Ok, bukan tu yang nak diceritakan, tapi aku baru terperasan yang hari ni 14 feb. Majoriti manusia tahu tarikh tu tarikh ape. Kalau tak masakan semua status FB n Twitter nak cakap pase hari kekasih la kononnye. Bangga sangat dengan hari kekasih! tapi tak kurang jugak yang mengingatkan. Alhamdulillah. Sebagai Islam, rasanya perlu tahu yang kite memang tidak BOLEH menyambut hari tersebut. Terlalu banyak edisi cerita mengenai apakah sebenar Hari Kekasih yang aku baca dan yang aku dengar. Kononnya Hari Kekasih ni sempena memperingati kematian seorang PASTUR yang bernama J.VALENTINA.*sumber google* Aku pon tak tahu mana satu yang betul, Apa yang pasti, sebagai umat Islam, memang dilarang menyambut hari tersebut. Kalau nak tunjuk kasih sayang, hari- hari pon bolehkan? Kenapa perlu 14 feb? So aku rase agak bodoh lah kalau sesiapa umat islam pergi sambut perkara-perkara macam ni. Sume orang pon ade kekasih, tapi perlu bijak lah berfikir mana yang perlu diikut dengan tidak.
Pasal Hari Kekasih ni juga, harga chocolate naik! Harga teddy bear pon naik sikit. Bab yang ni aku tak suke. Time ni la pon kalo aku nak borong chocolate n teddy bear, memang rugi berganda. Tak caya? Betul, aku baru je semalam pergi pasaraya GIANT, mak aih teddy bear punye besar-besar dengan chocolate bukan main mahal. Kat sini kire "untung" lah bagi penggemar tegar chocolate macam aku ni kan? Duit je tak bawak time tu. *tolong sape-sape belikan chocolate untuk saya. hhehhehe. dapat teddy bear pon cun, Patrick ade kawan...hahha.. berangan!* 3 tahun tunggu pon belum tentu dapat. *aida stop dreaming* Untung bende kalo harga bukan main mahal?
Nak SEMUA!!!
Hari ni aku nak tunggu gak cerite apa bakal dimainkan oleh stesyen tv kite? Selalu mesti nak ade cerite ala-ala romantik gitu sempena hari macam ni kan? Cliche sangat. Ikut tema la konon? atau peredaran mase? Macam semalam aku tengok TITANIC, genre romantik sadis sedih tahap tak hingat, ok la dari melayan cite hantu yang merepek sangat. *ketandusan idea industri filem kite. Sedih!.
Dah nampak sangat kan, yang tak patut diikut, diikut. Wake up la! Jangan mudah menyerap budaya yang bukan milik kita, Jangan biar kite terus dipengaruhi seperti dulu. Kita bukan terlalu bodoh untuk perkara seperti itu. Aku tulis entry ni bukan nak ingat Hari Kekasih, tetapi mengingatkan supaya jangan biar diri mudah mengikuti sesuatu yg kite telah kita ketahui salahnya *manusia sentiase melakukan kesilapan walaupon sudah tahu salah atau benarnya. Kerna itu kita bernama manusia*
Ok, sudah-sudah la tu aida bab merepek!, mata dah ajak cari inche bantal.Esok kene ke KLIA , pastu balik Perak. Perjalanan yang panjang.
No comments:
Post a Comment