Percayakan doa itu boleh dijadikan penawar bagi hati?
Sebenarnya doa itu bukan sahaja dijadikan penawar bagi hati semata-mata.
Lebih kepada penawar untuk semua.
Doa itu bermakna kita memohon pertolongan dari yang Maha Esa.
Allah suka hambaNya yang tidak melupakanNya dan sering berdoa kapadaNya
Siapa pernah rasa menyayangi seseorang?
Disakiti oleh orang yang disayangi atau lebih mungkin oleh orang yang dicintai?
Ada sesiapa yang pernah merasai sangat terluka? kecewa?
Tak pernah?? Jangan malu mengakui..
Akui lah!!
Aku pernah!! aku pernah merasai semua itu..huhuhuh
Aku akuinya
Dan aku hampir melupakan semua apa yang aku rasakan hanya kerana satu Doa..
Percaya atau tidak, kerana satu doa dari seorang teman sepermainan di tempat aku belajar..heehhe
Kredit to Syahirah Saqinah Maskuri
Sebab dah kongsi dengan aku doa ini
Ya Allah ya tuhanku,
Sekiranya dia tercipta untukku, dan telah Engkau tuliskan aku miliknya, maka satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami di antara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, maka bukakanlah hatinya untuk menerima aku seadanya, sebagaimana telah Engkau ciptakan aku, supaya Dia menerima segala kekuranganku. Engkau titipkanlah kerinduan di antara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.
Ya Allah yang maha pengasih,
Sekiranya dia bukan pemilik rusukku, bukan dia yang Engkau takdirkan untukku, maka ya Allah, Engkau bawalah dia pergi daripadaku, lupuskanlah rasa cinta dan kasihku padanya. Sesungguhnya ya Allah, peliharalah aku daripada sakitnya perpisahan dan selamatkanlah aku daripada pedihnya kekecewaan. Engkau tenangkanlah hatiku dan pasrahkanlah aku akan takdirMu.
Ya Allah yang maha mengetahui,
Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat. Walau apapun akhirannya, aku bermohon padaMu supaya dia sentiasa di dalam lindunganMu, selamatkanlah dia daripada bahana di dunia dan di akhirat nanti, permudahkanlah segala urusannya dan ya Allah, Engkau berikanlah dia yang terbaik untuk hidupnya. Bantulah dia supaya semuanya nanti seimbang, di dunia dan di akhirat. Dan ya Allah, lindungilah dia daripada kejahatan orang padanya, walau dalam bentuk apa sekalipun.
Ya Allah yang maha penyayang,
Aku pasrah atas apa yang telah Engkau tuliskan untukku. Hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu, maka aku bermohon padaMu, berikanlah aku yang terbaik untuk hidupku. Permudahkan segalanya untukku dan bantulah aku agar sempurna hidupku, seimbang semuanya di dunia dan di akhirat nanti. Sesungguhnya ya Allah, aku terlalu ingin bahagia, aku ingin benar-benar bahagia, maka Engkau lapangkanlah hatiku dan cukupkanlah segalanya buatku. Pertemukanlah aku dengan dia yang merinduiMu, dengan dia yang mencintaiku, lebih daripada aku mencintainya agar kebahagiaan itu milikku.
Aku hambaMu ya Allah, sepenuhnya aku serahkan padaMu...
Amin
Sebenarnya, doa ini lah yang sering membantu... orang kata, usaha tanpa doa, tak kemana lah.. Doa ini sebenarnya memberikan lebih ketenangan dan menyedari sebenarnya Cinta Allah itu lebih indah jika kita mendapat keredhaanNya.. Melalui doa ini juga aku sedar, Cintailah dia, kerana Allah supaya kamu tidak melupakan Cinta Allah selepas mendapat cinta dari seorang insan.... ('',)
~sekadar ingin berkongsi~
No comments:
Post a Comment