Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Wednesday, August 10, 2011

misi dan strategi ramadhan

Hari ni dah masuk hari ke sepuluh ramadhan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah aku dan keluarga masih dapat mengecapi nikmat ramadhan sehingga hari ini. Dalam sepuluh hari ramadhan yang dilalui ini bermacam-bermacam perkara yang terjadi. Tapi itu bukan lah persoalan yang ingin aku bangkitkan kat sini.hehehe... Apa yang lebih penting aku nak sempurnakan niat dan misi aku untuk ramadhan ini dengan sebaik mungkin.

Bulan ramadhan pon ade misi? mesti lah ada. Aku rasa kome pon mesti ade misi dan arah yang kome nak capai kan dalam bulan ramadhan ni?

~Antara misi penting yang mungkin muncul mase ramadhan ni.~

  • Ada yang buat misi nak kumpul duit raya, misi nak kutip pahala.
  • Misi nak lengkapkan rumah dengan sempurna sebelum raya.
  • Misi jadi usahawan berjaya(orang kata bulan ramadhan ni kalau meniaga, rezeki lebih)
  • Misi nak sempurna sebulan puasa
  • Ada gak yang punya misi untuk prepare perkahwinan dalam bulan ramdhan sebelum datangnya Syawal.

Yup! aku pon punya misi. Bukan misi yang kat hospital yu k!!hehehe... Misi aku kali ini adalah mengejar terawih dan khatam quran untuk kali keempat dalam mase sebulan ni jer. Mengejar terawih tu, sebab aku rasa hampir bertahun aku tak ikut solat sunat terawih since aku tingkatan 5. Bayangkanlah masa tu umur aku 17 t ahun, sekarang dah nak masuk 22 tahun. hehehhe.. Punya lah lama kan aku abaikan? Apa yang aku buat masa tu? Hanya duk rumah, napa aku tak pergi? sebab aku tak da geng! Sangat kanak-kanak kan? *Aida oi, kalau nak pergi solat tak perlu nak geng sangat lah!!!*

Untuk misi khatam quran, macam mustahilkan untuk sebulan ni aku dapat khatam kan? Lainlah hal kalau aku join tadarus kat masjid lepas terawih. hehehe.. Seharusnya aku akan dapat menjayakan misi aku tu kan? Tapi bagi aku tak ada yang mustahil dalam hidup! Mak aku cakap, "nak seribu daya, tak nak seribu dalih" dan yang aku selalu pegang, IF YOU HAVE DESIRE, THEN YOU WILL CHANGE!. 

So sekarang ni aku tengah berusaha menjaya kan misi aku ni. Macam mana? Aku ada caranya. Mula-mula aku terpikir gak macam mana nak khatamkan quran dalam masa sebulan? sehinggalah aku terjumpe dan terbace dalam laman sesawang cara untuk khatamkan quran dalam masa sebulan.. nak tahu? Jom follow...

>Tips untuk habiskan satu juzuk sehari.<
 
1 juzuk sama dengan lebih kurang 10 helai.
Bahagikan 10 helai kepada 5 waktu solat kita.
Bermaksud, 1 solat sama dengan 2 helai bacaan.
 
 Selepas selesai solat, beri sedikit masa untuk habiskan 2 helai bacaan.
Jika terlepas bagi mana-mana solat cth: mugkin Zohor dikejar dengan waktu rehat yang singkat.
So pandai-pandailah agih agihkan bacaan yang tertinggal itu kepada baki solat kita yang masih tinggal(Asar, Maghrib, atau Isyak)
Kalau masih berbaki, pastikan habiskan mana-mana bacaan tersebut sebelum tidur.
 
Semoga azam untuk aku untuk habiskan 1 juzuk sehari tercapai. Selamat mencuba!!
 
Fakta untuk agihan bacaan peringkat harian:
1 juzuk = 2 bahagian yang dipanggil hizb
1 hizb = 4 rubu'
1 juzuk = 8 rubu'
 
 
see! so tak ade yang mustahilkan? Mudah je, kalau macam ni, dan dipraktikkan selalu, aku rase tiap-tiap bulan aku boleh khatam quran. InsyaAllah. Islam itu mudah, so aku harap aku tak lah memberi alasan dalam menjayakan misi aku nih.heheheh..

Harapnya aku stick pada nawaitu aku, terawih tu memang susah untuk aku sempurnakan sebulan, al maklum lah perempuan kan ada ABC(Allah bagi cuti)ehhehe.. Tapi kau harap aku boleh khatamkan quran untuk ramadhan kali ini. InsyaAllah.. semoga dipermudahkan.Amin..

No comments:

Post a Comment