So, dalam 4 hari yang aku rasa sangat cepat masa berlalu pergi ini, pelbagai macam yang aku lihat dengan kornea mata dan cube aku hadamkan dalam otak aku..huuhhu... Ye lah aku ni memang suke memerhati dan kemudian cube memahami. orang kate learn from observation! aiceh... intro aku bukan main..hheheh
Ok, lets go to the main point! *tetap nak up cakap omputih...huhuhuhu*
Entri aku kali ni agak menyentapkan kot! tapi ini apa yang aku lihat pada pemerhatian dan juga pembacaan aku.. Aku tak de lah nak suruh kome-kome percaya pada pandangan aku, tapi its just my opinion....* kalau salah, awai-awai aku susun jari mintak maaf...*
Mana nak mula? ok, kalau kita perhatikan ramadhan kat Malaysia ni macam dah jadi satu budaya. Budaya apa? Ha, kalau kita lihat, setiap kali puasa, mesti ada pasar ramadhan kan? Sikit punya besar lah pasar ramadhan yang ada pada bulan puasa ni.
Nak makan apa? apa saja segala jenis makanan ada dijual. Dan yang paling penting, semua orang kalau tak pergi pasar ramadhan tu macam tak sah je hari puasanya.. kan??? Jangan tipulah, aku pon sama gak.. Dari kecik la, kalau tak pergi pasar ramadhan, tak sah! Ada je benda nak beli! Dah jadi budaya lah tu...huhuuh..
Saje nak bazirkan duit, beli itu ini... Sampai penuh meja lah.. Tapi bile dah azan, tak tahu nak cekuh mana dulu..*ate udah banyak bebeno makanan kan???huhuhuu*
Padahal, kalau puasa hari-hari biasa dalam bulan ramadhan tu, macam puasa sunat isnin, khamis ker dan puasa ganti.. Reti pulak la kan nak cari makan sendiri kat rumah, masak sendiri kat umah. Kena ayo dengan nasi kosong, ikan goreng pon dah kire afdal dah tu..Kire dah lepas tekak dah tu...huhuhu.. Tapi pelik, bile time bulan puasa, wah! hentak-hentak kaki nih nak pergi pasar ramadhan jugak!.. Bukan apa, macam dah jadi budaya lah kan? kalau tak pergi, ase macam tak lengkap je ramadhan kita.. hehehheh... tol tak?
Aku kasi up skit gambo pasar ramadhan
credit for: google search
************************************
Ok, cube kite perhatikan bab terawih pulak! For sure semua orang nak mengejar solat sunat terawih kan? Aku pon tak nak terlepas!! hehehe.. Ye lah, Ramadhan hanya datang sekali dalam setahun. Tahun akan datang entah boleh dapat atau tak kan? Harapnya masih ada peluanglah kan.. InsyaAllah. Bile time terawih jer, tambah-tambah hari pertama.. Kompom punya saf sure penuh.. Memang sangat ramai lah yang datang untuk menunaikan solat sunat terawih. Baik dari sekecik-kecik budak sampai lah setua-tua pakcik dan makcik..Alhamdullilah, ini la pon masa nak mengeratkan silaturahim sesama umat islam.. Tapi tak habis kat situ, awai- awai ramadhan memang penuh la saf, kadang- kadang nak menyelit pon susah. kan? Cube tunggu hari ke 25 ramadhan ke, kompom boleh kire dengan jari berapa saf je yang ade, kalo 1 saf tu masih penuh pon, dah kire bersyukur ler. Mane hilangnya orang-orang yang memenuhkan saf sebelum ni??? *ha, jawab le sendiri...hehhehe*
************************************
Dan ini pon dah jadi budaya ramadhan, bila awai ramadhan memang ramai yang datang ke masjid untuk sama- sama berlumba buat amalan. Kalau yang budak- budak ramai datang ke masjid masa bulan ramadhan dah jadi budaya dah tu. Tapi terawihnya untuk 4 rakaat dah cukup kot, selebihnya masa untuk aktiviti sampingan! ha apakah aktiviti itu? apa lagi, main kejar kat belakang masjid tu, kalau dah nak hujung ramadhan, orang sebok berterawih sampai rakaat yang terakhir.. Budak-budak ni plan main mercun, main polis sentri, ronda-ronda naik beskal! kan3??Betul tak? alah mengaku aje lah, sebab aku pon pernah gak jadi budak sama-sam amacam kome dulu..*semua benda tu aku dah buat zaman aku budak hingusan dulu ler..hehehehe.. macam hape je kalau kenag-kenang balik!!*
************************************
Ha banyak lagi kalau diikutkan, tapi kali ni kome pikir le sendiri.. Kalau boleh tak nak lah menjadikan ramadhan itu sebagai budaya semata-mata, tetapi seharusnya menjadikan ia kewajipan.. Seelok-eloknya lah.. Aku pon bukan baik sangat pon, aku cakap tu melalui pemerhatian aku, dan juga pengalaman aku. Bila cakap pengalaman, that means aku pon pernah buat dan lalui apa yang aku cakap tu la kan?? *hehheheh, so aku bukan cakap ikut suke aku jer*
Erm dah panjang dah ak merepek nih... ehehehhe... So maaf kalau apa yang aku cakap ni salah.. Selamat Berpuasa..=)
No comments:
Post a Comment