Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Monday, October 14, 2013

Just do and Enjoy it!

It was really fun. After half a year not volunteering in any events. The best part is enjoy the events and get a new friends. :)

Friday, August 23, 2013

Suasana raya makin berbeza bila dewasa.


Salam. Nampaknya dah lebih 2 minggu melalui bulan Syawal dan sudah pon masuk raya yang ke berbelas hari. Boleh macam tu? Tapi yelah, orang cakap raya sampai sebulan kan? So mungkin masih ada yang dalam mood raya. Aku? Habis dah mood raya. Raya kedua dah habis. Tahun ni agak berbeza, sebab raya tu jadi biasa. Dan kebanyakkan nya bukanlah berkunjung kerumah untuk berhari raya, tapi berkunjung untuk memenuhi jemputan kenduri kendara dan kenduri "lain"

Betul, tahun ni je rasanya banyak jugak la dapat kejutan, berita dan jemputan untuk Majlis Perkahwinan dan Pertunangan kawan-kawan dan sedara mara. So mood raya tu bertukar jadi mood kenduri kendara. Bila dapat jumputan kenduri kahwin kawan-kawan perasaannya nice sangat dan normal. Sebab sebelum ni ramai je pon kawan yang dah berkahwin dan berumah tangga. So itu kebiasaan lah. Bila dapat pula berita sipolan dan sipolan dah bertunang. Uish! perasaan die terkejut. Eh kawan-kawan sekelas dah ramai yang bertunang tahun ni. 

Waaaa... dan aku mula terfikir, 2013 memang waktu yang sesuai kot untuk ke fasa seterusnya bagi kawan-kawan aku. Betullah, kata orang. Once masanya dah sampai, kita dah punya kerjaya, dah punya perhubungan dan kewangan yang stabil. "Perkara" itu akan datang. Now, I believe with that statement. Congratulations to Ara and Izah for your engagement day. Happy for both of you. 


Tapi apa yang lebih mengharukan bila sepupu perempuan paling baik dan rapat dengan aku, pon dah dirisik orang. So selain dari mood raya bertukar jadi mood pergi kenduri kendara kawan-kawan. Mood raya kitaorang pon bertukarjadi mood buat majlis kenduri kendara. Seriosly happy for her. But, with this event, all the makciks make me realizes that I'm not child anymore. Mereka asyik ingatkan yang aku dah 24!Oh man.. I know it! but can I just ignore about it? 

Maybe, normal kot once kite dah meningkat dewasa. Raya akan jadi or kemungkinan bertukar kepad mood mengahadiri kenduri kendara sahabat dan saudara mara. Raya tu akan still jadi mood raya sampai hari ke 30 kalau kita masih kanak-kanak. kan? 

Sometimes, I wish....  boleh balik semula ke masa zaman kanak-kanak, supaya dapat rasa balik suasana raya tu. But, itu adalh perjalanan yang sangat jauh untuk dilalui, just pandang ke hadapan. Mungkin raya tahun berikut, panjang umor mood raya tu datang balik? Sape tahu kan? Mari berharap.. :)


Thursday, August 8, 2013

Malam terakhir Ramadhan yang Hilang..

Alhamdulillah, Hari ini sudah pon 1 Syawal. Bermakna sudah selesai persinggahan Ramadhan yang sangat indah. Sedar tak sedar cepat sahaja masa berlalu. 30 hari untuk Ramadhan pada tahun ini seperti terlalu cepat beredar. Dan Ramadhan kali ini lebih dirasai dan memberi makna dan kesedaran kepada aku dan aku percaya semua orang pon merasakan ia nya seperti itu kan?

Sekarang, ia ketika aku menaip ni sudah pon 1 Syawal. Raya kali ini, harap akan jadi lebih meriah. Walaupon aku kurang merasai "kemahuan" beraya itu ada. Raya itu kemenangan bagi orang muslim, jadi ia tetap akan diraikan.

So, aku tak pasti apa yang akan dilakar untuk raya kali ini, tapi aku cuma nak kongsi malam raya aku. Malam raya, aktiviti biasa yang selalu buat pastilah berjalan di bazar. Kali ni bazar di Kuala Kangsar dah macam Jalan TAR je versi Kuala Kangsar. *boleh macamtu?*. Bukan nak beli barang sangat pon, aje gemo nak merasa suasana sesak larat tu, walaupon kalau diikutkan itu tempat rope tu lah yang selalu aku elak.

Apa yang paling best tahun ni derita malam raya aku mungkin akan jadi aktiviti wajib raya akan datang. *dah jumpa insetif baru*. Kenapa dan sebab apa? Yelah,  kalau malam raya, mungkin ramai yang kalau boleh nak tido awal sebab tak sabar nak bangun awal untuk persiapan raya pada keesokkannya. Tapi berbeza bagi aku dan mungkin ornag sekitar kawasan rumah aku. Sebab apa? Bukan sebab sahaja aku tak nak tido  kerana... Amboi dah macam niat sesaja tak nak tidor kan. Walhal sebenarnya ade reaon kaut kenapa aku tak boleh tido. Semuanya sebab dentuman meriam Kg. Talang.





Bagi orang kuala kangsar, atau mungkin orang kebanyakkan orang Perak sudah tahu kisah meriam Kg Talang. Dan ari ni aku rasa seluruh Malaysia mungkin sudah tahu, sebab keraian ini telah dipaparkan di media massa. Pergh! kire hebat lah kan orang kg Talang. Famous gitu. Bunyi meriam Kg.Talang ni bukan bunyi meriam biasa, tapi memang tersangatlah kuat berdentumnya. Mana tidaknya, meriam Kg. Talang bukan meriam buluh biasa, tapi meriam besi. Percaya tak? So cuba bayangkan tahap bunyi yang dihasilkan? Kira logiklah kalau tak boleh nak tido sebab dentuman meriam ini akan berlarutan sehingga ke subuh.

Disebabkan kerana tak mampu tidolah, tahun ni bertekad nak pergi tengok dengan mata , nak pergi dengar dengan telinga dan nak rasa lonjakan adrenalin yang dapat dihasilkan bila berada di kawasan permainan meriam tu. Dan hajat tercapai walaupon kali pertama sejak dilahirkan baru tengok meriam besi ni. Kesian sangat aku ni.. *ok, dan aku dah terlebih cakap pasal meriam, nampak "perak sangat" kat situ*

Walau ,mcam mana pon. Malam raya sekarang tetap tak dapat tanding malam raya zaman kanak-kanak tak cukup akal dulu. Zaman tu tetap jadi zaman paling 'awesome' bagi aku. Zaman dimana hanya tahu rasa 'excited' nak raya, zaman pasang panjut dan main mercun dengan kawan-kawan. Walaupon mercun tak setanding meriam bunyinya, tapi kegembiraan yang ada bersama dengan kawan-kawan tu lebih bernilai. Now, semua dah besar. Mercun hanya dipandang sepi. Teknologi menguasai bile hanya elektronik pintar di jari.

Nampak kan? Malam terakhir ramadhan yang hilang. Hilang kerana ia tidak sama seperti dulu....

mood: Apapun, aku tetap bangga dengan tradisi Meriam Kg. Talang :)






Wednesday, July 10, 2013

Ramadhan kembali.

Ramadhan kembali!
yeah... Ramadhan is back!

Alhamdulillah, syukur kerana masih dipanjangkan umur dan diberikan kesempatan untuk merasai dan menikmati nikmat Ramadhan Al-Mubarak. Walaupon masih terasa seperti baru semalam meninggalkan ramadhan yang lalu. 

Kali ini mungkin ramadhan terasa berbeza dari dahulu. Kalau dahulu mungkin merasai ramadhan di tempat orang dan bersama rakan-rakan, tapi kali ini berpeluang penuh merasai ramadhan sepenuhnya dengan keluarga besar. Tapi ia tetap dirasakan berbeza. Kerana manusia itu berubah,dan musim juga selalu berlalu.
So Ramadhan akan sentiasa ada rasa yang berbeza walaupon punya nikmat yang sama.

Kalau dahulu, zaman kanak - kanak riang. Zaman baru nak up tak kenal dunia. Lain rasanya perasaan menyambut kedatangan ramadhan berbanding dah jadi remaja purba yang dah masuk alam dewasa. Konon kan. Tapi betul rase Adrenlin dalam badan tu lain. Adrenalin sentiasa memuncak bile zaman nak up dulu. Zaman kanak-kanak dan remaja dulu, keterujaan nak pergi berterawih tu bukan main la nak cakap. Sanggup ni buat rombongan kak limah ke Masjid. Tak payah siapa pon pakse, lepas berbuka terus berlari ke masjid. Padahal sebenarnya zaman kanak-kanak tu, bukan pandai sangat lagi solat, cukup puas walaupon hanya dapat perform untuk 6 rakaatl, kire hebat dah tu.  Teruja tu sebenarnya lebih untuk jumpa dengan kawan-kawan kat masjid lepas itu main mercun belakang masjid. Sangat la hingusan kan

Kalau zaman sekarang, sama juga tak ada siapa paksa pon tetap pergi. Sebab dah ada niat yang tetap. Waalupon kadang-kadang tu liat jugak. heheh..  Tapi niat sekarang lebih jelas la berbanding dahulu. Niat nak kejar kumpul dana akhirat kan. Berbeza sangat kan? Itulah hebatnya Ramadhan. tetap melahirkan kebaikan walaupon kadang-kadang niat tu yak jelas. Kenapa?

ha..sebenarnya tak kira lah di zaman mana dan berapa pon usia, bile ramdhan datang je, kita semua berusaha niat untuk memenuhkan masjid. Dari kanak-kanak sampai lah warga emas, bersatu untuk beramal kepadanya. Di bulan ramadhan juga ramai tidak berhijab ada niat untuk cuba berhijab dan ibu-ibu yang cuba mengajar dan membiasakan anak mereka untuk memakai tudung walaupon anak masih lagi kecil. Bulan ramadhan juga ramai yang berniat dan berlumba untuk khatam Quran, yang sebelum ini ramai yang jarang cari peluang untuk baca quran walaupon punya kelapangan. Bila ramadhan juga kita semua berkongsi rasa yang sama, iaitu ingin menjadi yang lebik baik pada masa kan datang. Betol tak? Sekurang-kurangnya, ramadhan itu mendidik kepada niat yang baik.

Semoga ramadhan kali ini memberikan kemanisan dan keberkatan...

Andai aku punya kekhilafan terhadap yang berglear insan, moga dipermudahkan aku memohon maaf dan dimaafkan. Andai aku punya rasa kebencian dan sukar memaafkan, lembutkan hatiku serta permudahkan aku untuk melupakan dan menghilangkan setiap titik hitam dihatiku. Andai aku masih punya dosa silam, moga aku diberi kesempatan untuk mghapuskan dosa dan memperbaiki diri untuk menjadi hambanMu yang lebih baik. InsyaAllah.

Agar diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik untuk beramal di Bulan RamdahnaMu Ya Allah. Amin. 


ps: Esok puasa! Jom sahur. 




Wednesday, July 3, 2013

Selepas 5 tahun

Hari ini, selepas hampir 5 tahun lamanya. Kami kembali ke aktiviti wajib keluarga. Bukan main lama meninggalkan aktiviti tersebut. Kembali mengenang zaman meningkat remaja. Sekarang tak remaja ker? Sekarang mungkin boleh dikategorikan bersedia ke alam dewasa. huhuhu. Walaupon hakikat, masih terperangkap dalam dunia remaja.

Aktiviti tersebut adalah.. Tengok perlawanan bola sepak. Satu kepuasan hari ini, menjejakkan kaki semula ke Stadium Perak. Menonton semula dengan dua biji mata ke arah lapangnya hijau padang. Perasaan nak cerita macam adrenalin dah meluap hingga ke kemuncak. Kenapa?

Bile jejak balik stadium untuk tengok bola, automatic skill dan pngetahuan bola aku jad A++. Masuk stadium tengok bola dengan masuk stadium tengok komsert, memang lain. Kalau pergi konsert huhahuha sendiri tak kenal pon orang kiri depan belakang, tapi bile tengok bola, silap-silap mamat or minah sebelah boleh jadi member. 

Apa yang paling best, bile dah pergi stadium, kejadian terserempak dengan orang yang dikenali tapi tak jangka akan jumpa memang perkara luar biasa. Sebab? Bila berkaitan bola, semua ornag berkumpul tak kira lah apa pun. Macam kes aku, boleh cakap terbaik la mak cik jual nasi lemak kat medan selera stadium tu masih boleh ingat walaupon dah tak jumpa hampir 5 tahun. Kat stadium jugak la boleh jumpe pak sedara, kenalan 10 tahun dulu. Hebat. Dah macam jejak kasih gayanya.

Lepas tu kalau dulu zaman Khalid Jamlus, Syamsul Saad, Shahrul Azhar, V. Saravanan, memang aku sanggup tunggu depan grand stand untuk salam dan amik autograph! Hebatkan mereka , sebab aku lebih adore pemain bola sepak berbanding artis masa tu. Tapi sekarang ni, perkara tu aku tak mampu nak buat. Cuma aku just tumpang bangga sebab junior aku masa sekolah dulu sekarang dah jadi player Perak. Takkan nak mintak autograph junior kan. hahhahah...

Walaupon Perak kalah tipis je dengan Kelantan, but aku tak la kecewa sangat pon. Permainan pasukan perak mantap sebanarnya. Banyak peluang yang muncul, cuma tiada penyudah yang baik je. Tapi aku akui lah mereka tidak segemilang zaman Khalid dan V. Saravanan satu masa dulu. Inilah bola sepak,ade turn naik kan. Hope Perak boleh improve pada masa akan datang. Dan ini pasti bukan pengakhiran untuk aku, tapi permulaan untuk menjadi seperti dahulu balik. 

p: Ade beza antara lelaki yang tahu tentang bola tapi kaki bangku dengan lelaki yang tahu tentang bola dan tidak kaki bangku. Macam tu juga dengan perempuan. Aku lagi suka yang jenis kedua. Hahahha..

Dont run away

Don't run away.
You will be tired.
Stop run away.

Don't be afraid with that person.
Don't be scared with the memories.
Don't lost your friend
Don't ruin the relationship.
Don't be like this anymore.

Don't worry,
Just stand like usual.
Memories just like a bubble.
It will burst and disappear.

Because, its you the one
Who will decide to blow out the memories

Please,
Don't run away.
Please,
Just stay where you stand right now.
because nobody will chasing you
they also tired
like you.

Tuesday, June 11, 2013

Syaaban, Kuatkan aku.

Menjengah syaaban, aku semakin lemah atau seharusnya aku semakin kuat? Saban hari aku rasa macam tak mampu nak hadap semua ni seorang diri. Ya aku tahu bahawa dugaan dari Allah itu sentiasa setimpal dengan kemampuan aku, tapi aku sendiri tidak yakin samada aku mampu menghadapi atau tidak.

Aku tahu berlalunya rejab, hadirnya syaaban iaitu bulan nabi. Bulan dimana untuk semua umat diberi perluang untuk perbaiki diri dari segala cela.

Aku mengharapkan syaaban kali ini, menguatkan aku untuk aku perbaiki diri dan perbaiki setiap keadaan yang sedang aku hadap ini. Aku tak pernah rasa seteruk ini. Syaaban beri aku kekuatan, walau aku sendirian. Beri aku kekuatan untuk aku perbetul keadaan. Syaaban, beri dia kekuatan dan kesabaran, Syaaban moga dapat beri kesedaran pada dia perbaiki diri. Moga syaaban tabah dan kuatkan aku.

Walau aku sudah terlalu penat untuk bertahan, beri aku kekuatan agar aku dapat lalui syaaban ini dengan sebaiknya. Walau kadang aku rasa aku tak punya siapa, percayakan aku bersama Dia, Moga syaaban ini beri kebaikan, rahmat dan peluang untuk setiap dari kami memperbaiki diri.

Friday, June 7, 2013

Eksperimen Ke Fasa Perkahwinan

Pernah terfikir untuk melangkah ke satu fasa dalam hidup yang dinamakan sebagai "perkahwinan"? Well, I beat ramai anak muda sekarang boleh dikatakan terlalu cepat terfikir untuk ke fasa itu. Yelah, perkahwinan tu jelas suatu perkara yang baik. Tapi kena tahu ia baik kepada mereka yang benar-benar bersedia. Tak kira lah masih muda or sudah terlalu matang untuk ke arah itu. Sebab, melangkah ke arah itu, memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang besar!

Kenapa tetiba pula aku nak persoalkan isu ni kan? Sebenarnya aku just terfikir tentang isu ni bila sepupu aku yang boleh dikategorikan masih muda dah melangkah ke fasa perkahwinan. Nak kata muda tu taklah muda sangat, tua setahun je dari aku. Yelah, macam tak percaya pulak kan kawan main baseball sesame dulu, senior mase tingkatan 1 sampai form 6 dah pon jadi suami orang. Eh! aida, orang zaman dulu lagi kawen awal. So ape nak pelik? Normal lah tu. Yang aku jadi plik sebab isteri dia lagi muda dari aku. Tercabar? No needlah, sebab aku rasa masing-masing tu jodoh dah ditetapkan. Jodoh mereka awal. Bak kata siti (siti tu sepupu sebaya aku) "kita ni umo je dah meningkat, but masih nampak muda dari segi perangai, Jiwa mesti muda". huhuhu..  Lagipon zaman dulu dengan zaman sekrang tak boleh dicomparekan sebab situasi zaman dahulu terlalu jauh beza dengan zaman sekarang.

So hope pasangan Iwan dan Dewi dapat melalui alam perkahwinan dengan sebaiknya. Semoga jadi suami yang baik and  ketua rumah tangga yang hebat. Pergh macam bagi nasihatkat ex boyfriend dah kawen ngan orang lain plak.. hahhaha. By the way, apa yang paling best bagi aku, kenduri kali ni aku dapat eksyen jadi jurugambar. Well kenduri sebelum ni pon, kau jugak jurugambar sukerela, tapi kali ni mungkin aku rasa best sikit sebab berjaya pujuk and pengaruh pengantin untuk jadi model tak rasmi aku untuk photoshoot outdoor. Thank bebanyak la pengantin sebab sporting. Yeah I know I'm not really good being photographer, but I really appreciate n thanks to both of you because willing to be my "tikus makmal" for this photoshoot. Ngeee...

Cinta Jam Besar Kuale! :P

Kalau dah darah tentera tu, tentera jugak! Aku suruh tangkap kat bawah je, dame buat "crack" dame je pergi panjat sampai atas. Well u rock!

Pengantin yang sporting gila, berani mati panjat sampai atas, kalau la polis nampak... Confirm kene perambat.

Steady walaupon hujan dah renyai. Konon mulanya malu lah nak bergambo, last kali berani tak hengat

Iwan & Dewi

I like this picture the most!

Semoga ikatan ditaut tak terlerai

Bajet Titanic. :P

jangan terjun!

:)

Dah boleh peluk dah! Eceh!

Ni idea pengantin sendiri

Pose ni tiru pasangan pengantin lagi satu

Its Labu Kubong yaw!





 London 
Si isteri nak juga kendong si suami. Huru hara sesi bergambar.

So, Ini lah hasil kepada kononye "masterpiece" dan eksperimen aku yang adoo.. Tak hebat sangat n tak lah teruk sanga kot untuk amatur macam aku. So sesapa nak cuba khidmat aku, boleh la roger. Eceh! nampak tak ayat promosi diri sendiri kat situ. Well I'm not the best, but I'll try to be the best. Lagi aku kan budak baru belajar. Thank juga pada kakak aku yang tukang jadi driver and adik aku yang tolong kasi touch up sikit!

Ok enough promosi diri! Berbalik pada isu aku tadi, well bagi aku melangkah ke alam perkahwinan tu same gak macam eksperimen aku. Aku pon tak tahu cam mana feeling tangkapkan gambar "outdoor" untuk pengantin, until pengantin bagi peluang. Macam tu juagak perkahwinan, korang takkan tahu kalau korang tak ambil peluang untuk melangkah ke alam itu dan menjadi yang halal untuk sesama sendiri. Ok! ni pendapat ku sendiri. So, abaikan kalau rasa macam tak logik.. Hahah..



Wednesday, May 15, 2013

Degree. Done!

Bismillah..

Alhamdulillah, rasanya macam baru semalam sahaja mendapat surat tawaran dari UiTM. Padahal sudah pon berlalu 3 tahun waktu itu. Alhamdulillah, akhirnya 14Mei2013 menjadi hari dimana aku dah rakan-rakan seperjuangan mengenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Majlis. 3 tahun bukanlah satu masa yang singkat. Terlalu banyak pahit manis yang dilalui.

Dalam 3 tahun itu juga terlalu ramai individu yang terlibat dalam mendorong aku untuk mendapatkan apa yang perlu aku dapatkan. So kat sini selain nak share, congrats and reward diri sendiri untuk pencapaian hari ini. Aku nak reward "orang-orang" penting yang sentiasa menyokong, mendorong dan menjadikan cabaran untuk aku teruskan perjuangan sehingga aku memiliki apa yang aku miliki hari ini.

Thanks to Allah, for the whole life.
Orang paling penting, family yang always support, encourage me and believe me.
Kak nie yang selalu menjadi contoh dan penguat untuk genggam ijazah jugak!
Lecturer, yang memberi ilmu dan cabaran baru.
My BFF, Shaqira Mozni  dan cik Wan yang selalu ade susah dan senang. Ketawa dan air mata. Aiceh!
Kamu, si pencabar setiap sem! Walaupon always aku kalah, tapi itulah cabaran yang buat aku semakin gigih!
Nexus! tanpa korang, mana mungkin kita mampu grad sesama. We create to much memories, share everything and we learn together.

Now!

I'am Degree Holder
I'm complete my study!
Yeah! I'm ALUMNI UiTM!


That what we call gula-gula kapas paling hebat dalam hidup!

Kawan serumah dari sem1 yang selalu berkongsi susah senang


 Yeah! Finally, we are Degree Holder

 Half of Nexus yang Awesome!

BFF. SHE. Always beside me. 

My first flower. I deserve it!

I just wanna to say thanks again to all who related with my life story. hohoho.. and Congrats to all graduate for 78th  UiTM Convocation Day. We share the same feelings!

#bahasa kelaut, al maklum lama bertapa luar pusat ilmu. :)

Tuesday, April 30, 2013

Cinta Platonik

Cinta Platonik?

Apa itu cinta platonik? Cinta platonik itu adalah satu perasaan intim diantara kawan yang berlainan jantina. But bukan macam couple yang memang bercinta. Ini sangatlah lain.

Mostly cinta platonik ni wujud terhadap individu yang bersahabat terlalu rapat dengan individu yang berlainan jantina. Dan rasenye ramai yang mempunyai rasa cinta platonik ni tanpa sedar.

Adakah cinta platonik ni boleh cenderung kepadA seksual? Jawapannya tidak, sebab cinta platonik ini hanya lebih mementingkan "closeness" antara mereka. Why? Sebab sebolehnye mereka yang mempunyai rasa cinta platonik ini akan protect 'sahabat' mereka sebaik mungkin.

believe or not? Mereka yang ade cinta platonik ini sanggup korbankan rasa cinta itu sendiri demi sahabat mereka.

Aku percaya orang lain pon mesti ade cinta platonik macam aku, dan aku berani cakap cinta platonik ni sangat berbeza dengan cinta biasa. Kenapa aku yakin sangat? Sebab aku dah rasa kedua-duanya. Heheheh. Syukur diberi peluang. Walau hanya sementara.

Apa bezanya? Okay bila terjebak dengan cinta platonik, kamu akan sedaya upaya nak protect kawan kamu,walaupon die tak pernah perasan dengan tindakan kamu. Kamu mencintai die,tapi bila kamu mengerti bahawa sahabat kamu mencintai orang lain,kamu tetap terima dan sedaya upaya tolong untuk bantu sahabat kamu. Walaupon kamu tahu bahawa orang yang sahabat kamu cintai itu tidak pernah menyukainya,dan kamu tahu akhir nanti kawan yang kamu cintai akan dilukai.

Selain itu, kamu akan cube memahami dan meminati perkara yang kawan kamu sukai. Walaupin kmu sendiri tidak pernah tahu dan meminati apa yang kawan kamu minati itu,tetapi tetap cuba memahami walaupon bersusah payah. Contohnya, aku sendiri cuba memahami,mengenali dan mengikuti moto gp yang pada mulanya aku tak pernah tahu.  How a girl try to learn about moto gp?Motocross? Sounds weird right? Tapi itulah yang aku buat. Sound funny.

Cinta platonik juga buat kita cuba protect mereka seperti saudara sendiri. But actually, cinta platonik is more beautiful than the real love. Untill now i still keep my 'cinta platonik' in my heart. As long as ur friend never take it seriously about your feeling towardS him and try to appreciate ur feeling as friend, i believe its ok.

Cinta sebenar antara lelaki dan perempuan bukan tidak indah,cuma ia tidak boleh jadi seperti cinta platonik. Sayangkan rasa cinta yang ada,akan hilang selepas wujud perkataan break off.

Mungkin tak semua lah cinta sebenar macam itu. Mungkin ada yang langsung tak bertegur siapa selepas break off, dan mungkin juga masih ada yang boleh bertegur siapa. But cinta itu tidak boleh kekal dalam hati seperti cinta platonik. Kan??

Pernah dengar " Dari sahabat boleh menjadi cinta,tapi amat sukar untuk dari cinta menjadi sahabat". Aku percaya ramai yang pernah dengar but still terjebak dari sahabat menjadi cinta. But terlalu sedikit yamg boleh kembali menjadi sahabat.

I glad to had this feeling. I hope i will keep u (friends) till the end. Lets be friend forever and keep our cinta platonik as long as u are not marry yet. Hahhaaa. ;P

ps: jangan takut untuk sembunyikan rasa cinta jikalau ia memberi kebaikan, jangan takut menyatakan cinta supaya tiada sesalan. :)

Wednesday, March 27, 2013

Enjoy your student life, or You will regret

Mencecah subuh! But aku still tidak bermimpi lena seperti insan lain
Almost 3 month aku tinggalkan "student life" aku. Dan sebanyak itu juga aku tak mampu nak dapatkan waktu tidur normal aku. 

Adakah ini penyakit? atau dah memang kebiasaan? 
Mungkin tak mudah nak ubah keterbiasaan semasa jadi student dulu. Waktu macam ini memang bukan waktu tidur aku. Waktu menelaah. Lebih-lebih lagi kalau tengah ade test or final, memang jadi burung hantu lah. Atau mungkin burung hantu pon tahu tidur? *hahha. its worse!*

Walau macammana pon aku still rindu "student life" aku. Bila dah tak jadi student ni, baru tersedar bahawa "student life" tu tersangat lah best! Daebak! Aku boleh rase kebebasan sebagai pelajar tu. Boleh rase kesungguhan dan ade sesuatu yang perlu aku capai. Perlu dibuat. Walaupon kalau diikutkan menyumpah-nyumpah dengan kehidupan sebagai pelajar yang terlalu banyak dengan assignment dan tanggungjawab. At least masa tu aku ade benda yang perlu aku capai dan selesaikan. Sekarang?

Memegang tittle pengangur terhormat memanglah tersangat derita. Otak tepu!.I really need something to do. Rasa diri macam looser. Ye lah, memandangkan kawan-kawan semua dah masuk sem balik, so memang envy giler la dengan dame. *kesiankan aku?*

Betul dan tersangat benarlah kata Kakak sedara aku. "Enjoy puas-puas zaman jadi student, bile nanti dah masuk dunia pekerjaan dan dah tak bergelar student, itu lah perkara yang paling best dan kita kan rindu nak buat".  Aku ni baru 3 bulan habis belajar, kerja pon belum lagi. Tapi sungguh rindu dengan "student life". 

Sebab ape "student life" sangat beri kesan dalam hidup? Sebab dari situ lah kita kenal sapa kawan-kawan kita. Kita kenal apa itu persahabatan. Kita kenal erti bersusah payah di tempat orang. Kita belajar untuk apa? Student life juga ajar kita apa itu cinta. Ajar erti tanggungjawab sebenar. Ajar erti menghargai peluang yang ada, dan terlalu banyak sehingga kita boleh jadi menghargai atau terleka.

Walaupon "pengakhiran 'student life' bukan pengakhiran kita belajar sebenarnya" bak kata Lan. Sebab dalam hidup kita sentiasa belajar. Tapi still "student life" adelah masa paling lama dalam hidup kita mencuba untuk mencari apa itu ilmu, kawan, guru, sahabat, musuh cinta, dan segalanya.

Enjoy your student life, or you will regret. Actually, we should do well in life,without feel regret. Until now, I never feel regret what i have done,but thankful for everything. Student life teach me how to appreciate other, how to love, how to make it friend, how to struggle till the end, and how to move on. Even, there are not all sweet memories was created, but the bitter memories complete who i am right now.   


Friday, February 15, 2013

Final result for final years!

Hari ini result examination sem sudah keluar untuk pelajar ijazah universiti teknologi mara. Penuh lah wall di fb dengan ucapan dan tak kurang juga di timeline twitter yang uodate tentang result masing-masing.

Bagi aku pelajar tahun akhir,ini adalah kali terakhir untuk aku menerima emel dan melihat result aku. Sedar tak sedar sudah jadi kali terakhir untuk merasai debaran result exam. Pasti selepas ini debaran itu tidak lagi dirasai,melainkan berniat untuk sambung master.

Semoga kawan-kawan satu batch and nexus mendapat result yang menggembirakan pada sem terakhir ini. Aku bersyukur dengan apa yang telah aku dapat. Walaupon tidak mencapai target yang aku jangkakan,sekurang-kurangnya aku capai niat yang lepas. Bak kata wawa, "We should be redho with this result". Benarlah bahawa Allah memberi apa yang kite perlu dan setimpal dengan usaha kita. DL at least mengubat sedikit kekecewaan.

Sekarang boleh fokus untuk majlis kahwin,pilihanraya dan misi mencari pekerjaan. Master? I need time to rest for a while. If i have a chances,i will do my master. Inshaallah. Pray for me k :)

Thursday, February 14, 2013

Movies weeks!

Masuk tahun baru biasalah bila terlalu banyak lambakkan filem di panggung seluruh malaysia. Baik filem tempatan mahupon filem dari luar negara. Kalau yang kaki wayang tu rasanya  tak ada masalah langsung untuk buat pilihan kerana terlalu banyak filem yang sedang ditayangkan di layar perak.

Aku ni bukan kaki wayang,jejak panggung pon bila ada filem yang tertentu yang memang aku nak tengok. Kalau di kl,mungkin wayang tu jadi aktiviti mingguan,sebab ade geng. Bila dah di kampung filem aku cume depan tv jer. Tu lah untungnya  ade astrofirst. *Promote...

Walaupon kat kampung,sempat jugak terjah panggung,gara-gara plan mengejut. Orang kata kalau dah ade yang ajak, kita on jer. Bukan selalu kan. Kalau Dah jumpa siti,ecah dan nina yang memang lah susah bebeno nak jumpa hari biasa,so apa lagi bermula lah sesi terjah panggung.

Niat nak support local film,tapi memandangkan dah takdir tiket habis,so kami redah tengok movie "A good day to die hard" lakonan bruce will. Guess what?? This movies really superb awesome! So memang tak nyesal langsung tertengok filem ini dan tak dapat tengok local movies as we was planning.

Agdtdh, is full with action,fighting and the spontanious humors from bruce will. "Like father,like son,like hell" betul- betul kena dengan movies ni. Aku rasa macam tak sabar menanti penghujung cerita ni,sebab sepanjang movies ini disajikan dengan aksi yang sangat menarik. Rasa nak repeat lagi pon ade. Mungkin ahad nanti. Jom sekali?

Selain movies ni, aku dan siti akhirnya berkesempatan juga tengok local movies yang kami nk tengok dari awal. Tapi kali ini pergi bamai ramai dengan sedara mara. Kira panggung tu kami la yg conquer..*hahaa.. penuh muka orang kampung buaia.* Gara-gara nak tengok husin,mon dan jin pakai toncit. Bukan apa, lokasi cerita ni kebanyakkan dibuat di kampung sendiri kan. Terujalah nak tengok.

Ok berbalik pada filem mamat khalid ni,pada aku ia tidak se ummph hantu kak limah balik rumah dan zombi kampung pisang. Why?? Bagi aku cerita husin ini terlalu lama meleret dan kurang menyegat kerana kehilangan watak 'abi' a.k.a johan raja lawak. Dan mungkin watak dan gaya ucop wilca sudah terlalu basi,dan pemonton seperti muak dengan watak tersebut.  Tapi ape yang menarik,syabas pengarah mamat khalid kerana sudah mampu menghasilkan filem yang punya cgi yang bagus. Good job!

Selain hussin,mon,dan jin pakai toncit aku sempat juga tengok filem juvana. Cumanya aku tak tengok di panggung wayang tetapi tengok di astrofirst sahaja. Sebab sudah terlewat nak tengok di panggung. Sanggup ni beli ,sebab dah ikut siri ni dari awal. Kalau twilight boleh ikut takkan juvana nak dilepaskan kan?

Cerita juvana ni bagi aku menarik jalan penceritaannya. Bagaimana ia menunjukkan bahawa tak semua orang jaat tak boleh jadi baik,dan tak semestinya orang baik tak boleh berubah jadi jahat. Semua itu pada diri sendiri. Dan moral paling penting adalah,kita tak boleh biarkan diri kita dipenjara oleh diri kita sendiri jika kita mahu kehadapan. Senang cerita penjara paling menakutkan bukanlah dinding batu,tetapi dipenjarakan oleh diri sendiri.

Setiap jalan cerita dalam semua filem itu ade nilainya. Terpulang pada kita untuk ambil atau menganggap ia sebagai sekadar cerita atau hiburan semata. :) x0x0

Saturday, February 9, 2013

Jodoh dan Takdir.

Kali ini bukan mahu menyebut berulang kali ayat yang sama tentang jodoh itu rahsia Allah. Sebab bagi aku orang yang percaya dengan qada dan qadar serta mencintai Allah sebelum mencintai manusia lain tahu bahawa memang benar jodoh itu rahsia Allah. Mungkin bagi remaja sekarang cinta adalah segala- galanya, kurang percaya atau menyakini bahawa jodoh itu sudah ditentukan. Actually, ade beza antara cinta dan jodoh. Jodoh itu pasti, cinta itu belum gerenti.

Hari ini aku sendiri melihat bahawa jodoh itu memang rahsianya. Cepat atau lambat hanya Dia yang tahu. Aku tak pernah sangka bahawa jodoh itu boleh datang di usia yang mungkin bagi seorang bujang sudah terlalu lewat atau dengan erti kata lain sudah terlalu matang untuk berumah tangga. Kalau sudah Allah tetapkan jodoh dan pernikahan itu akan hadir pada usia lewat 30 an, siapa mampu mempertikaikan. Jadi jangan lah terlalu berfikir bahawa sudah berusia 20 an , kita seharusnya sudah bertemu jodoh.

Orang sekarang, selalu berfikir bahawa pada usia 25 tahun keatas sudah sepatutnya dan selayaknya anak-anak bertemu jodoh atau dijodohkan. Lihat sahaja drama tempatan, sangat cliche dengan kisah anak remaja yang masih muda sudah perlu berkahwin. Kahwin kontrak lah, kahwin paksa lah. Semua itu tak relevan dah. Tak semestinya bila kita sudah menjangkau usia 25 thaun, kita perlu dan layak untuk berumah tangga. Perlu mencari jodoh secepatnya. Itu sangat tipikal!!. hehehhe.. *Sila kurangkan soalan pasal jodoh ye mak jemah sekalian, kerna itu rahsia Allah. Tak mampu den nak jawab.*

So berbalik pada inti cerita, pasti Allah punya rencana terbaik untuk menemukan jodoh diantara hambanya. Dan itu takdir yang tiada siapa mampu duga. Alhamdlillah, akhirnya my eldest cousin Shuhaimi bertemu jodoh juga dengan pilihan hati pada usia yang sangat matang untuk bergelar ketua keluarga. Sebelum ini terlalu banyak mulut yang bertanya tetang bila dia akan menamatkan zaman bujang dan bertemu jodoh, tapi tidak sedikit pon dia menberi jawapan pasti kecuali dengan guruan bahawa dia belum "akil baligh". *relevan eyh jawapan tu?? hahha..* Mungkin itu jawapan terbaik untuk dijawab dan menjaga hati semua orang.

Esok, bakal menjadi hari bahagia beliau, dan aku pasti ini adalah majlis paling meriah dalam keluarga kami. Semoga Simi dan pasangannya Ennie akan bahagia ke akhir hayat. Amin

 ~shuhaimi dan pasangannya ennie selamat diijabkabulkan~


~keluarga yang paling gembira meraikan perkahwinan Simi~

ps: tak semestinya jodoh tu selalu datang awal, dan jika berjodoh walau selambat mana pon, pasti bertemu jika itu kehendakNya.

aku tak percaya C.I.N.T.A *tetibe nyanyi lagu LJ* :)

Monday, January 21, 2013

Langkah mengenggam ijazah

Harini sudah pon menginjak ke 21 january 2013. Siapa sangka dan siapa duga masih mampu bernafas sehingga ke saat ini. Walaupon keadaan kesihatan kurang memuaskan,dan ade penyakit yang datang tanpa dipaksa. Masih rasa bersyukur kerna diberi peluang untuk bernafas lagi.

Rasanya baru semalam aku menjejakkan kaki di hq UiTM Shah Alam, seperti baru semalam aku daftar diri untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Ya, baru semalam rasanya aku bersua kenal dengan pelajar di minggu orientasi.

Hari ini, sudah hampir seminggu aku dan kawan-kawan menghabiskan sem 6. Sem terakhir untuk tahun yang ketiga. Alhamdulillah, praktikal dan thesis akhir untuk sem ini dapat dilaksanakan dengan baik. Sangat berterima kasih kepada mr mid yang sentiasa memberi peluang dan ruang untuk guide for make the thesis done completely.

Betullah bukan mudah untuk sampai ke tahap ini. Dan bukan mudah untuk menggenggam segulung ijazah. Belajar itu bukan sesuatu yang mudah kalau diambil ringan.

Sekarang, masa untuk bersedia ke alam kerjaya. Itu juga bukan sesuatu yang mudah. Aku baru melangkah. Sedang cuba sebenarnya. Moga dipermudah semua. Aku percaya, bakal merindui kehidupan kampus, Keterbiasaan dengan dunia acara. Paling pasti merindui semua nexus.

Niat untuk sambung master?Siapa yang tak mahu kalau diberi peluang dan ruang. Aku juga mahu. Tapi, biarlah masa yang tentukan. ;)