Selamat datang Nisfu Sya'ban...
Malam Nisfu Sya'ban hanya datang pada setiap kali bulan sya'ban iaitu bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa bulan Rejab adalah kesempatan untuk memohon dan meminta ampun dari segala dosa.. Dan pada bulan Sya'ban pula adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela..
Bulan Sya'ban juga dikatakan buku catatan kehidupan kita diangkat ke langit. Dan permulaan bagi buku catatan hidup yang baru. Jadi pada bulan sya'ban inilah kita boleh memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik sebelumnya.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Apabila masuk bulan Sya'ban, baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan Sya'ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. (Al-Hadis)
Aku berharap semoga Sya'ban kali ini lebih memberi aku makna untuk menjalani hidup dengan lebih baik dari sebelumnya. Dan moga Sya'ban kali ini lebih memberi erti kepada aku dan juga keluarga ku serta umat islam yang lain... Sekali lagi ku ucapkan...
Selamat Datang Nisfu Sya'ban..
No comments:
Post a Comment