Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Friday, August 26, 2011

Drift di Selekoh 3 Beradik vs Selekoh Sungai Siput-Salak

Hari ini sangat penat!!! Dari petang sehingga ke malam, drive je memanjang ayo... Dari kuala ke Padang Rengas, masih manjadi pemandu tertib..*heheh* Kemudian diteruskan perjalanan dari Padang Rengas ke Ipoh. Pura-pura jadi pemandu pro, sebab bawak kat highway tak de erti slow ala-ala kereta berhias!! Test drift dekat selekoh 3 beradik(selekoh menora), memang superb kalo bawak laju, tapi kene cekap la kan?? Kalau tak memang tempah maut namanya.*Tu pon sepuluh kali "second hand driver" urut dada..huhuhu* 

Sebelah petang, mengejar untuk berbuka puasa. Sesak larat di Jalan Kuala Kangsar *sumpah, ni paling aku tak suka kalau time aku yang drive!!* Sebal punya pasal, dan memandangkan waktu berbuka sudah hampir. Singgah sahur berbuka dekat Chemor. Pergh die punya kanji percuma sama kurma, memang terbaik!! Sumpah tak tipu. Sila lah singgah kalau lalu kat situ!! *tetibe nak promote plak!!* Dari Chemor pecut ke Kuala, memang drift memanjang ayo(jalan).. ehheh.. Terbaik lah!!!.. Sampai rumah, singgah jap ambik ayah, pergi pula ke Taiping. Ok, kali ni aku menyerah kalah. P.E.N.A.T!!

Alhamdulillah, perjalanan aku dan keluarga sentiasa didalam lindunganNya. Antara Drift Selekoh 3 Beradik, dengan Selekoh Sungai Siput-Salak. Aku rasa 3 beradik lebih mencabar!!ehhehe.. So, jangan sesekali mencuba.. Berhati hati di jalan raya.=) Selamat pulang wahai perantau ke desa..*tetibe!*

Thursday, August 25, 2011

Malang memang tak berbau

Ha entri kali ni pase malang? malang ape? bukan pase pendekar malang eyh!!.. Tapi pase aku ni. Orang kata malang tu tak berbau! Memang pon!! Aku akui sesangat. Kalau malang tu berbaulahkan? Memang aku tak turun tangga.. Sebab aku dah bau malang kat depan kalau aku turun tangga..Ha ni la, dah salah sendiri, ade je nak salahkan lain..ehheheh

Aku tak lah semalang mane pon, tapi azab jugak la kan menanggung sakit! Ni lah, tak de sakit cari penyakit.!!..heheh..*bukan sengaja pon!, benda dah nak jadikan..heehh* So bermula la perjalanan aku dengan kaki rengkot(sebab tahan sakit).. Camne aku boleh jadi macam tu? ha nak tahu? meh aku mengadu cite sikit.. T_T

Disebabkan terlalu excited nak menuju destinasi ke bilik air 5 bintang aku kat tingkat bawah untuk mengambil wudhuk, sebab dah terlambat nak solat isyak, jadi aku pon bingkas dari katil, tinggalkan lappy aku dan berlari turun dari tangga mozek umah aku... pergh!! rasa melayang-layang la bile turun dari tangga. Dan disebabkan rasa keyakinan diri yang terlalu tinggi, *kononnye la..ehehhe*, aku pon tak dapat nak target jejak kaki aku, baik punya kaki aku landing kat bucu mozek tangga tu.. pergh!! rasa macam kene tumbuk la sekejap!! Sampai depan pintu, cuba tengok tapak kaki, nampak la bengkak macam merah. Jadi aku buat relax la sebab ingat bengkak je.. *setakat bengkak, apa ada halkan?berlagak nih.huhuh* Aku pon teruskan niat berwudhuk aku, tengah baik nak basuh kaki,tibe-tibe air  basuh kaki jadi warna merah, kaki pon ase pedih dan ngilu semacam.*pelik!! try usha kaki*. Tu dia, baik punya belah luka kat kaki. Sikit punya luas.

Nak tak nak, terpaksa lah buat sesi memberhentikan darah! jirus kaki macam siram pokok bunga je..hahahha... pedih?? nak wat camne? terpaksa 'memacho' kan diri..hehehe.... Ni la padah kalo yang ringan tu di ringan-ringan kan? Sehingga sekarang masih terasa luka yang ditinggalkan...hahahha...

moral: Sila jangan lambatkan waktu solat, dan sila jangan terlalu excited berlari dalam rumah. Sila lah jalan seperti biasa, pakai mata..ehheeh..sekian!


Wednesday, August 24, 2011

Mari mencari Lailatul Qadar

Assalamualaikum.

Mari mencari Lailatul Qadar. Entri dah terang-terang tentang Lailatul Qadar. Apakah itu Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu adalah malam yang padanya lebih baik dari seribu malam. Malam Lailatul Qadar sunat untuk dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati dan mempunyai kelebihan dan diperkenankan segala doa oleh Alllah S.W.T. Malam LailatulQadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.

Ertinya menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah seribu bulan yang tidak ada Lailatul Qadar seperti sabda Nabi S.A.W:

"sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar kerana beriman serta menacari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."


credit;google

Jadi, marilah kita mencari malam Lailatul Qadar.

Friday, August 19, 2011

Selamat Hari Lahir budak kecik!!

Assalamualaikum...

Hari ini dah masuk 19 ogos 2011

Bersamaan dengan 19 Ramadhan 1432h

Hari ni juga merupakan hari ulangtahun kelahiran adik bongsu aku

So, Selamat hari lahir la budak kecik yer!!

Hadiah?? Budak kecik ni memang suka mintak hadiah..

Mintak hadiah nak demand2 jer.... Tiap-tiap hari sebut pase suruh sediakan hadiah je..ehhehe..

Kat ayah dia mintak nak handphone. Tapi ayah cakap, "hadiah" tu mana boleh mintak-mintak. Kalau orang nak bagi, bagi jer. tu baru namanya "Hadiah"..

Kat mak die nak mintak contact lense(betul idak aku eja,ntah..heheh*tak reti aku bende-bende camni*). Confirm dapat lah kan?

Kat aku?? Nak duit!! hahahah.... Macam la aku ni kerja, banyak sangat le duit aku nak bagi

Budak kecik, Angah belanja beli baju raya je ok??!!!

Kire hadiah la tu... ahhahah....

Hebatkan permainan aku?ehheh..

k dah tu je nak merepek.. ade misi yang perlu diselesaikn segera..heehe


~Happy Birthday Dyba gedik =) ~

Dah masuk 14 tahun ni, belajar rajin-rajin ok!!

Jangan asyik nak main jer..

Semoga budak kecik berjaya dalam pelajaran dan jadi anak yang baik!!


Thursday, August 18, 2011

Dah nak bertunang =)

Assalamualaikum...

Entri macam agak gempak disitu!!! hehhehe... Dah nak bertunang? Maksudnye tak lama lagi nak bertunanglah kan? Apa bertunang tu? Alah, kalau orang tua-tua dulu cakap "hantar tanda kepada pihak perempuan".. kire nak tandalah yang si perempuan tersebut, sudah ditanda oleh pihak lelaki.. So kepada lelaki yang lain yang ade terpikir nak "cube market", silalah jangan mencuba..huuuhhuhuh..

Sembang pasal bertunang nih, siapakah yang nak bertunang? Aku ker? hahah.... Macam agak mustahil disitu.. Apa pun siapakah yang mahu bertunang, nanti kite tunggu kisahnya.. Orang kata, tak elok le bercakap-cakap sekarang, bagi hint takpe!!..*huhu..taun badan yang cakap macam tu*..
Nak dekat nanti baru boleh bagitahukan.. wah suspen-suspen..*hehehhe, bukan tak nak bagitahu, tapi memhormati privasi dan amanat taun punya badan*

So, tunggu ye khabar berita kemudian.. ehheeh..*baru suprise!!*

ok! tu je nak merepek hari nih..=)

Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Quran

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk hari ke 17 ramadhan kite berpuasa. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan hari-hari kita di bulan indah ini. Hari ini juga merupakan hari Nuzul Quran. Apakah itu Nuzul Quran? Ok, marilah kita share dan amik tahu sama-sama apakah maksud Nuzul Quran tu yer..*aku pon mengetahu melalui pembacaan, so marilah membaca ye!!*


"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)"
~Al-Baqarah:(2)185~

Nuzul itu bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-quran itu pula bermaksud bacaan atau himpunan. Seperti yang diketahui, pada 17 Ramadhan adalah peristiwa dimana Nuzul Al-Quran berlaku. Al-Quran juga merupakan mukjizat terbesar Nabi SAW. Rasulullah SAW mengingatkan kita:

"Aku telah meninggalkan pada kalian dua perkara, jika kalian berpegang teguh padanya,maka kalian tidak akan tersesat selama lamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabinya."
~Hadis riwayat Muslim~




"Salam Nuzul Quran"


Sunday, August 14, 2011

Doa-Doa dalam Bulan Ramadhan

Assalamualaikum..
Ha entri kali ni aku malas nak wat intro ala-ala berucap sebagai wakil rakyat atau pemidato terhebat, sebab aku pon tak berapa nak ade intronye...huuhhu.. So today is sunday, so aku nak share je dengan kome-kome semua tentang doa-doa dalaam bulan ramadhan yang elok diamalkan..*aku pon baru dapat dari mak cik aku malam tadi, so mari share same2 ye...*


Doa  1 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dan tidunya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku … Wahai Tuhan sekalian alam!!..Dan ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.
Doa 2 Ramadhan
Ya Allah! Dekatkanlah aku kepada keredhoan-MU dan jauhkanlah aku dan kemurkaan serta balasan-MU. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-MU dengan rahmat-MU, Wahai Maha Pengasih dari semua Pengasih!!
Doa  3 Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah aku rezeki, akal dan kewaspadaan. dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bagian untukku dari segala kebaikan yang KAU turunkan, demi kemurahan-MU, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!
Doa  4 Ramadhan
Ya Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingat-MU. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-MU, dengan kemuliaan-MU. Dan jagalah aku dengan penjagaan-MU dan perlindungan-MU, Wahai dzat Yang Maha Melihat.
Doa  5 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-MU yang soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya’- MU yang dekat disisi-MU, dengan kelembutan-MU, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Doa  6 Ramadhan
Ya Allah! Janganlah Engkau hinakan aku karena perbuatan maksiat terhadap-MU, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-MU. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-MU, dengan anugerah dan bantuan-MU, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!
Doa 7 Ramadhan
Ya Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku dzikir berupa dzikir mengingat-MU secara berkesinambungan, dengan Taufiq-MU, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat.
Doa  8 Ramadhan
Ya Allah! Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-MU, Wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang berharap.
Doa  9 Ramadhan
Ya Allah! Sediakanlah untukku sebagian dri rahmat-MU yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-MU yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-MU yang penuh dengan kecintaan-MU, Wahai harapan orang-orang yang rindu.
Doa  10 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang- orang yang menang disisi-MU, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-MU dengan ihsan-MU, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.
Doa  11 Ramadhan
Ya Allah! Tanamkanlah dalam diniku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-MU dan api neraka dengan pertolongan-MU, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.
Doa 12 Ramadhan
Ya Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-MU, Wahai penjaga orang-orang yang takut.
Doa  13 Ramadhan
Ya Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menenima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-MU,Wahai Dambaan orang-orang miskin.
Doa  14 Ramadhan
Ya Allah! Janganlah.Engkau hukum aku, karena kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala’ dan malapetaka dengan kemualian-MU, Wahai Kemulian kaum Muslimin.
Doa  15 Ramadhan
Ya Allah! Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-MU, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.
Doa  16 Ramadhan
Ya Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-MU hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-MU Wahai Tuhan seru sekalian alam.
Doa  17 Ramadhan
Ya Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada didalam hati seluruh isi alam. Sholawat atas Mohammad dan keluarganya yang suci.
Doa  18 Ramadhan
Ya Allah! Sedarkanlah aku akan barakah-barakah yang terdapat di saat sahurnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikufi ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.
Doa 19 Ramadhan
Ya Allah! Penuhilah bagianku dengan barakah-barakahnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari ketenteraman kebaikan- kebaikannya, Wahai Pemberi petunjuk kepada kebenaran yang terang.
Doa  20 Ramadhan
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca Al-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu’min.
Doa  21 Ramadhan
Ya Allah! berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- MU. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada setan untuk menguasaiku. Jadikanlah syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan berehat, Wahai Pemenuh kepenluan orang- orang yang meminta.
Doa  22 Ramadhan
Ya Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu kurnia-MU, turunkan untukku barakah-barakahmu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-MU, dan tempatkanlah aku di dalam syurga-MU yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.
Doa  23 Ramadhan
Ya Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan onang-orang yang berdosa.
Doa  24 Ramadhan
Ya Allah! Aku memohon kepada-MU hal-hal yang mendatangkan keredhaan-MU, dan aku berlindung dengan- MU dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-MU, dan aku memohon kepada-MU kemampuan untuk mentaati-MU serta menghindari kemaksiatan terhadap-MU, Wahai Pemberi para peminta.
Doa  25 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-MU dan memusuhi musuh-musuh MU. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-MU, Wahai Penjaga hati para Nabi.
Doa  26 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatan ku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.
Doa  27 Ramadhan
Ya Allah! Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadar, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang soleh.
Doa  28 Ramadhan
Ya Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-MU diantara semua perantara, Wahai Yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.
Doa  29 Ramadhan
Ya Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba- hambaNYA yang Mu’min.
Doa 30 Ramadhan
Ya Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keridloan-MU dan keridloan Rasul. Cabang-cabangnya kokoh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Mohammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Fuhh... jenuh juga menaip..hehehe... Tapi apa lah sangatkan? So, apa-ap pun selamat beramal..=)
Assalamualaikum..

Friday, August 12, 2011

Berbuka dengan si dia =)

Semalam, plan berbuka puasa dengan si dia yang tertangguh sejak dari ramadhan ke 6 yang lepas akhirnya dapat juga dilaksanakan. Alhamdulillah, akhirnya aku dan dia dapat juga berbuka bersama. Walaupon plan dalam keadaan mengejut, tapi itu yang aku paling suka sekali.. Sesuatu yang tidak dirancang! Dan hasilnya memang menjadi lah!

So, apa yang paling menarik. Aku dapat kebenaran untuk membawa kereta sendiri pergi berbuka puasa. Bukan tak pernah bawak kereta, tapi aku dilepaskan bawak kereta sensoang! Memang 1st time la tu kan. So thanks mak dan ayah yang memberi kepercayaan dekat aku. Sekurang-kurangnya aku tak susahkan sesiapa dan risaukan sesiapa balik malam..hehhehe..

1 jam untuk berbuka puasa dimanfaatkan dengan sebaiknya. Ye lah bukan senang nak dapat peluang macam tu selalu. Lagipon sejak masing-masing dah ada hal hidup masing-masing memang susah nak dapat masa berharga macam tu. Walaupon kami berdua je , tak macam selalu ade BFF yang lain join. Macam-macam cerita dikongsi, konon macam bertahun tak jumpa, padahal semingu sebelum tu dah lepak bersama dah..ehheheh.... tepat kol 8 malam, kami berdua gerak pulang, sebab masing-masing ade misi yang perlu diselesaikan...*wah dah macam bawak misi negara je dah ni..* 

Terima kasih si dia untuk masa berbuka bersama! hehhehe.. Nanti kita raya bersama macam tahun-tahun sebelum ni yer.. Love you Babe!


..ni lah si dia!!!..

Wednesday, August 10, 2011

misi dan strategi ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke sepuluh ramadhan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah aku dan keluarga masih dapat mengecapi nikmat ramadhan sehingga hari ini. Dalam sepuluh hari ramadhan yang dilalui ini bermacam-bermacam perkara yang terjadi. Tapi itu bukan lah persoalan yang ingin aku bangkitkan kat sini.hehehe... Apa yang lebih penting aku nak sempurnakan niat dan misi aku untuk ramadhan ini dengan sebaik mungkin.

Bulan ramadhan pon ade misi? mesti lah ada. Aku rasa kome pon mesti ade misi dan arah yang kome nak capai kan dalam bulan ramadhan ni?

~Antara misi penting yang mungkin muncul mase ramadhan ni.~

  • Ada yang buat misi nak kumpul duit raya, misi nak kutip pahala.
  • Misi nak lengkapkan rumah dengan sempurna sebelum raya.
  • Misi jadi usahawan berjaya(orang kata bulan ramadhan ni kalau meniaga, rezeki lebih)
  • Misi nak sempurna sebulan puasa
  • Ada gak yang punya misi untuk prepare perkahwinan dalam bulan ramdhan sebelum datangnya Syawal.

Yup! aku pon punya misi. Bukan misi yang kat hospital yu k!!hehehe... Misi aku kali ini adalah mengejar terawih dan khatam quran untuk kali keempat dalam mase sebulan ni jer. Mengejar terawih tu, sebab aku rasa hampir bertahun aku tak ikut solat sunat terawih since aku tingkatan 5. Bayangkanlah masa tu umur aku 17 t ahun, sekarang dah nak masuk 22 tahun. hehehhe.. Punya lah lama kan aku abaikan? Apa yang aku buat masa tu? Hanya duk rumah, napa aku tak pergi? sebab aku tak da geng! Sangat kanak-kanak kan? *Aida oi, kalau nak pergi solat tak perlu nak geng sangat lah!!!*

Untuk misi khatam quran, macam mustahilkan untuk sebulan ni aku dapat khatam kan? Lainlah hal kalau aku join tadarus kat masjid lepas terawih. hehehe.. Seharusnya aku akan dapat menjayakan misi aku tu kan? Tapi bagi aku tak ada yang mustahil dalam hidup! Mak aku cakap, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih" dan yang aku selalu pegang, IF YOU HAVE DESIRE, THEN YOU WILL CHANGE!. 

So sekarang ni aku tengah berusaha menjaya kan misi aku ni. Macam mana? Aku ada caranya. Mula-mula aku terpikir gak macam mana nak khatamkan quran dalam masa sebulan? sehinggalah aku terjumpe dan terbace dalam laman sesawang cara untuk khatamkan quran dalam masa sebulan.. nak tahu? Jom follow...

>Tips untuk habiskan satu juzuk sehari.<
 
1 juzuk sama dengan lebih kurang 10 helai.
Bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita.
Bermaksud, 1 solat sama dengan 2 helai bacaan.
 
 Selepas selesai solat, beri sedikit masa untuk habiskan 2 helai bacaan.
Jika terlepas bagi mana-mana solat cth: mugkin Zohor dikejar dengan waktu rehat yang singkat.
So pandai-pandailah agih agihkan bacaan yang tertinggal itu kepada baki solat kita yang masih tinggal(Asar, Maghrib, atau Isyak)
Kalau masih berbaki, pastikan habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur.
 
Semoga azam untuk aku untuk habiskan 1 juzuk sehari tercapai. Selamat mencuba!!
 
Fakta untuk agihan bacaan peringkat harian:
1 juzuk = 2 bahagian yang dipanggil hizb
1 hizb = 4 rubu'
1 juzuk = 8 rubu'
 
 
see! so tak ade yang mustahilkan? Mudah je, kalau macam ni, dan dipraktikkan selalu, aku rase tiap-tiap bulan aku boleh khatam quran. InsyaAllah. Islam itu mudah, so aku harap aku tak lah memberi alasan dalam menjayakan misi aku nih.heheheh..

Harapnya aku stick pada nawaitu aku, terawih tu memang susah untuk aku sempurnakan sebulan, al maklum lah perempuan kan ada ABC(Allah bagi cuti)ehhehe.. Tapi kau harap aku boleh khatamkan quran untuk ramadhan kali ini. InsyaAllah.. semoga dipermudahkan.Amin..

Sunday, August 7, 2011

sim.ha.wau.ro

Hari ni sahur lebih awal dari biasa. Pukul 4 pagi dah settle dah sahur. Selalunya pukul 5 pagi baru nak mula bersahur. Hari ni jugak sahur yang sempurna, ye lah semua ahli keluarga ada untuk bersahur. Akak aku tak keje hari ni, dan yang paling best sebenonye sebab, aku baru nak volunteer turun padang dapur , nak tunjuk kan skil memasak aku ler konon kan..hehheh.. tapi mak dan akak aku dah siap masak..heheheh.. aku ase aku tak de la lambat sangat bangun,  kol 4 aku dah turun sebab aku tak tido pon lagi dari malam semalam...heheh.. Mungkin mak dan akak aku terlebih awal kot!..

Wah panjang plak intro aku kan....Always macam tu... Intro je mesti nak gempak!!*hahahha..over sudah!*
Tapi apa-apa pun aku tetap nak gak cite pengalaman sahur aku.Ikut sukalah entri aku kan?? hahahha..

Bercerita bab sahur, banyak kisahnya kalau diikutkan. Kalau dikenang memang sampai 2, 3 hari tak sudah aku punye entri sahur nih.. Apa sebenarnya sahur tu? Sahur tu makan atau minum sedikit sahaja sekalipon hanya dengan seteguk air sebelum terbit fajar untuk orang yang mahu berpuasa pada esok hari. Dan sahur itu adalah sunat serta pada sahur itu terdapat keberkatan.

تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِى السَّحُورِ بَرَكَةً

"Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan"(Hadith riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sahur masa kecik-kecik dulu, kalau tak sampai rase macam kene timpa hujan je, memang tak sah dan baru le reti nak celik mata. Sambil berfikir, atap rumah aku bocor ker? hehehhe.... dalam mamai tu terdengo pulak sore sayup-sayup je....

" ha tak payah la nak terkebil-kebil, bangun! sahur. Esok nak pose ke idak? Susah bebeno nak bangun!"

Jam tu baru le sedo, bukan atap rumah yang bocor, ropenye kene renjis dengan ayo. Ate udah liat bebeno nak bangun kan? Jangan cakap aku je, adik beradik aku yang lain pon kene gak! *ahhaha, tak payah le kome nak gelak kat aku, kome pon pernah kene macam aku kan? udah le ngaku je, teman tahu..huhhuu*

Lepas tu dah bangun terus je nak nuju ke meja, idak la tahu nak basuh muka. Ha, aku time tu mane nak pikir pe, yang aku tahu makan sebab mase dah nak habis.. Masa budak- budak kan, kepala pikir sahur je kene makan banyak -banyak nanti siang tak da la lapo ke, tak tahan ke, ase nak buka ker? Jadi makan mase sahur kalau bertambah 2 kali tu kira normal dah tu!..huuhuhuh.. *kan?? kome pon sure macam tu, bile lagi 5 minit nak habis, dan-dan togok ayo banyak-bnayak sebab pikir esok tak le dahaga..hehhehe.. Macam apa je kalau pikir-pikirkan balik. Sumpah sangat le naif*

Kalau jenis aku yang mementingkan tido yang rasenye masih berbaki* maklum le tak cuci muka pon masa sahur, terus pergi makan je*dah tentu-tentu ler makan secepat yang mungkin untuk sambung tido lepas makan punya hal. Sangat le teruk kan? Yang penting aku dapat sleeping beauty aku..hahahahha*

Hahhaha.. Bile aku kenang kan balik, sangat le kebudakan*memang budak pon kan time tu?* Sumpah, aku ni susah sangat nak bangun bersahur. Tapi itu zaman kanak-kanak aku. Sekarang tak lagi ok! Malahan sekarang aku yang jadi tukang kejut adik-adik dan ayahanda aku. Tengok betapa aku melakukan perubahan? *hahah.. tetap nak kasi up kan?!* =)

Lebih poyo, masa zaman remaja aku, asei sahur je, dan-dan tu nak wish selamat bersahur kat kawan-kawan. Amendenye ntah? Sekarang ni? Buat lagi ke macam tu??? cube teka??hahaha... Memang tak lah, buang kredit je aku rase,baik le aku makan sahur..ehhehe..

Ok, dah stop merepek... hehhehehe...=)

Friday, August 5, 2011

budaya atau....???

Hari ni dah masuk hari keempat dah semua umat islam menjalani ibadah berpuasa. Maknenye dah masuk ramadhan yang keempat. So tinggal lagi 26 hari untuk berusaha mengejar ramadhan dan menghargai ramadhan.. InsyaAllah..

So, dalam 4 hari yang aku rasa sangat cepat masa berlalu pergi ini, pelbagai macam yang aku lihat dengan kornea mata dan cube aku hadamkan dalam otak aku..huuhhu... Ye lah aku ni memang suke memerhati dan kemudian cube memahami. orang kate learn from observation! aiceh... intro aku bukan main..hheheh

Ok, lets go to the main point! *tetap nak up cakap omputih...huhuhuhu*

Entri aku kali ni agak menyentapkan kot! tapi ini apa yang aku lihat pada pemerhatian dan juga pembacaan aku.. Aku tak de lah nak suruh kome-kome percaya pada pandangan aku, tapi its just my opinion....* kalau salah, awai-awai aku susun jari mintak maaf...*

Mana nak mula? ok, kalau kita perhatikan ramadhan kat Malaysia ni macam dah jadi satu budaya. Budaya apa? Ha, kalau kita lihat, setiap kali puasa, mesti ada pasar ramadhan kan? Sikit punya besar lah pasar ramadhan yang ada pada bulan puasa ni.

Nak makan apa? apa saja segala jenis makanan ada dijual. Dan yang paling penting, semua orang kalau tak pergi pasar ramadhan tu macam tak sah je hari puasanya.. kan??? Jangan tipulah, aku pon sama gak.. Dari kecik la, kalau tak pergi pasar ramadhan, tak sah! Ada je benda nak beli! Dah jadi budaya lah tu...huhuuh..
Saje nak bazirkan duit, beli itu ini... Sampai penuh meja lah.. Tapi bile dah azan, tak tahu nak cekuh mana dulu..*ate udah banyak bebeno makanan kan???huhuhuu*

Padahal, kalau puasa hari-hari biasa dalam bulan ramadhan tu, macam puasa sunat isnin, khamis ker dan puasa ganti.. Reti pulak la kan nak cari makan sendiri kat rumah, masak sendiri kat umah. Kena ayo dengan nasi kosong, ikan goreng pon dah kire afdal dah tu..Kire dah lepas tekak dah tu...huhuhu.. Tapi pelik, bile time bulan puasa, wah! hentak-hentak kaki nih nak pergi pasar ramadhan jugak!.. Bukan apa, macam dah jadi budaya lah kan? kalau tak pergi, ase macam tak lengkap je ramadhan kita.. hehehheh... tol tak?

Aku kasi up skit gambo pasar ramadhan
credit for: google search


************************************

Ok, cube kite perhatikan bab terawih pulak! For sure semua orang nak mengejar solat sunat terawih kan? Aku pon tak nak terlepas!! hehehe.. Ye lah, Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun. Tahun akan datang entah boleh dapat atau tak kan? Harapnya masih ada peluanglah kan.. InsyaAllah. Bile time terawih jer, tambah-tambah hari pertama.. Kompom punya saf sure penuh.. Memang sangat ramai lah yang datang untuk menunaikan solat sunat terawih. Baik dari sekecik-kecik budak sampai lah setua-tua pakcik dan makcik..Alhamdullilah, ini la pon masa nak mengeratkan silaturahim sesama umat islam..  Tapi tak habis kat situ, awai- awai ramadhan memang penuh la saf, kadang- kadang nak menyelit pon susah. kan? Cube tunggu hari ke 25 ramadhan ke, kompom boleh kire dengan jari berapa saf je yang ade, kalo 1 saf tu masih penuh pon, dah kire bersyukur ler. Mane hilangnya orang-orang yang memenuhkan saf sebelum ni??? *ha, jawab le sendiri...hehhehe*

************************************

Dan ini pon dah jadi budaya ramadhan, bila awai ramadhan memang ramai yang datang ke masjid untuk sama- sama berlumba buat amalan.  Kalau yang budak- budak ramai datang ke masjid  masa bulan ramadhan dah jadi budaya dah tu. Tapi terawihnya untuk 4 rakaat dah cukup kot, selebihnya masa untuk aktiviti sampingan! ha apakah aktiviti itu? apa lagi, main kejar kat belakang masjid tu, kalau dah nak hujung ramadhan, orang sebok berterawih sampai rakaat yang terakhir.. Budak-budak ni plan main mercun, main polis sentri, ronda-ronda naik beskal! kan3??Betul tak? alah mengaku aje lah, sebab aku pon pernah gak jadi budak sama-sam amacam kome dulu..*semua benda tu aku dah buat zaman aku budak hingusan dulu ler..hehehehe.. macam hape je kalau kenag-kenang balik!!*

************************************

Ha banyak lagi kalau diikutkan, tapi kali ni kome pikir le sendiri.. Kalau boleh tak nak lah menjadikan ramadhan itu sebagai budaya semata-mata, tetapi seharusnya menjadikan ia kewajipan.. Seelok-eloknya lah.. Aku pon bukan baik sangat pon, aku cakap tu melalui pemerhatian aku, dan juga pengalaman aku. Bila cakap pengalaman, that  means aku pon pernah buat dan lalui apa yang aku cakap tu la kan?? *hehheheh, so aku bukan cakap ikut suke aku jer*


Erm dah panjang dah ak merepek nih... ehehehhe... So maaf kalau apa yang aku cakap ni salah..  Selamat Berpuasa..=)

Tuesday, August 2, 2011

s.e.l.a.m.a.t b.e.r.p.i.s.ah

Aku cuma mengagumi lirik dan lagu Merpati Putih ni.. hhehehhe...  So entri ni tak ada kena mengena dengan yang hidup or yang mati..*kalau ade yang pikir lagu ni ada kena mengena, maaf le memang tak ada langsung! bukan masa untuk feel terlebih sekarang..huhhhu*

Mengering sudah bunga di pelukan
Merpati putih berarak pulang
Terbang menerjah badai
Tinggi di awan,menghilang di langit yang hitam

Selamat berpisah kenangan bercinta
Sampai kapan kah jadinya
Aku harus menunggu
Hari bahagia seperti dulu

Bersama kasih kembali mesra
Bercumbu lagi memadu satu
Janji berjuta bintang
Dalam pelukan sehangat pagi
Yang terang

Lagu ni aku dapat dari Drama Tahajjud Cinta. Ye lah lagu ni ost drama tu kan.. Kalau yang ikut dram tu mesti tahu kan. So aku pon dah tersangkut.. Motif aku cakap pasal lagu ni? Tak da motif saja aku suka lagu nih..hehehe


~kasi up skit gambo pelakon drama tahajjud cinta~



~ha ni lagunye... layan ler..huhuh~