjalan nak ke pintu masuk shopping complex tu, depan aku nih adelah seorang mamat yang baru 3 kali sedut rokok, memandangkan dah nak dekat sampai ke pintu masuk, dan agaknya gabra tengok kawannye dah terlalu ke depan, die pon campak je rokok yang belum habis dihisap tu ke belakang. Nasib tak kena aku. *lau tak memang alamat makan penumbuk la mamat tu*.. Aku pulak yang terlihatkan adengan tu, dan memang sejak azali agak pantang dengan yang benda yang bernama ROKOK ni apa lagi? Selamba ajelah aku pijak rokok tu kasi padam. Bile aku toleh ke depan aku tengok mamat tu dok usha aku tajam punya.*mungkin bengang tengok aku pijak rokok die tu kot?* Aku pon wat muka selamba lalu jelah depan die dan cakap "saya nak elakkan pembakaran terbuka"*sambil senyum siap buat kening double jerk lagi*hahahhaha.. Puas!! Mamat tu diam tak terkata apa. heheheh...
Sorry le encik mamat perokok. Tindakan refleks tu laju je kalo bab rokok.. hehehhe.. maaf!! Aku bukan lah benci tahap dewa dan tak boleh consider langsung dengan bab rokok ni. Tapi, memang dah pembawakan dari keluarga aku memang macam tu. Aku dah dibesarkan dengan suasana pantang bab rokok! Ayah aku pon tak merokok, so jangan pelik lah kalau aku agak annoying dengan rokok nih. Lebih-lebih lagi yang merokok depan aku. *sila juga hormat orang yang tak merokok, kalo nak mati pon, jangan libatkan orang lain,opps!!*
Aku tahu tak mudah untuk seorang perokok berhenti merokok? kan? Tapi hendak seribu daya kan.. Bak kata ayah aku bile ditanya tentang susah ke tak nak berhenti merokok?*ayah aku dulu perokok jugak, tapi berhenti lepas kahwin dengan mak. sweetnyerrr.huuhuhuh* "Pokok pangkal, kehendak dari diri kita sendiri. Kite yang tentukan kita nak jadi apa." Betul tu ayah!! Setuju 100%.
Jadi sempena kempen Berhenti merokok *tetibe!* marilah berhenti merokok dan jauhi rokok dan asap-asapnya dari diri anda! heheheh... Bagi aku, kalau mase kecik boleh berhenti hisap susu botol bile nak masuk sekolah, takkan dah beso panjang ni nak berenti merokok pon susah sangat? Malu le dengan budak kecik yang mampu berhenti hisap susu botol dengan mudahnya! huhuhuuu..*ok!, memang merepek lagi.*
No comments:
Post a Comment