Hari ini, seperti yang dijangka dan diwarwarkan oleh "mereka-mereka" tersebut, hari ini demontrasi jalanan dilakukan oleh golongan-golongan yang kononnya mahu melakukan perubahan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya. Antara sebab yang kononnya mahu meghantar memorandum yang mahu SPR melakukan perubahan.
Ya, memang negara ini negara demokrasi, dan memang negara ini memberi hak untuk sesiapa sahaja bersuara! Silakan.. Suarakan dengan cara yang betul. Tetapi jangan lah menjadikan kebebasan yang ada ini, menyebabkan kita sesuka hati, sesedap rasa mahu melakukan itu dan ini. Jangan nanti kerana sesuka hati nya kita, kebebasan itu lenyap sekelip mata!
Aku bukanlah memihak kepada mana-mana. Baik BERSIH mahupon PATRIOT yang melakukan demontrasi jalanan pada hari ini. Aku bukan lah prejudis kepada BERSIH!.. Namun aku merasakan kenapa pilihan melakukan demontrasi jalanan yang dipilih? Sudah nyata, BERSIH dan PATRIOT adalah pertubuhan yang tidak berdaftar secara sah... So jangan la dipersoal bila tidak diberikan lesen yang sah!!.. Lebih aku rasa mahu tersenyum melihat kerenah BERSIH ini, bila sudah diberi tawaran untuk menggunakan Stadium Melawati, tetapi tetap mahu berkeras hendakkan Stadium Merdeka.... Orang kata " ukurlah baju dibadan sendiri"
Pada mata aku bukanlah politik yang menjadi keutamaan bila berlaku perkara ini..Bukan kira siapa Kerajaan dan siapa Pembangkang., Tetapi apa yang lebih menjadi keutamaan ialah Keamanan negara. Cuba tanya, siapa yang suka kalau hidup dalam keadaan yang huru-hara? Siapa mahu peristiwa 13 Mei dan Peristiwa Kg.Medan berulang kembali? Walaupun sejujurnya pada Peristiwa 13 Mei aku belum lagi wujud di dunia ini, namun aku masih tidak mahu mengulanginya. Membaca dan mendengarkan kisah itu dari keluarga aku yang lebih tua, dan pernah sendiri merasainya, takkan mungkin aku mengangkat tangan mahu merasainya lagi.. SESEKALI TIDAK!!!!
Aku tabik kepada pasukan Polis dan FRU yang sanggup berkorban meninggalkan keluarga dan cuti dibekukan demi menjaga keamanan Negara! Sungguh aku berterima kasih.. Bukan mudah pekerjaan menjaga Negara.. Tetapi, masih ramai bangsaku menunding jari mengatakan POLIS itu tak betul... Kalau yang bagai tin kosong ini hebat sangat, buatlah... Jangan hanya pandai bercakap semata-mata..
Aku bertambah sedih melihat BERSIH yang kononnya bersih ini kerana, kebanyakan yang melibatkan diri adalah bangsaku MELAYU!... Lebih membuat hati menjadi sayu, yang mengepalai demontrasi ini, AMBIGA!.. Siapa AMBIGA?? siapakah dia, dia lah manusia yang pernah menaikkan kemarahan Orang Islam. Mana tidaknya dialah yang mahu supaya anak yang lahir didalam keluarga islam boleh memilih agamanya sendiri.. Dimana maruah orang islam??
Jadi aku ingin bertanya, apa gunanya BERSIH jika isinya masih KOTOR? Sekadar ingin bertanya, dimana rasa cintakan Islam? Dan dimana rasa cintakan Negara? Dimana rasa sayangkan Bangsa? Berfikirlah sejenak dan selami.. Jawapan itu ada pada diri sendiri..
No comments:
Post a Comment