Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Saturday, February 4, 2012

Boyfriend baru nikah. Tahniah!

Agak lama aku tak membuat sesi ketuk-ketuk ramadhan papan kekunci untuk dear blog aku yang dah bersawang nih. Kebetulan minggu ni agak sebok dengan persiapan kahwin. Gaya macam aku yang kahwin kan? Bukan lah, sebenarnya pakcik a.k.a boyfriend aku yang nikah. hehehe.. Tambah pulak, kebetulan jiran aku pon turut sama ada majlis perkahwinan. Jadi aku agak kelam kabut la dengan apa yang sepatutya.


 

~wakil sebelah pengantin lelaki~




~ni bukan pengantin yer, abang pengantin~

Pak cik a.k.a boyfriend aku yang kahwin ni, adik ayah aku yang bongsu sekali. Alhamdulillah, diusia 35 tahun jodohnya sampai. Betul la kan kuasa ALLAH, jodoh tu tetap akan sampai , cuma cepat dan lambat je la kan. So, bekat kesabaran, finally boyfriend wa kawen jugak akhirnya, setelah setiap tahun aku memeningkan kepala beliau dengan soalan "bila lagi pak cu epon???" huhuuuhh..

Makanya, semalam aku pon sibuk la gerak ke kedah. Jodoh dengan orang jauh kot. Tapi kalo dah jodoh?? Jauh mana pon tak de hal lah kan? Yang penting, jodoh tu dah sampai dan mereka sangat secocok!! hahahha... Comel ajer. Untung kawen dengan orang jauh ni, boleh menyelam sambil minum air. (jalan-jalan tempat orang), tapi yang tak best nye  kalau dah jauh sangat susah pulak bab pengangkutan nak ke sane. Bajet kene lebih skit bab nak sewa pengangkutan ke sana kan? Moral??: kahwen le dengan orang dekat! tapi kalau ALLAH dah tentukan kahwen dengan orang jauh, 7 benua sanggup direntas jua. *chewah!!* 


~The bride. Comel kan?~

Kali ni aku rase, agak menarik perjalanan pergi hantar pak cik aku ni menikah. Macam-macam perkara baru yang aku lalu, perkara baru yang aku belajar dan yang paling penting ade peristiwa menarik yang terjadi. Nyaris wa tak kena heart attack! Bila hantar orang menikah ni, tambah pergi tempat yang bukan negeri kita, so banyak la yang aku lalui. Perjalanan dari Alor Star ke daerah Sanglang, aku terjumpa banyak nama pelik-pelik. kadang-kadang aku terpikir macam mana boleh dapat nama macam kg penin, kota sarang semut *aku ingat biskut raya je ada nama sarang semut, rupanya nama tempat pon ade*. Mesti ada kisahnya kan? 


~Can you feel my heartbeat??Nervous!! ~ the groom~

Masa akad nikah, dari mula sampai habis, ada ilmu yang aku sedari dan aku pelajari. Bukan senang weh nak menikahi anak orang. Bukan senang nak jadi suami orang dan bukan senang nak jadi isteri orang. Sebelum nikah tok kadi adalah bagi sedikit kata-kata, dan juga bagitahu mengenai tanggungjawab suami dan isteri selepas nikah. Jadi, make sure dah betul-betul bersedia. Paling best bab tok kadi test soal jawab dengan pak cik aku. pak cik aku buat-buat tenang! *alah dalam hati "bunyi gendang naga" kan???*. Nasib pak cik aku relaks dan dengan sekali lafaz je, sah pernikahan tersebut, *salute lah pak cu!*

Dalam sesi urusan nikah tu, ada peristiwa yang memang unexpected la! tengah pakcu aku nih dok baca ikrar or janji *actually i dont know, sound like that" tibe-tibe tok bilal hentak meja nikah tu. Mak ai, aku yang beberapa langkah je dari tok bilal sebab nak ambik gambo, punyelah terkejut, nyaris le tak jatuh apa yang digengaman. Tok kadi dan pak cu pon berhenti, gara-gara terkejut! Aku ingat tok bilal nak bangkang pernikahan tu ke apa. Rupanya ade orang kurang siuman masuk ke masjid tu. *buat suspen je tok bilal ni, kalo ye pon takkan le tak boleh cakap perlahan-lahan nak halau orang tu* Hilang terus nervous pak cu aku. huhuhuuuu......


~Selamat Pengantin Baru Pak cu Epon~

Alhamdulillah, akhirnya semuanya selesai dengan sempurna. Semoga perkahwinan pak cik aku a.k.a boyfriend wa ni berkekalan sehingga ke anak cucu. Amin. Tahniah pengantin baru. 
































No comments:

Post a Comment