Assalamualaikum.
Mari mencari Lailatul Qadar. Entri dah terang-terang tentang Lailatul Qadar. Apakah itu Lailatul Qadar? Lailatul Qadar itu adalah malam yang padanya lebih baik dari seribu malam. Malam Lailatul Qadar sunat untuk dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati dan mempunyai kelebihan dan diperkenankan segala doa oleh Alllah S.W.T. Malam LailatulQadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.
Ertinya menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah seribu bulan yang tidak ada Lailatul Qadar seperti sabda Nabi S.A.W:
"sesiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar kerana beriman serta menacari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."
credit;google
Jadi, marilah kita mencari malam Lailatul Qadar.
No comments:
Post a Comment