Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Sunday, July 31, 2011

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadhan

Esok akan datang lah bulan yang sentiasa dinantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia, iaitu bulan Ramadhan al Mubarak. Dimana bulan yang merupakan bulan untuk umat islam berlumba-lumba untuk mencari pahala, mencari keberkatan,  dan juga merupakan bulan keampunan..



Dalam bulan ini juga terdapatnya Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik dari 1000 malam. Dimana malam in merupakan malam yang paling baik dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan dimana pintu Syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Pada bulan yang agung dan paling mulia berbanding bulan-bulan islam lain ini juga, menjadi bulan untuk pahala dan amalan dilipat gandakan dan seterusnya menjadi bulan yang tiada syaitan dapat bermaharaja lela.

Begitu besar rahmat dan keberkatan ramadahan ini yang telah Allah berikan... Semoga Ramdhan kali ini memberikan sesuatu paling bermakna untuk diri aku dan keluarga aku. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk aku lalui dengan sempurna.



Ya Allah, sesungguhnya aku sangat mahu mendapatkan kebaikan ramadhan disisiMu.. Moga aku dipermudahkan olehMu Ya Allah. Engkau tenangkan lah hati dan jiwa ku dengan solat dan alunan indah surahMu.. Bantulah aku untuk mendapat cintaMu dan rahmatMu... Amin ya rabbalalamin..

Saturday, July 30, 2011

Yang kita mahu, dan yang kita perlu

Ha entri kali ini, aku nak cakap tentang kemahuan dan keperluan. Manusia mana yang tak punya kemahuan dalam hidup? Aku pasti setiap makhluk yang bernyawa pasti  punya kemahuan yang tersendiri.. Betul tak? Kemahuan untuk menjadi yang terbaik, kemahuan mendapatkan sesutu yang diidamkan, kemahuan untuk mencintai dan dicintai, kemahuan untuk memiliki, kemahuan untuk membahagiakan orang yang kita sayang. kemahuan untuk apa saja dalam hidup ini

Namun sering kali apa yang kita perlu sebenarnya bukanlah apa yang kita perlu dalam hidup kita ketika itu. Kadang-kadang apa yang kita mahu langsung bukan kita perlukan. Seperti mana Allah memberikan apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. Dan sebagai manusia , kita sering bertanya kenapa kita tak dapat apa yang kita mahu? dan jarang sekali kita terpikir tentang apa hikmahnya kita mendapat apa yang kita perlu

Sejak dari kecil lagi kita sudah ada kemahuan untuk sesuatu! percaya atau tidak? Tetapi kemahuan itu bukan apa yang kita perlu.. Contoh aku sendiri, sejak aku kanak-kanak aku ada kemahuan untuk mendapatkan permainan "game",bola sepak,dan walkman... Tapi mungkin kemahuan aku masa itu tidak relevan dan bukan yang sepatutunya. Ayah sering bertanya kepada aku, "kalau kamu nak kan walkman,bola sepak ,cube beritahu ayah, apakah faedah walkman itu kepada kamu?" dan akhirnya aku berfikir apa yang aku mahukkan ketika itu bukanlah apa yng aku perlu,sebab aku sendiri tidak dapat menjawabnya... Kata ayah lagi, "Dari kamu mendapatkan semua itu, lebih baik ayah  belikan kamu buku." Hati kecil pasti sedikit kecewa, dan otak kecil ini masih tidak mampu berfikir tentang kebaikan itu...


Semakin meningkat remaja. kemahuan mungkin lebih banyak. Dunia remaja, dunia penuh keinginan dan kemahuan. Tapi tanpa kita sedar tak semua kemahuan kita itu kita akan dapat. Tak semua kemahuan itu adalah apa yang kita perlu. *huhhuh..aku sendiri kadang punya banyak kemahuan,tapi kemahuan aku sering bertukar dalam masa yang cepat*
Bila dalam usia remaja macam-macam kemahuan. Kemahuan dalam bersahabat, kemahuan dalam percintaan*kalau bercinta lah*,kemahuan dalam mengenggam apa yang di mahukan dalam pelajaran dan juga kerjaya. Tapi di dalam dunia remaja inilah kita sering memberontak apabila kemahuan kita susah untuk kita dapat.  Sedangkan kemahuan kita bukan apa yang kita perlukan...

Ketahuilah bahawa, Allah memberi apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU pada ketika itu...
Ini bermakna, jika kita tidak mendapatkan apa yang kita mahu, sekurangnya kita masih perlu bersyukur dengan apa yang kita perlu pada ketika itu.. Kemahuan itu, ada kalanya baik, dan ada kalanya belum tentu baik.

Thursday, July 28, 2011

Sokongan Untuk Hitam Kuning si Harimau Malaya

Entri kali ini penuh semangat sikit!! semangat apa? ha, semangat kesukanan.. Tapi bukan semata-mata semangat kesukanan saje, tetapi semangat cintakan Negara Malaysia, tanah tumpah darahku..*yeah!! i'm proud to be Malaysian!!* korang?????

Pasti ada yang tertanya kenapa aku tertiba nak bercerita pasal Pasukan Bola SepakNegara, pasal bola?
Sebab aku ni salah seorang dari berjuta penyokong setia bola sepak tanah air!! (sape kata perempuan tak boleh minat bola??)
*nak kasi bangga dengan diri sendiri sikit*hhuhuu.......

Actually, hari ini kan akan menjadi penentu nasib bola sepak kita? Hari ini merupakan siri perlawanan kelayakan Piala Dunia, Malaysia menentang Singapore untuk perlawanan yang kedua. Walaupon, Malaysia tewas pada perlawanan pertama yang berlangsung di Singapore dengan keputusan 5-3, aku percaya Harimau Malaya bolah menumbangkan sang Singa di Bumi Malaysia tercinta ini..
*tengok semangat aku dah berkobar-kobar nih!!!...huuhu*

aku kasi up skit pic hero2 harimau malaya

Aku harap hari ini,pasukan Harimau Malaya akan buat sehabis baik untuk menjadi yang terbaik!! Dan yang paling penting beroleh kemenangan malam ini!! Harapan penyokong-penyokong bola sepak tanah air sangat menggunung!! huhuhuh...

Kepada penyokong-penyokong dan seluruh rakyat Malaysia, jangan pernah berhenti memberi sokongan kepada pasukan Negara kita!!.. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyokong!! kalau zaman kegilaaan aku dulu, memang aku turun stadium!! Jadi mari kita pakat ramai-ramai turun SNBJ support our team!!!!

ni dia, kasi support skit!! *resak2*

tapi, jangan ingat turun stadium tu saja cara kita menyokong!!! ade pelbagai  lagi cara, macam aku yang mungkin tak dapat turun stadium hari ini, aku apa lagi?? cari tv la, tak pon lepak kat gerai-gerai mamak yang ada live!!*jangan salah faham, aku pergi dengan ayah aku ok!!... satu keluarga tau turun sokong!! hebat kan??tetap nak highlight!!....hhuhhuuhu*

nak lagi semangat???
.................................................
ok... loading!!!!!!!!!



nah!! kasi dengar skit lagu nih....
*walaupon sebenarnya banyak lagi lagu untuk sokongan Harimau Malaya*

untuk Harimau Malaya dan seluru rakyat Malaysia

HITAM KUNING!! GO TIGER!!!

Wednesday, July 27, 2011

Perasaan itu FitrahNya

Entri kali ni  tentang perasaan... Apa itu perasaan? Perasaan ok! bukan perasan...(walau itu pon rasa)  Perasaan itu suatu rasa yang pelbagai dalam diri kita.*kalo ikut definisi aku ler*..
Semua orang pasti ada sesuatu yang bernama perasaan.. Perasaan cinta sayang, suka, sedih, marah, benci, menyampah dan yang lain-lain.. Banyak bentuk perasaan kalau nak dinyatakan satu persatu.. kan???

Siapa punya perasaan cinta? menyayangi seseorang?
atau menyukai apa saja benda dalam hidup ini? Pasti pernah bukan? merasai perasaan yang indah.
*akui lah*..
Malu mengakui? sekurang-sekurangnya akuilah kamu meyanyangi kelurga kamu? perasaan itu kan tidak terbatas? jangan ingat perasaan sayang dan cinta itu hanya untuk orang yang "teristimewa" sahaja...
sekurang-kurangnya akuilah kamu menyintai Dia yang Maha Menyintai..
Sebab aku juga mempunyai rasa menyayangi keluarga aku. Dan rasa itu sepenuhnya wujud!
dan aku juga menyintai Dia yang Maha Esa..

Sekadar ingin bertanya?*soalan cepu gangsa ni*ehhehhe...
Pernah atau tidak dalam hidup kamu,sekali kamu mempunyai perasaan benci pada seseorang? perasaan marah? perasaan menyampah.. senang cakap perasaan yang negative terhadap orang lain?
Tak pernah? bohonglah kalau tak pernah kan?
kerna perasaan itu juga fitrah..

apa motif aku bertanya????

loading............. please wait....

Sebenarnya tujuan aku menyatakan tentang kepelbagaian perasaan ini sebab, aku hanya mahu berkongsi tentang fitrahnya perasaan itu. Terkadang manusia sentiasa mengikut perasaan...
*bukan terkadang, dah memang selalu pon*
Perasaan itu, kita yang kawal. Sama ada perasaan itu negative atau pon positive? sebenarya perasaan positive, takkan selamanya akan jadi positive sebab boleh jadi ia akan bertukar menjadi negative. Begitulah sebaliknya.

tak percaya??
percayalah... Perasaan sayang itu boleh berubah menjadi benci, dan perasaan benci itu boleh berubah menjadi suka...

sebab apa kau confident cakap macam ni? sebab aku sudah diberi peluang dariNya melalui dan merasai seperti apa yang aku katakan..
Aku mengakui aku pernah membenci seseorang, dan akhirnya perasaan itu bertukar menjadi rasa suka....
dan aku juga pernah meyayangi seseorang, dan akhirnya perasaan itu menjadi sebaliknya..(hilang) tetapi aku tidak membenci, cuma menjauhi supaya tidak lahir perasaan benci itu.. kerna aku tidak mahu menimbulkan satu titik hitam di dalam hatiku yang bisa mempunyai pelbagai perasaan indah milikNya...

~Jadi, kawallah hati dan perasaannmu. supaya ia tidak merosakkanmu dan melalaikanmu...~
*perasaan yang diberi olahNya amat indah untuk disyukuri...*

jaga lah hatimu, kerana disitu permulaan perasaan.. dan disitu juga bermula perasaan perasan.. heheheh=)

~sekadar berkongsi~

Tuesday, July 26, 2011

Tempat Jatuh Lagi Dikenang.....

Entri tu macam pernah dengar je kan? hehehee..
bak kata orang tua-tua, tempat jatuh lagi dikenang inikan pula........??? ha pandai-pandai le sambung sendiri yer....

Semalam, aku dan keluarga merancang untuk pergi ke Lenggong!.. sebenarnya dah lama merancang
Tempat dimana aku mula kenal ABC.. Tempat dimana aku mula mengenal sekolah.. senang cerita, kisah kanak-kanak aku semuanya bermula disini!!
Apa yang membuat aku nak sangat kesana sebab aku terasa nak makan nasi lemak yang dijual di medan depan Sekolah Kebangsaan Lenggong.(sekolah rendah aku satu masa dahulu)..
Kenapa entah?? mungkin rindu...huhuhhuu...
Setelah bertanya khabar dengan kawan-kawan di FB yang masih berada di lenggong, aku dapat tahu bahawa kedai tu dah pon berpindah ke Dataran Lenggong(yang asalnya hanya tapak bendang yang dah dimajukan)...


Akhirnya, aku dan keluarga menjejakkan juga kaki ke Dataran Lenggong tersebut, kerana kemahuan semua untuk menjenguk tempat yang pernah melakarkan kisah hidup kami satu masa dahulu...

Credit too Ustaz Shahrul untuk join kami makan dan bercerita tentang pembangunan lenggong yang telah lama kami tinggalkan...
owh hampir terlupa, credit juga untuk Ahmad Bistaman(kawan yang memberi info tentang lakasi baru kedai tersebut)
ada masa lagi pasti akan jejak ke sana...=)

Friday, July 22, 2011

The Fugitive: Plan B

Hampir 3 hari aku ambil masa untuk ikut cerita The Fugutive: Plan B ni..
Sebenarnye cerita ni dah main kat KBS dah lama dah.. Tetapi memandangkan life aku as student, so aku tak dapat nak ikut cerita ini sepenuhnya...heheheh.. so cuti sem ni la aku balas dendam nak tengok balik cerita ni..
lebih-lebih lagi RAIN yang jadi watak utama!!! huhuhuh

The Fugitive : Plan B

Jalan cerita ni sangat menarik! series..!! Boleh dikatakan 90%jalan cerita ni penuh dengan action!! dan yang paling best aku dapat sesuatu mengenai pemikiran seorang detektif... 
Detektif yang berfikiran jauh.. yang paling aku ingat "never put the things at the same place! separate them!!" sebab ape?? kadang-kadang sesuatu kalau diletak ditempat yang sama,kemungkinan boleh hilang. Kalau dipisahkan, masih ada harapan untuk jumpe ditempat yang telah dipisahkan
Dari cerita ni bukan lah sekadar hiburan ynag aku dapat. Tetapi sebenarnya banyak memberi mesej tersendiri..

RAiN as JI WOO
"If you dont know the past, you dont have the future, if people dont take up responsibility, history will repeat"

"never give the full to the one you love, you never feel hurt when they leave you"

"never put the things at the same place,separate them"

"dont trust anyone"

LEE NA YOUNG as JINNI

"if you have desire, then you have changed"

"desire create future, but greed will destroy future"

Pada aku semua ayat yang diberi umpama mesej! ada pengajarannya.. Credit untuk semua watak yang sangat memberi Impak!!.. well sangat PUASHATI dengan 
THE FUGITIVE : PLAN B

Sunday, July 17, 2011

Selamat Datang Nisfu Sya'ban

Selamat datang Nisfu Sya'ban...
Malam Nisfu Sya'ban hanya datang pada setiap kali bulan sya'ban iaitu bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa bulan Rejab adalah kesempatan untuk memohon dan meminta ampun dari segala dosa.. Dan pada bulan Sya'ban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela..

Bulan Sya'ban juga dikatakan buku catatan kehidupan kita diangkat ke langit. Dan permulaan bagi buku catatan hidup yang baru. Jadi pada bulan sya'ban inilah kita boleh memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik sebelumnya.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Apabila masuk bulan Sya'ban, baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan Sya'ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. (Al-Hadis)

Aku berharap semoga Sya'ban kali ini lebih memberi aku makna untuk menjalani hidup dengan lebih baik dari sebelumnya. Dan moga Sya'ban kali ini lebih memberi erti kepada aku dan juga keluarga ku serta umat islam yang lain... Sekali lagi ku ucapkan...
Selamat Datang Nisfu Sya'ban..

Thursday, July 14, 2011

Pemanis dingin

Semalam tekak macam terasa-rasa je nak makan pemanis dingin tu sebab tempias tengok rancangan 360 kat tv3..Sampai jari pon dok gatal menaip status nak kan aiskrim malaysia, tak main baskin robin kat dalam FB.
Secara automatik jugak, terkenang kalo dulu-dulu aku suka makan aiskrim kat Gate dengan BFF aku. So jari pon agak laju mengajak si BFF temankan makan aiskrim.. Tak kira walau apa pon, tetap nak dapatkan aiskrim!!! ahhahh dah macam mengidam pulak kan? tapi aku bukan mengidam.. teringin..

So, arini aku merealisasikan keteringinan aku (ade ke ayt macam ni??) hahah.. Seperti yang dijanjikan aku dapat gak makan aiskrim dengan Shaqira kat Gate.. Walaupon bukan aiskrim Malaysia seperti yang berlegar di ingatan semalam..hehheh. Janji name aiskrim, memang aku bedal..hahhaha

So kredit to Shaqira sebab sudi makan aiskrim dengan aku.. ehhheheh 

Wednesday, July 13, 2011

Doa itu Penawar Hati

Tajuk je dah pasal doa..
Percayakan doa itu boleh dijadikan penawar bagi hati?
Sebenarnya doa itu bukan sahaja dijadikan penawar bagi hati semata-mata.
Lebih kepada penawar untuk semua.
Doa itu bermakna kita memohon pertolongan dari yang Maha Esa.
Allah suka hambaNya yang tidak melupakanNya dan sering berdoa kapadaNya

Siapa pernah rasa menyayangi seseorang?
Disakiti oleh orang yang disayangi atau lebih mungkin oleh orang yang dicintai?
Ada sesiapa yang pernah merasai sangat terluka? kecewa?
Tak pernah?? Jangan malu mengakui..
Akui lah!!
Aku pernah!! aku pernah merasai semua itu..huhuhuh
Aku akuinya walaupon pahit
Dan aku hampir melupakan semua apa yang aku rasakan hanya kerana satu Doa..

Percaya atau tidak, kerana satu doa dari seorang teman sepermainan di tempat aku belajar..heehhe
Kredit to Syahirah Saqinah Maskuri
Sebab dah kongsi dengan aku doa ini


Ya Allah ya tuhanku,
Sekiranya dia tercipta untukku, dan telah Engkau tuliskan aku miliknya, maka satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami di antara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, maka bukakanlah hatinya untuk menerima aku seadanya, sebagaimana telah Engkau ciptakan aku, supaya Dia menerima segala kekuranganku. Engkau titipkanlah kerinduan di antara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.

Ya Allah yang maha pengasih,
Sekiranya dia bukan pemilik rusukku, bukan dia yang Engkau takdirkan untukku, maka ya Allah, Engkau bawalah dia pergi daripadaku, lupuskanlah rasa cinta dan kasihku padanya. Sesungguhnya ya Allah, peliharalah aku daripada sakitnya perpisahan dan selamatkanlah aku daripada pedihnya kekecewaan. Engkau tenangkanlah hatiku dan pasrahkanlah aku akan takdirMu.

Ya Allah yang maha mengetahui,
Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat. Walau apapun akhirannya, aku bermohon padaMu supaya dia sentiasa di dalam lindunganMu, selamatkanlah dia daripada bahana di dunia dan di akhirat nanti, permudahkanlah segala urusannya dan ya Allah, Engkau berikanlah dia yang terbaik untuk hidupnya. Bantulah dia supaya semuanya nanti seimbang, di dunia dan di akhirat. Dan ya Allah, lindungilah dia daripada kejahatan orang padanya, walau dalam bentuk apa sekalipun.

Ya Allah yang maha penyayang,
Aku pasrah atas apa yang telah Engkau tuliskan untukku. Hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu, maka aku bermohon padaMu, berikanlah aku yang terbaik untuk hidupku. Permudahkan segalanya untukku dan bantulah aku agar sempurna hidupku, seimbang semuanya di dunia dan di akhirat nanti. Sesungguhnya ya Allah, aku terlalu ingin bahagia, aku ingin benar-benar bahagia, maka Engkau lapangkanlah hatiku dan cukupkanlah segalanya buatku. Pertemukanlah aku dengan dia yang merinduiMu, dengan dia yang mencintaiku, lebih daripada aku mencintainya agar kebahagiaan itu milikku.

Aku hambaMu ya Allah, sepenuhnya aku serahkan padaMu...

Amin



Sebenarnya, doa ini lah yang sering membantu... orang kata, usaha tanpa doa, tak kemana lah.. Doa ini sebenarnya memberikan lebih ketenangan dan menyedari sebenarnya Cinta Allah itu lebih indah jika kita mendapat keredhaanNya.. Melalui doa ini juga aku sedar, Cintailah dia, kerana Allah  supaya kamu tidak melupakan Cinta Allah selepas mendapat cinta dari seorang insan.... ('',)

~sekadar ingin berkongsi~

Tuesday, July 12, 2011

cuti yang panjang!!!

entri macam ape je kan???

sebenonye,  aku agak kebosanan bile melepu kat rumah..

tambah pulak cuti sem aku kali ni, mak ai 4 bulan lamenye???

nak buat apa lah....

keje??? erm tinggal lagi dua bulan je yang berbaki....

duduk rumah??

kembang setaman la aku....

ok, malas pikir....huhuhhuh

Saturday, July 9, 2011

Apa gunanya BERSIH jika isinya masih KOTOR

Hari ini, seperti yang dijangka dan diwarwarkan oleh "mereka-mereka" tersebut, hari ini demontrasi jalanan dilakukan oleh golongan-golongan yang kononnya mahu melakukan perubahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya. Antara sebab yang kononnya mahu meghantar memorandum yang mahu SPR melakukan perubahan.

Ya, memang negara ini negara demokrasi, dan memang negara ini memberi hak untuk sesiapa sahaja bersuara! Silakan.. Suarakan dengan cara yang betul. Tetapi jangan lah menjadikan kebebasan yang ada ini, menyebabkan kita sesuka hati, sesedap rasa mahu melakukan itu dan ini. Jangan nanti kerana sesuka hati nya kita, kebebasan itu lenyap sekelip mata!

Aku bukanlah memihak kepada mana-mana. Baik BERSIH mahupon PATRIOT yang melakukan demontrasi jalanan pada hari ini. Aku bukan lah prejudis kepada BERSIH!.. Namun aku merasakan kenapa pilihan melakukan demontrasi jalanan yang dipilih? Sudah nyata, BERSIH dan PATRIOT adalah pertubuhan yang tidak berdaftar secara sah... So jangan la dipersoal bila tidak diberikan lesen yang sah!!.. Lebih aku rasa mahu tersenyum melihat kerenah BERSIH ini, bila sudah diberi tawaran untuk menggunakan Stadium Melawati, tetapi tetap mahu berkeras hendakkan Stadium Merdeka.... Orang kata " ukurlah baju dibadan sendiri"

Pada mata aku bukanlah politik yang menjadi keutamaan bila berlaku perkara ini..Bukan kira siapa Kerajaan dan siapa Pembangkang., Tetapi apa yang lebih menjadi keutamaan ialah Keamanan negara. Cuba tanya, siapa yang suka kalau hidup dalam keadaan yang huru-hara? Siapa mahu peristiwa 13 Mei dan Peristiwa Kg.Medan berulang kembali? Walaupun sejujurnya pada Peristiwa 13 Mei aku belum lagi wujud di dunia ini, namun aku masih tidak mahu mengulanginya. Membaca dan mendengarkan kisah itu dari keluarga aku yang lebih tua, dan pernah sendiri merasainya, takkan mungkin aku mengangkat tangan mahu merasainya lagi.. SESEKALI TIDAK!!!!

Aku tabik kepada pasukan Polis dan FRU yang sanggup berkorban meninggalkan keluarga dan cuti dibekukan demi menjaga keamanan Negara! Sungguh aku berterima kasih.. Bukan mudah pekerjaan menjaga Negara.. Tetapi, masih ramai bangsaku menunding jari mengatakan POLIS itu tak betul... Kalau yang bagai tin kosong  ini hebat sangat, buatlah... Jangan hanya pandai bercakap semata-mata..

Aku bertambah sedih melihat  BERSIH yang kononnya bersih ini kerana, kebanyakan yang melibatkan diri adalah bangsaku MELAYU!...  Lebih membuat hati menjadi sayu, yang mengepalai demontrasi ini, AMBIGA!.. Siapa AMBIGA?? siapakah dia, dia lah  manusia yang pernah menaikkan kemarahan Orang Islam. Mana tidaknya dialah yang mahu supaya anak yang lahir didalam keluarga islam boleh memilih agamanya sendiri.. Dimana maruah orang  islam??

Jadi aku ingin bertanya, apa gunanya BERSIH jika isinya masih KOTOR? Sekadar ingin bertanya, dimana rasa cintakan Islam? Dan dimana rasa cintakan Negara? Dimana rasa sayangkan Bangsa? Berfikirlah sejenak dan selami.. Jawapan itu ada pada diri sendiri..

Thursday, July 7, 2011

manisnye sebuah kemaafan

macam mane rase manis itu?
rase manis itu umpama kite makan gula-gula.. kan rase manis aje?
dan pasti semua tahu bagaimanakah rasa manis itu..
tapi ini bukan nak cerite pase tentang gula-gula yang manis, ataupun tentang group gula-gula ..
tetapi ini kisah tentang manisnye sebuah kemaafan

tetapi tentang MANIS SEBUAH KEMAAFAN
percaya atau tidak tak semua bende manis itu berbahaya. mase dulu-dulu mak pernah pesan, "jangan makan manis, nanti dapat penyakit kencing manis" sebenarnye ade juge manis yang baik..
seperti kemaafan, ianya manis juge.

orang kata, dalan harian hidup kite... seelok-eloknye sebelum tidur kita lepaskan ape yang membebani hidup kita(memaafkan kesilapan orang terhadap kita) dan sebik-baiknya memohon maaf kesilapan kita kepada orang lain.(meminta maaaf)

memaafkan  dan memohon maaf itu sesuatu yang manis.. apabila aku sendiri cube memaafkan kesalahan orang lain tehadap aku, aku rasa aku telah terlepas dari sakitnye menyimpan amarah, dan apabila aku memohon maaf kepada orang lain, aku merasakan aku telah melepas rasa serba salah yang ada, dan menjernihkan apa yang telah keruh...

walaupun  terkadang tidak semudah maaf itu dituturkan, dan tidak mudah maaf itu diterima, kerna manusia itu punya rasa yang berbeda.. dan itu pasti.. Bagi seseorang yang benar mahu memohon maaf, tetapi tidak diterima, ia masih manis... kerna sekurang-kurangnya ada keinginan mahu mengakui kesalahan dan menyesali apa yang sudah dilakukan...

Bak kata seorang teman, "kalau kamu dah mintak maaf, tapi di tak layan.. sekurang-kurangnya kamu dah lakukan tanggungjawab kamu,  selebihnye terserahlah kepada dia."
Kemaaafan yang paling manis apabila kite memaafkan kesilapan orang lain dengan seikhlas hati kita... sebab tak semua mampu melakukannya.. salah sesama manusia bukan lah perkara yang boleh diambil mudah..aku harap kesalahan aku dimaafkan sebelum aku terlambat.... maafkan silap aku wahai teman-teman.. terkadang aku terlupa dan terleka bahawa yang manis itu bukan selalu dapat dirasa....

Wednesday, July 6, 2011

Let it go!

Let it go..!!

Ha ni bukan cite pase lagu terbaru artis korea Young Saeng tu... hehehhe

Takde kene mengene pon kalo ikutkan.

ini mengenai keberanian untuk let it go ape yang bukan sepatutnye dalam hidup ni...

let it go ape yang kite sayang..

let  it go ape yang bukan jadi hak kite....

boleh jamin tak semua orang akan kate perkara tu mudah..

memang le, nak let it go sesuatu memang le tak mudah....

tapi macam mane nak let it go??

kata seorang teman:

jadilah orang lain!

bile jadi orang lain,mudah untuk kite let it go sesuatu yang bukan kite punye

Tetapi jangan menjadi orang lain untuk selama-lamanya,

cukup sekadar menjadi orang lain untuk let it go ape yang bukan sepatutnye..

boleh ke macam tu??

terpulang kepada keberanian individu....

hidup kalo berani, ape pon jadi...hehehhehhe

so let it go!!

Jam 11

The Eleventh Hour...
Ayat ni aku dapat dalam satu pembacaan aku.. Sebenarnya sudah lama tidak membaca, tapi entah nape aku tetibe nak membaca..
Mengisi masa lapang, supaya dapat buat-buat sebok....heheheeh(mungkin)

The Eleventh Hour sebenarnye bagi  aku terfikir tentang satu ayat..
Agak simple ayat tu, tapi agak susah nak ditafsirkan.
"The man that decided to change on 12th hour dies on the 11th"
Ape sebenar kandungan ayat ni  kan? kalau difikir secara dalam bahasa melayu nye cakap..
" Lelaki yang membuat keputusan untuk berubah pada jam 12 mati pada jam 11"...hahahah... Setakat tafsirkan balik dalam bahasa melayu bolehlah kan? cube mencari ape yang tersurat..memang jenuh juga aku memahami ayat tersebut.

So, untuk memahami  isi maksud ayat tersebut,aku menghabiskan pembacaaan aku,dan akhirnya aku berjaya memahami maksud tersirat tersebutt..

Sebenarnya dalam hidup kite ni, kite kene melakukan sesuatu sebelum terlambat. Maksudnya kalau kita nak melakukan kebaikan, baik lah buat segera.. Jangan nak berlengah, takut tak sempat tunaikan sebelum sampai waktu.. Do what you want, but never regret! Learn from mistake is better than always do mistake, but never realise your mistake..