Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Saturday, July 30, 2011

Yang kita mahu, dan yang kita perlu

Ha entri kali ini, aku nak cakap tentang kemahuan dan keperluan. Manusia mana yang tak punya kemahuan dalam hidup? Aku pasti setiap makhluk yang bernyawa pasti  punya kemahuan yang tersendiri.. Betul tak? Kemahuan untuk menjadi yang terbaik, kemahuan mendapatkan sesutu yang diidamkan, kemahuan untuk mencintai dan dicintai, kemahuan untuk memiliki, kemahuan untuk membahagiakan orang yang kita sayang. kemahuan untuk apa saja dalam hidup ini

Namun sering kali apa yang kita perlu sebenarnya bukanlah apa yang kita perlu dalam hidup kita ketika itu. Kadang-kadang apa yang kita mahu langsung bukan kita perlukan. Seperti mana Allah memberikan apa yang kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. Dan sebagai manusia , kita sering bertanya kenapa kita tak dapat apa yang kita mahu? dan jarang sekali kita terpikir tentang apa hikmahnya kita mendapat apa yang kita perlu

Sejak dari kecil lagi kita sudah ada kemahuan untuk sesuatu! percaya atau tidak? Tetapi kemahuan itu bukan apa yang kita perlu.. Contoh aku sendiri, sejak aku kanak-kanak aku ada kemahuan untuk mendapatkan permainan "game",bola sepak,dan walkman... Tapi mungkin kemahuan aku masa itu tidak relevan dan bukan yang sepatutunya. Ayah sering bertanya kepada aku, "kalau kamu nak kan walkman,bola sepak ,cube beritahu ayah, apakah faedah walkman itu kepada kamu?" dan akhirnya aku berfikir apa yang aku mahukkan ketika itu bukanlah apa yng aku perlu,sebab aku sendiri tidak dapat menjawabnya... Kata ayah lagi, "Dari kamu mendapatkan semua itu, lebih baik ayah  belikan kamu buku." Hati kecil pasti sedikit kecewa, dan otak kecil ini masih tidak mampu berfikir tentang kebaikan itu...


Semakin meningkat remaja. kemahuan mungkin lebih banyak. Dunia remaja, dunia penuh keinginan dan kemahuan. Tapi tanpa kita sedar tak semua kemahuan kita itu kita akan dapat. Tak semua kemahuan itu adalah apa yang kita perlu. *huhhuh..aku sendiri kadang punya banyak kemahuan,tapi kemahuan aku sering bertukar dalam masa yang cepat*
Bila dalam usia remaja macam-macam kemahuan. Kemahuan dalam bersahabat, kemahuan dalam percintaan*kalau bercinta lah*,kemahuan dalam mengenggam apa yang di mahukan dalam pelajaran dan juga kerjaya. Tapi di dalam dunia remaja inilah kita sering memberontak apabila kemahuan kita susah untuk kita dapat.  Sedangkan kemahuan kita bukan apa yang kita perlukan...

Ketahuilah bahawa, Allah memberi apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU pada ketika itu...
Ini bermakna, jika kita tidak mendapatkan apa yang kita mahu, sekurangnya kita masih perlu bersyukur dengan apa yang kita perlu pada ketika itu.. Kemahuan itu, ada kalanya baik, dan ada kalanya belum tentu baik.

No comments:

Post a Comment