Dalam bulan ini juga terdapatnya Lailatul Qadar, iaitu malam yang lebih baik dari 1000 malam. Dimana malam in merupakan malam yang paling baik dikurniakan kepada umat islam untuk mendapatkan keampunan dari Allah dan mendapatkan pahala. Bulan Ramadhan juga merupakan bulan dimana pintu Syurga dibuka seluas-luasnya dan pintu neraka ditutup serapat-rapatnya. Pada bulan yang agung dan paling mulia berbanding bulan-bulan islam lain ini juga, menjadi bulan untuk pahala dan amalan dilipat gandakan dan seterusnya menjadi bulan yang tiada syaitan dapat bermaharaja lela.
Begitu besar rahmat dan keberkatan ramadahan ini yang telah Allah berikan... Semoga Ramdhan kali ini memberikan sesuatu paling bermakna untuk diri aku dan keluarga aku. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna untuk aku lalui dengan sempurna.
Ya Allah, sesungguhnya aku sangat mahu mendapatkan kebaikan ramadhan disisiMu.. Moga aku dipermudahkan olehMu Ya Allah. Engkau tenangkan lah hati dan jiwa ku dengan solat dan alunan indah surahMu.. Bantulah aku untuk mendapat cintaMu dan rahmatMu... Amin ya rabbalalamin..
No comments:
Post a Comment