Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Friday, February 24, 2012

Asabiyah

Orang kata, terlajak perahu boleh berundur, terlajak kapal terbang pon boleh buat pusingan U,*bak kata naim* tapi kalo terlajak kata? Camne tu? Betul lah, orang tua-tua pesan, makan mungkin boleh sebarang makan, tapi cakap jangan sebarang cakap. *Yelah, kalo silap makan pon, habis teruk pon berulang ke tandas kan? Tapi kalo silap cakap? tak kena gaya mungkin bertanda juga dahi tu. huhuh...* Banyak sebenarnya kalau nak diikutkan nasihat dan peribahasa yang mengingatkan kita, tapi ye lah..

Apa yang buat aku nak bercakap isu ni? Sebenarnya, sedikit terkilan dengan cakap orang yang memang cakap, dialah yang betul! Sekali lagi, aku dituduh "asabiyah". Pergh berdesing telinga aku! dan kenapa aku dituduh asabiyah? kerana semata-mata aku tidak tahu tentang perkahwinan rakan perempuan yang sekelas dengan aku dulu. memang tidak adil kan?

Aku terfikir, adakah mereka yang menuduh aku , tahu erti asabiyah tu ape? Asabiyah tu maksudnye mempunyai semnagat berpuak-puak, maknanya mementingkan puak sendiri dan tidak bercampur gaul dengan puak lain. Bukan kah itu terlalu keterlaluan?

Kalau sekarang aku dituduh begitu kerana kurang info, tetapi dulu lagi teruk rasanya aku kena. Aku dituduh seperti itu, sebab aku tidak terlalu rapat *bukan tidak bertegur langsung* dengan kumpulan perempuan A, tetapi lebih rapat dengan kumpulan perempuan B. Kumpulan A ni, budak-budak baik, kumpulan B budak nakal sikit. Perkara tu jadi sangat kelakar bagi aku, sebab kenapa aku sahaja yang ditanya soalan seperti itu? Kenapa kawan-kawan lelaki aku ni tidak pernah bertanya kepada kumpulan A sebab mereka tidak rapat dengan kumpulan B? Tidak adil kan? Asabiyah kah itu? walaupon kami tidak serapat mana, aku rasa aku dan kawan-kawan aku masih boleh berkomunikasi dengan kumpulan A, masih boleh berkongsi makanan, masih boleh bergossip sakan, dan masih boleh duduk satu kelas untuk belajar. Mana Asabiyah itu?

Kalau ikut aku, aku berkawan dengan semua orang. Laki perempuan semua boleh jadi kawan aku. Jadi menimbulkan isu asabiyah kerana kita tidak mengambil tahu atau tidak tahu dan rapat dengan seseorang, bagi aku itu keterlaluan. *ikutkan, ade aku kisah ke semua tu? heheh.. tak pon. Mulut orang mane boleh tutup, lain lah mulut tempayan kan? heheh*

Aku tercari-cari dimana yang dapat dilihat aku ini seperti asabiyah. Paling teruk pon dimana dilihat kaum perempuan itu sebagai asabiyah? Memang aku tidak nafikan, kalau di dalam kelas kita boleh melihat perempuan punya kumpulan kawan masing-masing. Tetapi lelaki kurang dilihat seperti itu. Adakah kerana itu semudah ABC lelaki mengecop kami asabiyah? Kejam namanya itu. Kenapa? Bagi aku, jawapan itu terlalu mudah. Jumlah bilangan perempuan yang ramai menampakkan perempuan seperti berpuak! Padahal, aku rasa dalam 3 kumpulan besar tu, perempuan boleh saje bergaul dan bertegur sapa. Tidak dikira asabiyah lah kan kalau masih boleh bergaul dan bertegur sape. Sebab sedia maklum asabiyah itu semangat berpuak-puak dan tidak bercampur gaul dengan puak yang lain. 

Jadi bagi aku jangan terlalu mudah menilai.  Jangan menilai mengikut pandangan mata, kerna pandangan mata itu selalu menipu, pandangan akal selalu salah,pandangan nafsu selalu membelenggu,dan pandangan hati itu yang pasti.

Sekarang, tuduhan perempuan itu selalu asabiyah, bagi aku sudah basi! Satu yang aku faham dalam berkawan, tak perlu muncul isu asabiyah. Kita kene muhasabah diri kita balik. Mungkin cara ku dilihat seperti itu. Itu khilaf aku. Tetapi bagi aku, cuma satu yang aku tahu dan aku pegang, dalam berkawan ni.. 

"Takdir telah menentukan siapa Keluarga kita, tetapi hari ini kite tentukan siapa Kawan kita"

Jadi buatlah pilihan sendiri, siapa kawan kita. Kan? hidup ini mudah!
Jadi, sebelum nak gune perkataan "Asabiyah" tu pada orang lain, rasanya eloklah fikir-fikir dulu. Terlajak kata, badan binasa kan? *aku ni pon kalau terlajak kata, mintak maaf sangat-sangat.heheheh*

No comments:

Post a Comment