Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Wednesday, August 17, 2011

Salam Nuzul Quran

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk hari ke 17 ramadhan kite berpuasa. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan hari-hari kita di bulan indah ini. Hari ini juga merupakan hari Nuzul Quran. Apakah itu Nuzul Quran? Ok, marilah kita share dan amik tahu sama-sama apakah maksud Nuzul Quran tu yer..*aku pon mengetahu melalui pembacaan, so marilah membaca ye!!*


"Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu serta pembeza (antara yang haq dan yang bathil)"
~Al-Baqarah:(2)185~

Nuzul itu bermaksud turun atau berpindah dari atas ke bawah. Al-quran itu pula bermaksud bacaan atau himpunan. Seperti yang diketahui, pada 17 Ramadhan adalah peristiwa dimana Nuzul Al-Quran berlaku. Al-Quran juga merupakan mukjizat terbesar Nabi SAW. Rasulullah SAW mengingatkan kita:

"Aku telah meninggalkan pada kalian dua perkara, jika kalian berpegang teguh padanya,maka kalian tidak akan tersesat selama lamanya, iaitu Kitabullah dan Sunnah Nabinya."
~Hadis riwayat Muslim~




"Salam Nuzul Quran"


No comments:

Post a Comment