Entri kali ni tentang perasaan... Apa itu perasaan? Perasaan ok! bukan perasan...(walau itu pon rasa) Perasaan itu suatu rasa yang pelbagai dalam diri kita.*kalo ikut definisi aku ler*..
Semua orang pasti ada sesuatu yang bernama perasaan.. Perasaan cinta sayang, suka, sedih, marah, benci, menyampah dan yang lain-lain.. Banyak bentuk perasaan kalau nak dinyatakan satu persatu.. kan???
Siapa punya perasaan cinta? menyayangi seseorang?
atau menyukai apa saja benda dalam hidup ini? Pasti pernah bukan? merasai perasaan yang indah.
*akui lah*..
Malu mengakui? sekurang-sekurangnya akuilah kamu meyanyangi kelurga kamu? perasaan itu kan tidak terbatas? jangan ingat perasaan sayang dan cinta itu hanya untuk orang yang "teristimewa" sahaja...
sekurang-kurangnya akuilah kamu menyintai Dia yang Maha Menyintai..
Sebab aku juga mempunyai rasa menyayangi keluarga aku. Dan rasa itu sepenuhnya wujud!
dan aku juga menyintai Dia yang Maha Esa..
Sekadar ingin bertanya?*soalan cepu gangsa ni*ehhehhe...
Pernah atau tidak dalam hidup kamu,sekali kamu mempunyai perasaan benci pada seseorang? perasaan marah? perasaan menyampah.. senang cakap perasaan yang negative terhadap orang lain?
Tak pernah? bohonglah kalau tak pernah kan?
kerna perasaan itu juga fitrah..
apa motif aku bertanya????
loading............. please wait....
Sebenarnya tujuan aku menyatakan tentang kepelbagaian perasaan ini sebab, aku hanya mahu berkongsi tentang fitrahnya perasaan itu. Terkadang manusia sentiasa mengikut perasaan...
*bukan terkadang, dah memang selalu pon*
Perasaan itu, kita yang kawal. Sama ada perasaan itu negative atau pon positive? sebenarya perasaan positive, takkan selamanya akan jadi positive sebab boleh jadi ia akan bertukar menjadi negative. Begitulah sebaliknya.
tak percaya??
percayalah... Perasaan sayang itu boleh berubah menjadi benci, dan perasaan benci itu boleh berubah menjadi suka...
sebab apa kau confident cakap macam ni? sebab aku sudah diberi peluang dariNya melalui dan merasai seperti apa yang aku katakan..
Aku mengakui aku pernah membenci seseorang, dan akhirnya perasaan itu bertukar menjadi rasa suka....
dan aku juga pernah meyayangi seseorang, dan akhirnya perasaan itu menjadi sebaliknya..(hilang) tetapi aku tidak membenci, cuma menjauhi supaya tidak lahir perasaan benci itu.. kerna aku tidak mahu menimbulkan satu titik hitam di dalam hatiku yang bisa mempunyai pelbagai perasaan indah milikNya...
~Jadi, kawallah hati dan perasaannmu. supaya ia tidak merosakkanmu dan melalaikanmu...~
*perasaan yang diberi olahNya amat indah untuk disyukuri...*
jaga lah hatimu, kerana disitu permulaan perasaan.. dan disitu juga bermula perasaan perasan.. heheheh=)
~sekadar berkongsi~
No comments:
Post a Comment