Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu

...........Aku akan menjadi RUMPUT yang kuat, dari menjadi bunga yang akan layu............

Thursday, July 28, 2011

Sokongan Untuk Hitam Kuning si Harimau Malaya

Entri kali ini penuh semangat sikit!! semangat apa? ha, semangat kesukanan.. Tapi bukan semata-mata semangat kesukanan saje, tetapi semangat cintakan Negara Malaysia, tanah tumpah darahku..*yeah!! i'm proud to be Malaysian!!* korang?????

Pasti ada yang tertanya kenapa aku tertiba nak bercerita pasal Pasukan Bola SepakNegara, pasal bola?
Sebab aku ni salah seorang dari berjuta penyokong setia bola sepak tanah air!! (sape kata perempuan tak boleh minat bola??)
*nak kasi bangga dengan diri sendiri sikit*hhuhuu.......

Actually, hari ini kan akan menjadi penentu nasib bola sepak kita? Hari ini merupakan siri perlawanan kelayakan Piala Dunia, Malaysia menentang Singapore untuk perlawanan yang kedua. Walaupon, Malaysia tewas pada perlawanan pertama yang berlangsung di Singapore dengan keputusan 5-3, aku percaya Harimau Malaya bolah menumbangkan sang Singa di Bumi Malaysia tercinta ini..
*tengok semangat aku dah berkobar-kobar nih!!!...huuhu*

aku kasi up skit pic hero2 harimau malaya

Aku harap hari ini,pasukan Harimau Malaya akan buat sehabis baik untuk menjadi yang terbaik!! Dan yang paling penting beroleh kemenangan malam ini!! Harapan penyokong-penyokong bola sepak tanah air sangat menggunung!! huhuhuh...

Kepada penyokong-penyokong dan seluruh rakyat Malaysia, jangan pernah berhenti memberi sokongan kepada pasukan Negara kita!!.. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyokong!! kalau zaman kegilaaan aku dulu, memang aku turun stadium!! Jadi mari kita pakat ramai-ramai turun SNBJ support our team!!!!

ni dia, kasi support skit!! *resak2*

tapi, jangan ingat turun stadium tu saja cara kita menyokong!!! ade pelbagai  lagi cara, macam aku yang mungkin tak dapat turun stadium hari ini, aku apa lagi?? cari tv la, tak pon lepak kat gerai-gerai mamak yang ada live!!*jangan salah faham, aku pergi dengan ayah aku ok!!... satu keluarga tau turun sokong!! hebat kan??tetap nak highlight!!....hhuhhuuhu*

nak lagi semangat???
.................................................
ok... loading!!!!!!!!!



nah!! kasi dengar skit lagu nih....
*walaupon sebenarnya banyak lagi lagu untuk sokongan Harimau Malaya*

untuk Harimau Malaya dan seluru rakyat Malaysia

HITAM KUNING!! GO TIGER!!!

No comments:

Post a Comment