Aku punya jantung kiri yang sangat istimewa, sangat! Walaupon, terkadang aku rasa jantung kiri aku semakin lemah. Alhamdulillah, aku masih punya jantung kanan. Tapi hari ni aku cuma nak cerita tentang si jantung kiri yang amat aku hargai dan sayangi. Ada dua insan yang memenuhi jantung kiri aku sebagai sahabat, malah sebagai abang dan adik yang tak pernah mati. Walau, terkadang aku rasa mereka semakin jauh, tapi pada akhirnya mereka kembali dekat dengan aku.*Semoga Allah pelihara nilai persahabatan ini.
Dari jantung kiri ini, aku banyak belajar mengenal erti sebuah persahabatan. Alhamdulillah sehingga ke saat ini persahabatan itu kekal dengan tittle persahabatan. Mungkin masing-masing mahu menggariskan ia hanya atas dasar sahabat. Walau terkadang, hampir terbabas perasaan itu, antara kami tahu untuk kembali pada landasan sebenar. Tapi sekarang masing-masing sudah punya teman istimewa. Jadi tiada soal untuk itu. Aku tumpang gembira. Bagi aku sendiri, aku takkan ulang kesilapan diri. Biar bersahabat sampai mati.
~budak nakal~
Entah kenapa, saat ini aku terasa sangat ingin jadi seperti dahulu. Saat menanti kedatangan mereka berdua ke rumah aku, soreh-soreh dengan mak ayah aku, berkongsi cerita tanpa perlu ada rahsia, tapi semua itu takkan mungkin diulang lagi. Kami semakin dewasa. Si abang sudah punya kerjaya dan teman jiwa, si adik juga sidah berkerjaya. Cuma tinggal aku yang masih belajar. Jadi masa apa yang ada untuk jadi seperti dahulu. Yang buat aku lebih ralat, si adik seperti makan hati dengan si abang. Aku ditengah jadi serba salah.
Wahai si jantung hati, aku harap persahabatan ini kekal hingga ke mati, selisih faham jangan dibiar menjerut tangkai hati. Tak chill lah nanti kan kalau nak kumpul balik? Tapi aku pasti antara lelaki dengan lelaki, kome berdua lebih bijak. Jangan biar aku je yang cube selamatkan nilai persahabatan kita ni. Aku takut nanti aku letih! *heheheh..faham-faham ajelah kan. Bila aku cuti, kome kerja. Aish! Harap masih ade peluang untuk kita chill macam dulu lagi.

No comments:
Post a Comment